Kaloi Masak Lemak Tak Jadi
Peribadi

Kaloi Masak Lemak Tak Jadi

ikan kaloi Golden Giant Gourami

Ini ikan kaloi saya – namanya Bulan. Pagi semalam saya nak pindahkan Bulan dari kolam tepi kiri ke kolam utama di sebelah kanan. Paginya saya buka aliran air untuk dibuang…………………tengah harinya ke sekolah  hantar Intandan terus ke Evonsave.  Bersoping sakan tak ingat pun air kolam sedang surut.

Selepas  hampir 2 jam, dari luar pagar rumah saya dah boleh dengar bunyi menggelupur di dalam kolam.

Ya Allah……….. ikan aku!  Tinggal semua barang yang dibeli, tanpa kunci kereta terus berlari ke kolam.

Kasihannya Bulan tercungap-cungap ‘nyawa-nyawa ikan’.  Bila diangkat dan dimasukkan ke dalam baldi, si Bulan masih hidup.  Lega hati tak terkira.  Tetapi agak sedih kerana terdapat tanda-tanda cedera di badannya.

Kalaulah si Bulan mati semalam, berbuka dengan masak lemak ikan kaloilah kami.   Tak lah… saya tak makan ikan darat dan saya tak sampai hati nak makan ‘kesayangan’ sendiri.

Mungkin boleh ditanam tulang ikan kaloi ini dan berharap tumbuhnya pohon beringin.  Buat buaian ………… bolehlah suruh Intan menyanyi-nyanyi sambil berayun-ayun tiap petang dan  mengharapkan menantu anak raja.

Dongeng sungguh!

 

gambar ikan kaloi

Ikan kaloi ini dibeli  sebulan sebelum suami ke Algeria tahun 2009 . Anak jiran saya  baru beli ikan ini RM9 sepasang.   Tak sempat pun dia bela, masih dalam bekas asal, saya pujuk dengan RM 10 .

Akhirnya, kaloi jenis Golden Giant Gourami bertukar tangan. Hahahaha… kejam sungguh makcik ni ! Ada akad jual beli, kiranya pembelian ini sah bukan kes buli budak bawah umur.

Ikan kaloi ini tidak dibela di dalam akuarium tetapi dilepaskan di dalam kolam bersama ikan-ikan lain – talapia , guppy dan Nemo.  Dalam kolam besar itu, si Bulan ada tempatnya tersendiri, maklumlah otai.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Kaloi Masak Lemak Tak Jadi

  1. comelnya,,buat lempeng ikan sedap nih. tp saya pun kalau ikan sendiri tak bleh nak siang sendiri, dok sedih je menyiangnya. tengok plak ikan tuh comel.

  2. Boleh tahan besar juga saiz nya….kalau sampai hati nak makan pun..rasa isi ikan memang tak sedap,sebab membesar dalam kolam.

    1. ye ke… kata org yang biasakan makan ikan dari kolam kami, sedap
      sebab kami gunakan air dari bukit yang mengalir , bukan air bertakung

      tapi tataulah……… sebab tak pernah makan, orang je cakap

    1. memang pun…rasa tenang je
      kadang2 boleh dijadikan kawan utk bersembang
      lantak la dia faham ke tidak…kehkehkeh

  3. Besar betul ikan kaloi belaan Kak Jie maklumlah dibela sejak tahun 2009. Dahulu orang tua saya ada bela ikan kaloi sebesar tapak tangan besar berkali ganda dari saiz asal. Sama macam kak Jie tidak sampai hati untuk makan ikan belaan sendiri.

    1. Ayah di kampung pun ada bela seekor tapi bukan kaloi jenis ini. Kaloi yang warna kelabu2…. makan kangkong. Yang ni nak makan pallet ikan saja…kaloi urban.

  4. Kalau ditempat saya dinamai ikan nila, ikan ini memiliki rasa khas dan sangat enak untuk dimasak dengan berbagai cara baik untuk sup maupun dibakar

  5. Salam,

    Eeeee tembamnyeee si bulan ni kakjie, bertahan juga ye dah 3 tahun, itu namanya sibulan selesa berada di kolam mewah tersebut 😀

    Adik ipar ada bela ikan kaloi dalam Aquarium, besar juga, tapi yeker ikan kaloi ni agak lasak sikit berbanding ikan lain? Tak tahu coz tak pernah bela ikan 😀

    1. Awat tak tembam… makan, makan, makan…..dok kat tempat kegemaran dia je

      tak pasti berapa lama dia boleh tahan, tapi kalau mati, sedihlah juga sebab kita dah bela lama.

      tapi kaloi ni agak lasak, tahan dgn pencemaran air yg sikit2.

      pernah ikan talapia lain mati satu kolam, dia masih bertahan….ingat ke kaloi ni jenis ikan manja…rupanya tidak

    1. ha ha ha….. punyalah lasak ikan ni
      air kolah dah kering, dia terbaring kering kontang pun masih tahan

  6. Assalamualaikum wbth…

    Selamat menunaikan ibadah puasa…
    salam kenal dari TiranaAduka selaku blogger baru di alam maya….

    Kaloi ni kalau dh kita bele…saya tak lalu nak makan….
    Ishhhhhhhhh………kesian pun ada…..

    ok sis….

