Rawat Kucing Jalanan Luka Berulat
Kucing

Rawat Kucing Jalanan Luka Berulat

Pagi Khamis lepas, tiba-tiba seekor kucing cedera yang teruk tiba di rumah. Kucing ini memang biasa datang ke rumah dan kerap kali juga saya beri dia makan. Kami namakan dia OG ( Oren Gebu ). Dia kucing liar yang tidak pernah disentuh. Hubungan kami serapat 1 meter sahaja. Kalau melepasi zon tersebut, dia akan melarikan diri.

Pagi tersebut, OG masuk ke dalam rumah terincut-incut dengan 3 kaki. Saya tahu dia cedera tetapi tidaklah memberi perhatian kerana mungkin cedera ringan. Sekejap dia dipenjuru bilik dapur, sekejap di bawah meja dan tiba-tiba hilang dari pandangan mata.

10 minit kemudian saya jumpa dia di dalam salah satu bilik di rumah kami. Seluruh bilik berbau busuk. Saat itu barulah saya sedar, OG cedera teruk.

kucing jalanan

Saya bawakan cage, tolak badan OG ke dalam dan bawa OG ke klinik haiwan.  Biasanya dia sering mengelak menjauhkan diri tetapi mungkin terlalu sakit, dia rela diperlakukan apa saja.

kucing luka berulat

Belum lihat kecederaan, doktor dah cakap kucing ini berulat. Naifnya saya kerana tidak tahu bahawa tanda luka berulat adalah bau yang busuk. Kalau cedera yang masih baru, lalat belum hinggap dan bertelur sehingga menetaskan ulat. Ulat yang memakan isi daging kaki OG menyebabkan bau busuk terhasil.

Selepas dibius, semua ulat yang terdapat di kaki kucing ini dikeluarkan.  Proses ini mengambil masa hampir 1 jam setengah.  Menurut doktor, luka ini kemungkinan dah seminggu dan mula berulat sejak 4 hari lepas berdasarkan saiz ulat tersebut.

Bila semua ulat dikeluarkan, doktor letak ubat dan spray antibiotik.

penutup sangkar kucing

Untuk menyembuhkan kaki kucing yang luka, biarkan saja tak perlu dibalut. Cuma kita kena pastikan tak ada lalat yang hinggap dan bertelur di tempat luka tersebut. Bau yang terhasil akan menarik perhatian lalat, jadi buatlah kelambu menutupi sangkar kucing.

Saya guna langsir.

ubat kucing sakit

Nak bagi kucing makan ubat juga bukan senang. OG ni tak garang tapi disebabkan dia tak pernah disentuh manusia, badannya mengeras dan tegang tiap kali nak pegang. Nak angkat kepala pun tak mahu. Saya hancurkan ubat dengan air dan gunakan picagari (syringe ) pam ubat melalui tepi mulut. Alhamdulillah cara ini berkesan untuk OG.

Pil warna merah tu adalah ubat penenang ( sedatif ) , pil kucing antibiotik dan warna putih adalah ubat tahan sakit.

rawat kucing cedera

OG pada hari ke-3  – luka makin kering, tiada tanda-tanda ulat.  Tiap hari baca Jurnal…. seminggu dah bijak OG ni, boleh ambil PT3 macam Intan…ha ha ha.

Sementara dalam kurungan, saya ambil peluang untuk bersihkan badan OG.  Saya lap badan dan telinga  OG dengan tuala lembab yang dicampur cecair dettol.

Moga OG cepat sembuh.

Notakakikujie :  saya pun tak punya banyak masa menulis di blog sekarang…cuma catatan ringkas diari kehidupan.  Mak mertua sihat, cuma simen di kaki belum dibuka.  Temujanji hujung bulan nanti.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

55 thoughts on “Rawat Kucing Jalanan Luka Berulat

  1. Ya Allah terkejut tengok kaki kucing dan ulat besar tu…
    naik seram bulu roma neh…..

    tahniah kak…anda seorang yg sangat prihatin….harap2 cepat sembuh…

    moga pahala kak kujie bertambah2……

  2. Salute dengan Kak Jie, kucing jalanan ni kalau dah berulat payah orang nak amik taw dah melainkan dia masuk rumah kita ada sebab la tu. Semoga cepat sembuh si OG!

  3. tak ramai orang buat apa yg dibuat terhadap binatang..usaha yang murni dan patut kita contohi…semoga OG cepat sembuh dan kekalkan jarak pada 1m 🙂

  4. Allah hai kesiannya.. Moga OG cepat baik. Lepas ni mesti dia jadi rapat dgn family kak Kujie sebab dah jaga dia masa dia sakit. 🙂

  5. Semoga OG cepat sembuh. Kesian tengok kucing menanggung derita macam ni… pahala besar utk org yg menjaganya…

  6. tak pernah rawat kucing sbb takut kucing…tapi suami dan anak takde masalah..so, kalo ada kucing jalanan datang rumah, mmg diorg berdua jela layan…

  7. Kesiannya OG.. mudahan dia cepat sembuh..
    saya pun ad kucing singgah2.. tapi yg terbaru ni syg sebab suka tangkap tikus..

    salam perkenalan, saya budak baru belajar 🙂

  8. Banyaknya ulat.. kesian OG..
    kat rumah saya pun ada kucing singgah2.. tapi ada sekor ni mmg sayang sgt sebab suka tangkap tikus dlm rumah. tu yang syg dia..

    saya baru singgah sini : jemput dtg ye ke Cik Vitamin

  9. Mula mula OG mungkin takut.

    Tapi bila dah kenal kak Kujie ni jenis manusia yang penyayang kucing. Dia sanggup @ rela untuk diperlakukan apa saja.

    Wow, nice!

    Moga OG sihat sejahtera. 🙂

  10. Ya Allah. Tgk ulat tue byknya, 1st time tgk. Kesiannya kucing ni.naseb baik jumpa hamba Allah yg baik hati

    Salam perkenalan. Pertama kali saya singgah di sini 🙂

  11. Sekarang ni seekor kucing jiran dalam proses rawatan. Luka teruk mcm OG sampai berulat tapi yg mengerikan ianya di leher. Sekali pandang macam kena sembelih! Mungkin usianya panjang. Ulat2 dah dibuang dan letak ubat luka. Ada tanda luka nak mengering dan ia pun dan mula mau makan.

  12. sedihnya rasa,, dekat umah ni pun kadang ada kucing datang,,
    tapi dek tengok keterujaan anak yang memang amat suka pada kucing,, tak berkesempatan nak berkenal – kenalan,,
    paling dekat pun jarak perkenalan pintu rumah ke pagar!!
    ape pun baik sungguh hati kak jie ni,, salute utk akak!!

Comments are closed.