Bubur Lambuk Dan Senjata Lidah
Motivasi

Bubur Lambuk Dan Senjata Lidah

bubur lambuk sedap

Sedang bersahur pagi ini, suami bertanya ” ingat tak bila kali pertama kita makan bubur lambuk?”

“20 tahun lepas….. dan tak pernah lupa kisahnya…”

Makan bubur lambuk pun ada kisahnya. Mana boleh lupa kerana kisah kali pertama itu  related dengan seseorang yang saya kenal kemudiannya.

Ramadan tahun 1992 – tahun pertama kami menyambutnya sebagai pasangan suami isteri. Ramadan 1991 , kali pertama kami bertemu. Kisah bertemu ada di sini – Macam Mana Mama Jumpa Abah?

Waktu ini saya masih bekerja dan kami tinggal di Sri Muda, Shah Alam. Suatu hari di bulan Raamadan , dalam perjalanan balik ke kampung mertua di Sabak Bernam , kami singgah di masjid di pekan Kapar untuk berbuka puasa.

Menu berbuka adalah bubur lambuk. Itu lah kali pertama dalam hidup saya makan bubur lambuk.  Sedapnya…. Rupa-rupanya bubur lambuk yang orang sering bercerita itu adalah bubur nasi atau kami di Kedah panggil moi. Bubur lambuk lebih pekat.

Dua hari selepas itu, sewaktu sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja, saya pun bersembang dengan kawan tempat kerja berlainan jabatan. Saya ceritakan tentang bubur lambuk yang saya makan di masjid pekan Kapar tempoh hari.

” mak saya masak tu…. hari tu kami sedekahkan bubur lampuk ke masjid “

Owh! Keciklah dunia. Langsung tak sangka, perkara  begini mempunyai hubung kait dengan orang sekeliling hidup saya.

Dalam hati berbisik … nasib baik  bercerita hal yang baik-baik saja.

Moral of the story –   Lidah seperti senjata bermata dua.  Boleh mendatangkan kebaikan juga kecelakaan kepada tuannya. Salah satu perosak lidah ialah ghibah iaitu mengumpat atau menceritaka aib orang lain.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata perkara yang baik atau pun dia diam sahaja” – diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim

 

Lambuk

  • bubur nasi yang dibubuh rempah dan dicampur dgn daging dsb
  • menghancurkan tanah supaya gembur
  • sejenis seluar yang longgar dibuat daripada sutera, seluar Acheh.
  • sejenis keladi (birah) yang berbatang hitam.

Peribahasa

  • Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung – Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada

sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Bubur Lambuk Dan Senjata Lidah

  1. dah masuk bulan puasa ni teringat aku dekat bubur lambuk dekat kampung baru…sekarang duk dekat pahang tak merasa la…hu3

    1. tempat kak jie tak ada benda2 mcm ni
      sebab tu bila dpt je bubur lambuk utk kali pertama, boleh dikenang

  2. hehe..baru bercerita jugak pasal bubur lambuk..

    ambil kat surau haritu ingat nak balik makan sama² dengan isteri, bila dibaca kandungan utamanya macam tak sesuai je dengan orang tengah berpantang

    apa pendpat kak jie?
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Bubur lambukMy Profile

    1. lidah tu perumpamaan zaman dulu
      untuk zaman sekarang…. mcm keyboard
      berhati2 menulis, fikir dulu kebaikan dan keburukkannya.

      kita nak tulisan yang dihasilkan itu memberi kebaikan lebih dari keburkan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bubur Lambuk Dan Senjata LidahMy Profile

    1. W’salam

      Yup… selalu time buat bubur asyura
      orang utara buat macam lain
      orang timur buat macam lain
      dah orang selatan /kl buat mcm bubur lambuk
      dah berbagai rasa tiap tahun sebab kat surau kami ada berbagai jenis penduduk dari berbagai negeri
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bubur Lambuk Dan Senjata LidahMy Profile

  3. Salam.. Apa khabar Kak Jie? Selamat menunaikan ibadah puasa buat akak sekeluarga. Sedapnya bubur lambuk tu..

    1. Moi tu cair, bubur lambuk tu lebih pekat
      letak santan, macam2 isi ada dlm tu

      moi tu biasanya letak bilis aje
      tapi betullah… lain tempat lain rasanya
      bergantung pada tukang masak..ikut suka hati nak campak apa dlm tu
      yg pasti itu bubur nasi

      🙂
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Rezeki Jangan DitolakMy Profile

  4. Dah lama tak melalui pekan Kapar , terus ke Teluk Intan untuk balik ke Utara… Waktu si dia masih bekerja di Pelabuhan Klang, selalu dapat lihat pemandangan indah melalui jalan lama.. Tak pernah lupa, kami pernah membeli pakaian raya si dia untuk raya Tahun lepas bersama di Sekinchan selepas pulang berbuka puasa di utara dan dalam perjalanan balik menghantar saya ke Stesen Kereta api Rawang untuk pulang ke Selatan Tanah Air…

    Aduhai…. entri Kak Jie menerbitkan sejuta satu kenangan bersamanya pulak ! weeeheee ^_^
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Ramadhan #2My Profile

  5. hehe betul lah nasib baik cerita yang elok2 yer….memang itu yang sebaik baiknya perkara baik biar di war2kan dan yang tak baik simpan saja utk dijadikan pengajaran

    1. kadang2 kita ni selagi tak kena batang hidung sendiri, tak beringat

      tapi itulah…kena beringat2, cakap yang baik2 saja

      mngkn ada yg kita tak puashati, luahkan boleh, tetapi biar pada tempat yg sebaiknya

      tak boleh terbuka – mengundang fitnah

      dunia blog pun mcm ni…..
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Rezeki Jangan DitolakMy Profile

      1. Kak Kujie buatlah Majlis berbuka puasa… Nanti kami datang rumah Kak Kujie ramai-ramai… Lepas tu, buat sekali Rumah terbuka untuk hari raya nanti… baru meriah dan dapat merasa air tangan kak Kujie.. ye tak? hehehehe
        Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Ramadhan #2My Profile

    1. bubur lambuk ni pun pemberian orang juga ni… adik ipar datang berbuka sekali
      dia yang bawa
      kalau tidak memang tak merasa jugak…hihi

    1. citarasa orang berbeza, kadang2 sedap bagi kita, dia makan tak sedap
      dan….masa tu mmg cerita yg sedap sedap….dan memang sedap pun

Comments are closed.