    Salam kenal…

    1. sebab ikan lain dah silih berganti
      mcm talapia dah beranak pihak, yang lama dah jadi lauk
      dia saja…..yg ada dari tdulu

  7. ikan kaloi akan membesar ikut saiz persekitarannya. kalau dalam akuarium dia akan besar macam tu je lah. tapi kalau dalam kolam, boleh membesar dengan lebih sihat dan kuat

    1. ooooo…macam tu ke

      antara kolam besar dgn kolam kecik ( tempat si Bulan ni melepak ) ada satu lubang selebar satu ketul batu bata…selalu nampak dia keluar masuk melalui lubang ni dgn mengiringkan badan…….

  8. Ikan toman afrika yang mak abah bela dah mati sebab dia lasak sangat… melompat keluar dari dalam kolam dua tahun lepas… Lepas isyak malam tu, abah tengok ikan tu masih dalam kolam dia, tapi subuh esoknya, abah nampak ikan tu dah mati di tepi kolam bersama kucing-kucing yang sedang memerhatikan “jasadnya”…

    Sadis…

    1. wah…toman afrika tu, kalau keli afrika pun besar2

      bila dah bela lama-lama
      bertahun -tahun, siap dengan nama sekali
      sedih , kan ….tataulah si Bulan ni mcm mana

      1. Besar memang besar kak.. sampai pernah ada yang tercedera sebab cuba nak masukkan tangan ke dalam kolam masa cuba nak buang tikus yang mati lemas dalam kolam tu.. bejahit tangan kerana kasih si ikan…

        Bila kita dah sayang, dia cedera pun kita dah menggelupur macam hilang anak..ni pula masa dia mati… aduhai…

  9. wah..comel lak tgk si kaloi ni..mcm nak pelihara jugak la…nak pairkan nga si oscar..hehe

    1. ada oscar ye
      dah lama tak nampak org bela oscar
      dulu selalu nampak… bermusim kot mcm ikan ape yg ada tanduk tu..flowerhorn ke apa

    1. kecik-kecik dah pandai meniaga anak jiran tu.hehe..lain kali dia akan jual kat makcik ni lagi lah kalau ada ikan yang baru.hehe..

  10. dulu saya pun bela kaloi tapi dalam akuarium..cepat sungguh membesar.tak larat nak jaga terus bagi kat member…sayang juga sebab ikan tu dapat dari mak sedara masa banjir besar utara semenanjung yg pertama dulu tu…kira ada kenangan la jugak.

    1. masa mula mula bela, tak terfikir pun dia akan membesar seperti ni
      nasih baik bela dlm kolam… dia ada ruang yang luas, selesa
      air pun dari air mengalir, bersih dari bukit

  11. perkhh.. kesian si kaloi, tentu terseksa tercungap2 mcam kena semput gitew.. uhuk!

    maza dulu masa kecik2 di kampung ada bela angsa. Angsa kesayangan arwah ayah. Baru beberapa bulan ayah meninggal angsa tu pun sakit. Kira macam sakit nazak juga lah

    Kemudian emak pun sembelih angsa tu. Penyudahnya, seorang pun tak makan daging angsa. tak sanggup kaedahnya, walaupun angsa itulah yang selalunya mencubit peha kami.. hehehe

    aderkk…..

    1. Adoi..mcm nk luruh jantung bila terdengar kelepap kelepuk kelepap kelepuk dari arah kolam
      terus teringat air kolam yang dah kering
      nasib baiklah tempat tu redup bukan bawah mentari , panas tering….. garinglah si Bulan tu..hihi

  12. ikan kaloi ni best wat main specially budak2 mmg suka, dulu KA ade beli tapi mati raya taun lepas sebb budak yg dtg beraya pi bagi dia makan biskut raya hehehe

    1. bela dalam akuarium ye?

      ikan kami dok ditempat terserok, redup dan bawah pokok kiambang

      nak tengok kena dok dendiam, ingai lama2 bila dia timbul

  13. comel sungguh Bulan…

    p/s: nasib baik x jadi begitu kejadian dia..kalo x Intan kena paksa main buaian sambil berlagu nak kawen dgn anak raja… :p

    1. he he he…mak dia yang imagine terlebih
      pengaruh mitos tak mcm anak2 tak ingat pun kisah bawang2 ni

      dia tau sinetron bawang made in indonesia je

  14. Sayang Bintang dah meninggal dunia, lama Bulan kese-ikan-ngan sendirian.
    Besar dah rupanya dia, comel. Memang tak sanggup nak makan kalau gitu.

    1. bulat macam bulan… ops… mcm tuan dia 🙂

      itulah iza, pernah beli seorang untuk ganti tapi mati juga

      tak pasti pasai pa….sebab si Bulan ni tahan lasak

    1. kereta kak jie pun ada nama… hahaha

      awat tak gemuk, makan tido makan tido je si Bulan tu
      bukan kena pergi kerja pun..hiks!

        1. wak pajero tu masih ada
          tapi cik serena dah jual , kak jie belikan Along satria.
          dan utk kak jie , beli FairLady ….. hehehehe saga FL

Comments are closed.