Ingat Alice? Kucing terbiar yang saya jumpa dan bawa balik pada bulan Ogos 2014.
Hari pertama Alice di rumah, kepala besar dan badan yang kurus. Umur Alice waktu ini dijangka 2 bulan setengah.
Waktu ditemui, kaki kanan Alice memang kudung seperti ini. Dah mula sihat dan gebu. Alice membesar dengan baik dan mendapat suntikkan vaksin mengikut jadual.
Kaki Alice tergantung-gantung apabila dia berjalan atau berlari.
Semakin Alice membesar, makin gemok dan kaki kanan yang kudung makin membengkok ke atas dan kerap tersangkut di langsir atau perabut di dalam rumah. Alice juga kerap menjerit apabila rasa terancam walau pun tiada sesiapa cuba memegang kakinya. Mungkin tauma dengan kesakitan yang dialami.
Walau pun umur Alice mencecah 7 bulan, kakinya masih lambat untuk sembuh. Masih berdarah apabila terlanggar sesuatu atau terseret waktu dia berlari atau berjalan.
Atas nasihat doktor, saya membuat keputusan untuk memotong terus kaki yang tergantung tersebut lebih pendek hingga ke paras paha. Alice telah jalani pembedahan pada pagi 01/01/2015.
Pengalaman membawa Alice balik selepas pembedahan dan melihat Alice dalam proses sedarkan diri dari bius bukanlah satu pengalaman manis. Saya tak tahu apa yang patut dilakukan untuk menenangkan diri. Kucing yang baru sedar dari bius akan tertonggeng tersungkut tidak dapat bangun untuk menstabilkan diri. Dia mula bising-bising kerana rasa terganggu dengan keadaan yang tidak normal. Waktu ini penglihatan kucing masih kabur dan pandangannya terbalik.
Alice bangun , tersungkut, bangun lagi tersungkur lagi dengan bunyi bising. Kita kena tutup sangkar dan letakkan di tempat yang jauh dari kebisingan supaya kucing tersebut lebih tenang dan kembali stabil.
Esok pagi hari kedua, Alice dah pulih tetapi dia masih bising apabila didekati terutama oleh kucing yang lain. Dia mungkin rasa terancam.
Selepas 3 hari, nampaknya Alice lebih selesa dengan ‘penampilan’ barunya. Moga Alice cepat sembuh walaupun Alice sangat susah diberikan ubat antibiotik.
Followlah Alice , Abang Melati dan Adik Carrot di Instagram – kujiecats
Ksian sgt. Sy pun prnah ad kucing dlu tp dah mati. Smua org sygkan kucing huhu
walaupun dilarang main kucing sejak kecik sbb asma, tp sy syg sgt2 kucing..so adoreble..smoga Alice the special cat cerai2 selalu bersama tuan yg baik hati…
Kasihan dengan kucing ni, mujurlah terjumpa tuannya yang baik hati…
alah kesiannya, tapi takpelah demi kebaikan sejagat. kudung pun comel.
dah potong kaki rupanya.
ingatkan potong kuku tadi.
salah baca la pulak.
Kesiannya dia tuh… tak per lah dear, dah potong tuh leh lah lari lagi laju tanpa darah2 dah k…
ohh..
dah potong dah rupanya ye.
semoga kaki baru ini akan mudahkan hidup sehariannya.
Kesian alice tu.
saya baru je kematian seekor kucing dalam keadaan sadis 🙁
Dalam masa yang singkat tekaknye membengkak sampai susah nak bernafas, masa tu malam jad tkde vet berdekatan yang bukak.
Buntu tkleh buat apa-apa, bengkak tu makin teruk sampai dia tak boleh bernafas dan mati kelemasan di tangan saya.
Sedih tak terperi
Sebak pula baca. Moga Alice cepat sembuh.
alahai..sian alice. moga makin sihat n aktif ye ..comel sgt.
cian dia. moga cepat sembuh. Semoga pemiliknya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
teringat kucing ani comel semasa di bius.
Moga Alice cepat sembuh Amin
tetap comel dan semoga ia cepat sembuh
kesiannya, semoga cepat sembuh
Seram sejuk saya baca tajuk..
Ingatkan akak potong sendiri…
tajuk yang buat kan sy nak baca – kedaionlinemy.com
Lama dah tak main teknik ni…. Hehehe
Semoga Alice semakin cepat sembuh selepas menerima rawatan yang diberikan.
masalah cuma satu saja, dia susah nak makan ubat..kalau dipaksa dan dia meronta, kita risau emosi dia pula yang tidak tenang…rasa berdebar dan takut-takut.
Setakat hari ni Alhamdulillah…pagi tadi dah dilepaskan dari sangkar. Dia dah mula bergerak di dalam rumah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan kak. Kucing pun mcm manusia juga. Akan ada perasan insecure bila rasa diri lemah. Semoga Alice cepat sembuh ya kak..
sebenarnya kucing tak ada masalah berkaki tiga, cuma kita rasa kesian nak potong benda yang ada. Tapi demi utk kebaikan dia membesar, terpaksa buat keputusan.
Sedihnya lahai….
Get well soon Alice aka Tripod.
Semoga terus sihat….
Hari pertama bawa Alice balik memang rasa macam tak sanggup nak jenguk dia..sebab tiap kali kita dekat dengan case , dia akan bising seolah-olah marah
Hari ni hari ke -4, dia boleh keluar cage dan gerak dengan selesa di dalam rumah. masuk tiap bilik dan beraksi manja bila diusap. Cuma nak kena perati sebab si adik Melati yang super aktif ni dok mengejar nak ajak main.