Semalam semua rakyat alam maya mengulas kes pasangan pengantin berumur 14 tahun dan 16 tahun. Masing-masing keluarkan segala data, statistik dan bukti saintifik untuk mengukuhkan hujah masing-masing. Tanpa hakim, tanpa juri malah tanpa pihak yang terbabit.
Timeline penuh dengan pro dan kontra . Masing-masing membuat penghakiman mengikut ‘kasut’ masing-masing. Bagi pendapat tak salah, tetapi jangan keterlaluan. Semua orang mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak mereka yang tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.
Saya sendiri sebagai seorang ibu juga mempunyai berbagai pandangan dan kebanyakkannya adalah kebimbangan. Bolehkah mereka bertanggungjawap kepada rumahtangga mereka. Bagaimana untuk menampung kehidupan setelah berkeluarga dan seribu satu ayat tanya.
Tetapi, perkahwinan ini adalah atas persetujuan keluarga, sudah tentu keluarga mereka saling membantu , menyokong dan membimbing pasangan muda ini. Kehendak dan keperluan mereka tidak sama dengan kita. Umur bukan menjadi syarat wajib berkahwin.
Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan bahawa tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis .
Sudah pasti hakim yang meluluskan permohonan ini telah membuat penyiasatan dan temuduga untuk mengetahui kemampuan mereka untuk berkahwin. Kita tak kenal pasangan ini, kita hanya melihat angka umur mereka untuk terus membuat penilaian. Bolehkah? Adilkah kita?
Apa pun pro dan kontranya, akhirnya kita akan balik kepada quote hebat yang selalu lancar keluar dari mulut tiap orang ‘ Ajal, maut, jodoh, pertemuan, itu ketentuan Allah ‘. Bila kita bercakap begitu, biarlah selari dengan pemahaman dan penerimaan. Ketentuan Allah adalah Qada dan Qadar.
Ini bukan kes terbaru, tahun 2010 kalau masih ingat ada satu kes pasangan Siti Maryam Mahood yang berumur 14 tahun dan Abdul Manan Othman , 23 tahun. Dulu masa zaman muda mudi saya, ada juga kisah seorang artis berkahwin dengan Kerabat diraja Pahang sewaktu berumur 16 tahun.
Sebenarnya saya cuma terfikir bagaimana pasangan ini memulakan langkah awal untuk memberitahu keluarga tentang keinginan mereka mendidirikan rumahtangga.
Cuba bayangkan seperti plot drama yang selalu kita tengok. Adengan di meja makan selepas balik dari sekolah ( masih beruniform )
“mak… ayah…. saya nak kahwin”
Terkejut sampai tersembur nasi dari mulut. Capai air sirap.
Kepada yang melaluinya, cuba korang kongsi cara nak bagi tau mak dan ayah tentang hasrat nak berkahwin. Mungkin perkongsian ini boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Manalah tau ada yang sedang berkira-kira menghitung hari mencari ruang terbaik untuk memberitahu keluarga dan masih ‘berat mulut’ untuk menyatakan hasrat murni tersebut.
Suami saya cerita, dia dulu bawa sekeping gambar ukuran pasport dan menyelusup masuk ke dalam kelambu mak. Dia tunjukkan pada mak mertua gambar saya.
“comel..” kata mak. Cahaya samar-samar di dalam kelambu turut membantu mengaburi pandangan mak…hiks! Kalau mak tengok bawah lampu terang malam tu mesti perkataan lain yang keluar.
Kami berkenalan tak lama, terus bertunang. Ramai kawan terdekat, ahli keluarga yang tidak mengetahui perhubungan ini sehinggalah timbulnya perbincangan mengenai perkahwinan. Saya beritahu mak untuk bawa seseorang balik ke kampung. Dialah lelaki pertama yang saya bawa balik.
Sebulan selepas itu, keluarga lelaki datang berkunjung. 3 bulan selepas itu kami pun di ijab kabulkan. Saya berumur 24 tahun dan suami 25 tahun. Sedang-sedang ranum , kata orang.
Hehehe..memang tersembur..terkejut sangat ler tu..
Untung lah klau kwin muda2,tmbah2 bila family yg sponsor kan. . . . mak n ayh sye pun sruh sye mnikah awal,sbb diorg kata x elok duk kluar ber dua2 an. . tp rezeki xde lgy. . sbar sje laa. . alahaiii. . nk sruh diorg sponsor. . hampeh >.<
haha.. saya tahu jugak isu tu. siap tgk youtube lagi.ada vid mereka.
