“Saya masih mencari wanita yang sempurna. Dulu saya pernah berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijaksana. Saya fikir dia wanita ideal dan sesuai menjadi isteri saya. Kemudian baru saya tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus .”
” Tak lama selepas itu saya bertemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Hati saya berbisik, dialah wanita ideal. Namun selepas itu baru saya tahu dia mempunyai banyak tingkahlaku yang tak baik .”
” Sewaktu di Kuala Lumpur saya bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Tapi akhirnya saya ketahui dia dari keluarga yang berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang saya tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.”
“Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Hingga suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya”.
“Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?”.
“Baru sekarang saya mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna”.
Nobody’s perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada , hargai apa yang kita miliki saat ini kerana belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.
©Kujie ~ Terimakasih Reen atas jemputan – Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan. Amin… Selamat Pengantin Baru!
EDIT : 1:31 pm – Encik Posmen baru kirmkan kad jemputan dari Lily … musim blogger yang naik pelamin ye. Tahniah
saya sudah berumur 28 tahun.sudah banyak pengalaman saya lalui dalam mencari pasangan hidup,namun saya belum menemui seorang lelaki yang jujur pada saya,bukan kesempurnaan yang saya cari namun kejujuran dalam perhubungan.dan sanggup menerima saya seadanya..
manusia tidak sempurna, tetapi kita hendak lah berubah kearah kebaikan..mengapa sampai umur saya mencecah 30 tahun tapi saya belum bertemu jodoh,
hanya tuhan saja yang tahu bila diri keseorangan..semoga segalanya ini ada hikmah untukku…
Hah! Take that. Sabar aje aku. Alamatnya tak kahwin ler mamat dan minah tu sampai bila-bila kalau dia orang nak cari pasangan yang teramatlah sempurnanya kerana tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.
ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…
@OD, kalau masing2 faham…. hargai apa yg kita miliki..tak de la pula akan sibuk3 mencari sampai mcm gini, kan Opah…
apa yg menarik di laman org belum tentu sesuai utk kita
tiada yang sempurna, berusaha jadi yang terbaik drp yang terbaik… 😀
yatis last blog post..GaGAP *Khas Buat MU*
@yati, belum tentu kita yg dia nampak..hehehehe
jgn mngarapkan pasangan kita sesempurna Fathimah jika peribadi anda tidak semulia Sayyidina Ali 😉
muadzlifes last blog post..Aku Rela
@muadzlife, semua org nak yg baik2 je…..hehehehe 😆
salam kak jie…
jemput datang la nnti kite berkelapangan..
terima kasih untuk doa dan ingatan..
semuga kak jie jua bahagia selalu bersama keluarga tersayang
@airynnz, uik..hati2 menaip tu…darah tgh manis 😆
minta maaflah reen..rasanya kak jie tak dpt dtg
doa dr kejauhan
salam kak jie,
semoga kak jie dan famili sehat2.wah tajuk yg best.sbb baru2 nie je sis baru sembang.sepupu sis baru je kata.”hang dgn abg hang(abg kandung) ni tak kawen2 sebab dua2 mencari kesempurnaan” uhuks!!!.bagi pihak sis terkedu sebentar.eh..eh…mana ada sis cari kesempurnaan.cuma mungkin belum jodoh.sis sedar diri sis pun tak akan sempurna.macam mana sis nak cari orang yang sempurna 🙂
siss last blog post..dslr:setahun lalu di PD
@sis, JODOH..mmg itu perkataan yg tepat
Allah menentukan…
Boleh consider Joke of the Day nih. Tersirat nya tu pikir2 sendirilah kan…
kruel74s last blog post..Girlie magazine
@kruel74, hehehehe…. apa yg baik bg org lain belum tentu baik juga utk kita
carilah yg serasi…dan saling melengkapi… 😀
Lan Bingkas last blog post..Award – 14 Februari 2009
@Lan Bingka, sambil mencari, jgn lupa bentuk diri supaya MENJADI 😆
kita selalu mencari kesempurnaan kpd org lain atau sesuatu hingga terlupa kesempurnaan diri sendiri.
ada lagi ke manusia sempurna sekarang ni?huhu
apa yg penting muhasabah diri. berusaha untuk jadi lebih baik dari sehari ke sehari.
(ingatan untuk diri sendiri sebenarnya..)
fiezabaiduris last blog post..Ingat 5 sebelum 5
@fiezabaiduri, entri ni pun mmg utk diri sendiri
sbb blog ni blog peribadi utk diri sendiri..hahahaha
– org jarang nampak kurang diri sendiri tapi hal org lain..terang je mata mcm pakai teropong buleh selak semua
amboi, nak yang perfect, perfect sangat ke si pencari tu.
carilah yang serasi, yang sesuai, sepadan.
@zany, ukur baju di badan sendiri, kan 😆
saya sedar saya tak pernah sempurna, jauh sekali, dan saya banyak kekurangan. saya tak berani banyak meminta-minta.
@Mak Su, tiap org hidup dgn sukatan masing2
Fuh… tajam tu kak jie… 🙂
Sebenarnya itu juga sisipan nasihat untuk perbaiki diri, kan kak jie?
suaras last blog post..Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Akhir)
@suara, selalu kak jie ckp
what you give you get back
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa…(ternganga) 😮
nice one kak!
lydiarayyans last blog post..i’m flirty dirrrrrty
@lydiarayyan, tolong katup mulut tu..nnt lalat msk 😆
Hargailah apa yang ada di depan mata. Yang di kejar belum tentu dapat. Takut yang dikendong berciciran pulak kan
@Shaffik, bersusah hati ttg apa yg tidak kita miliki adalah membazirkan apa yg kita miliki
aku belum sempurna & tak akan sempurna
@kuina, semua org pun termasuk diri aku..ngehh 😆