Live Blogging

Selamat Menyambut Ramadan 1430H

blue mosque
kredit image : Getty Images

Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.


Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

p.sentri tahun lepas yang dikitar  semula – Selamat Berpuasa

p.s – Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

©kujie – Maafkan jika ada kata-kata yang salah, hati yang berprasangka , janji yang sering saya lupakan atau pun sikap dan sifat yang sering menyakitkan . Saya insan biasa yang tak luput dari khilaf dan salah. Untuk menyambut bulan yang penuh mubarakah ini maafkan segalanya zahir dan batin.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Selamat Menyambut Ramadan 1430H

Comments are closed.