Saya kebetulan keluarga bakal isteri ada dtg ke tmpt kami atas satu urusan…mase tulah kenalkan ayah dan ibu pihak bakal isteri kepada ibu ayah…tp taklah berterus terang…adalah ayat2 cover line sikit…hehe
Kenalkan mak ayah bakal isteri dulu kpd ayah dan ibu sendiri…nmpak mcm ok..kami proceed next step…hehee
p.s. tergelak pasal tunjuk gmbar dlm kelambu tuh…hohohho
Assalamualaikum,
Adik lelaki saya kahwin masa umur 19 tahun, adik ipar pulak umur 16 tahun masa saya tengah belajar. Sekarang dah ada anak 5 orang dengan sepasang kembar.
Cara mereka kahwin: ayah yang suruh dengan alasan: tak elok bawa anak dara orang merata. Itupun bila dua kali adik ipar dibawa berkunjung ke rumah kami. Jadi, dia tak payah atur ayat untuk minta izin kahwin 😉
udah sampai jodoh mereka..mudah mudahan baik baik saja..
sy dulu masa bagitau nak nikah, banyak jugak keluarga bertanya..tapi memang dah siap sedia jawapan untuk sebarang kemungkinan soalan..
dan yang paling tak boleh lupa sewaktu meluahkan hasrat dan niat kepada bakal bapa dan mak mertua masa tu..
sedang-sedang ranum? hoho..
Kalau sudah bersedia dari segi kewangan dan sudah sepakat apa tunggu langsungkan perkahwinan. Apa bila ada yang berkahwin berumur muda seawal 16 tahun mungkin ada yang merasa tercabar tidak kahwin-kahwin lagi kot.
Salam sis…
semua komen dah padu sini…
Tumpang bace saj sis….
ini lah sikap orang kita yang selalu nak jadi hakim dan terus menghukum…kalau terkena batang hidung sendiri buat buat tak tahu…padahal siapa kita ini untuk menilai dan menghukum orang lain..layakkah kita..cermin diri sendiri
orang lani cakap main sembur je, sebab tu saya kurang respek. dia tibai, saya pun tibai sekali. biar dua2 kena. balah pun tak guna sebab ilmu cetek
Mula-mula nak bagitau kat ibu dan ayah hasrat nak berkahwin, terketar-ketar mukut nak bersuara. Pada hal dah bekerja waktu tu dan ada sedikit duit simpanan. Tak boleh bayangkan waktu tu.
Pemikiran orang kita, kahwin muda susah nak kekal lama which is sesuatu yang perlu diubah. Setiap kata yang keluar tu kan satu doa. So, kita doakan la yang terbaik buat mereka yang kahwin muda, kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Susah gak memula nak mulakan perbincangan pasal kahwin dengan mak. Tapi alhamdulillah lepas juga.
dulu memang tok nenek kita kahwin baya tu la kan kak jie..
masa nikah saya 24 isteri 23..hehe
ila kawin umur 26.. suami 27. tak terbayang kalau amana nak kawin umur 15 tahun..mmmm..
Kawin awal lebih bagus. Kalau macam umur Kak Jie lagi baik sebab tak tua dan tak muda betul tak? Sebaik-baik perkara yang pertengahannya….
Lewat sangat nanti tak sempat jaga anak macam sorang guru saya yang pernah menasihatkan kami agar kawin awal dan jangan jadi macam dia pada umur 40 baru kawin.
Saya pula kawin pada usia 25 sama isteri saya umurnya… doakan kami bahagia.
Saya kawin muda jugak , suami 20 dan saya 18 waktu tu .. so tak timbuk kot kawin muda tk boleh berumahtangga dengan aman dan bahagia .. saya kenal suami masa umur 15tahun , berkawan dr jarak jauh , selepas habis sekolah ambil keputusan nak kawin.
walaupun ada yang cakap
“kawin muda tak kemana , cepat bercerai sbb tk boleh handle masaalah , belum ada persediaan dan duit , rumah , harta benda segala ”
tak kurang juga ada yang mencabar . 2-3 org terdekat mencabar
“nak tengok lama mana depa berkawin”
tetapi allhamdulillah … selepas kawin , pindah kl , dan berdikari , sikit pun tk minta tolong pada mak bapak dan saudara..
bahagia juga sampai sekarang.
mula-mula tak cakap kat mak
terus minta suami cakap kat mak , nak masuk minang sbb mak dah memang kenal dia lama , mak setju aje ..
sebelah suami ada tentangan hebat .. sampai ayah nya cakap
“dah kawin berambus”
maksud nya dah kawin sila jangan menyusahkan dia .. ayat ayah tu sedikit kasar , tp disebabkan ayat dia juga kami berdikari ..
eh tak habis lagi ,
kalau lah ada yg nak kawin muda tu kawin aje lah , tp jgn sampai berhutang pula , dah memang org muda belum ada simpanan kan ..
terpaksa la kawin ala kadar .. hehehe
wah mudanya :3
teringin jugak nak kawen awai, ada yang nk sponsor 😀
Salam Kak Jie.
Macam Zara tulis kat blog Encik Hazrey, bila tengok video tersebut, Zara cuma terbayang anak-anak murid di sekolah. Usia pengantin cukup dekat dengan kerjaya Zara sendiri (dan terus terdetik – eh, kau yang umur hampir 25 tahun pun tak kahwin lagi Zara. Heh!)
Apa pun, benda begini perlu diambil positif dalam beberapa aspek, dan perlukan penelitian jika mahudipanjangkan oleh beberapa pihak lain. Bak kat Kak Jie, kita tak tahu apa yang jadi pada mereka kan?
🙂
bila terlampau ramai menghentam pasangan pengantin muda tu,
nampak sangat mentaliti rakyat Malaysia macam mana.
tipikal orang Melayu : kalau nak kahwin, kena ada rumah, kereta, duit banyak.
bila orang kita terlampau tengok kebendaan, anak muda kita pun jadi takut nak kahwin.
sepatutnya perkara perkahwinan ni kita permudahkan.
apapun. tahniah kepada mereka. semoga pasangan berkenaan bahagia sampai akhir hayat, insyaAllah
Logik akal orang kita selalu kata harta benda membawa bahagia sehingga lupa yakin pada ketentuan Allah SWT.
Assalamualaikum,
Bila dah k umpul segala reta benda…dah terlupa nak kahwin 😉
hem,yang penting boleh sara hidup,bertanggunjwb,dada penuh dgn ilmu agama insyallah bole kahwin~
setuju….kalau tengok budak tu ada tanggungjawab, boleh berdikari, fikiran agak matang, solat tak tinggal, boleh je kawin muda..
tapi kalau tengok si teruna & dara tu jenis bangun tengahari, makan minum mak bapak tanggung, spender pun masih mak bapak belikan..agak parah juga la bakal isteri..
sekurang-kurangnya yg laki tu biar la yg dah boleh cari nafkah..bukan mudah nak bagi makan anak isteri..
nak nikah tapii…
nikah khitbah boleh tak?hehe
er…..gambar tu mesti gambar masa kak Jie menikah dulu… betul tak tekaan saya ? hehe , comel !
yup betul
tengah sain ‘geran’ tukar hak milik 🙂
Kak Jie, mohon pinjam tajuk untuk jadi topik perbincangan dalam subjek pembelajaran saya Jumaat ni boleh tak? hehe ^_^
boleh saja…. nanti buat entri, bagi tau feedback
kita share sama-sama
InsyaAllah.. kita tunggu lepas perbincangan bersama Jumaat ni.. apa pun, terima kasih Kak Jie 🙂
Bagi Sara lebih baik kita doakan semoga mereka berbahagia dunia akhirat. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg kita tak tahu. 🙂
berbincang atau bagi pendapat tak salah – cuma jangan keluarkan kata-kata yang melampau.
tak perlu ragui rezeki, ajal maut jodoh yang telah ditentukan.
Betul..Kita doakan kebahagiaan mereka… Fikirkan kesan yang positif cthnya mengelakkan maksiat dan sebagainya …
bila kes sebegini disebarkan memang ramai betul yang jadi hakim tidak bertauliah…. pelik betul la
agak-agaklah nak menaip
ada kata-kata yang tak patut keluar, kena hati-hati
kita sendiri tatau hidup masa depan kita mcm mana
orang modern sekarang mana ada kata nak beradap kata ikut suka hati je sebab dah terlebih pandai sebab demokrasi boleh cakap apa sahaja sehingga lupa batas agama.
sy pun ingt nk bertunang masa trdkt ni.tp sy x thu mcmana nk bgthu famili..tkut ada malu pun ada….x reti nk ckp la..tolong…