Eco Viaduct Jambatan Hidupan Liar Sungai Yu
Pengetahuan Am

Eco Viaduct Jambatan Hidupan Liar Sungai Yu

 

Awal Disember 2014, saya ke Hulu Terengganu atau lebih tepat ke Projek Hidroelektrik Kenyir 2 atau kami panggil HTP ( Hulu Terengganu Project ). Waktu pergi kami lalu Simpang Pulau – Cameron Highlands – Lojing – Gua Musang – Felda Aring dan sampailah ke Kenyir.

Rugi pula rasanya lalu Lojing lupa nak ambil gambar, kalau tidak boleh tunjukkan suasana sebenar yang orang tak jangka. Saya dah 3 kali lalu area Lojing dan tiap kali lalu mesti merintih melihat sayup sayup pemandangan bukit bukau yang dah ditebang. Bercakap tanpa gambar susah orang nak percaya, jadi saya tak pernah sentuh perkara tersebut.

Pada 22hb Disember 2014, saya kembali semua melalui jalan Kenyir – Felda Aring – Gua Musang – Kuala Lipis – Bentong ( sempat singgah jumpa seorang kawan blogger ) dan K.Lumpur.

Tahun 2013 saya lalu jalan ini, Projek Central Spine Road (CSR ) atau Lebuh Raya Utama Tengah masih dalam pembinaan. Projek ini melibatkan pelebaran Jalan Persekutuan yang sedia ada kepada empat lorong dua hala dari Kuala Krai, Kelantan – Gua Musang – Lipis – Raub – Bentong – Simpang Pelangi, Pahang sepanjang 390km.

Sepanjang jalan baru Gua Musang ke Kuala Lipis ini ada satu lokasi yang paling menarik minat. Walaupun hujan dan pakai ‘rain coat’, saya  singgah di sini.

eco viaductDSC_0644

Eco Viaduct Sunai Yu, Kuala Lipis, Pahang.

Sungai Yu terletak dalam jarak 10 kilometer dari destinasi pelancongan utama Taman Negara dan mempunyai pintu masuk utamanya di Merapoh.

Ini bukanlah jambatan hidupan liar ( eco viaduct ) yang pertama di Malaysia tetapi Eco Viaduct Sungai Yu adalah jambatan hidupan liar yang terpanjang di Malaysia iaitu 927 meter.

eco viaduct bridge

Saya sanggup tak naik ke lebuh raya baru semata-mata ingin melihat dengan lebih dekat lagi apa yang menariknya mengenai Eco Viaduct ini.

eco viaduct bridgeDSC_0632

Eco Viaduct ialah bentuk jambatan yang dibina khas bagi  memberi laluan hidupan liar melintas. Jika jalan dibina seperti biasa, laluan hidupan liar akan terhalang dan memberi ancaman kepada habitat asal. Alternatif yang difikirkan sesuai ialah dengan pembinaan viaduct.

eco viaduct bridge pahang

Pembinaan Eco Viaduct di Sungai Yu ini membolehkan hidupan liar melaluinya di dari Banjaran Ttitwangsa dan Taman Negara Gunung Tahan supaya pembinaan lebuh raya tidak menjejaskan kualiti pemuliharaan hidupan liar di kawasan tersebut.

jambatan evo viaduct

Pembinaan viaduct diharap dapat meningkatkan populasi hidupan liar walaupun pembangunan terpaksa dibuat di kawasan tertentu. Struktur viaduct berperanan melindungi hidupan liar daripada memasuki lebuh raya dan mengurangkan kadar kemalangan antara haiwan dan kenderaan.

eco viaduct sign

Maklumat mengenai projek Eco Viaduct Central Spine Road Seksyen 3F juga dibina. Berbanggalah mereka yang terlibat dengan projek yang sangat baik ini.

eco viaduct

Terdapat menara tinjau membolehkan kita melihat sendiri hidupan liar yang melintas jika bernasib baik.

Viaduct mula dibina pada 2006 di Sungai Deka, Terengganu sepanjang 0.63 KM semasa projek pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Gua Musang-Tasik Kenyir. Sungai Deka dikenal pasti sebagai lokasi laluan bagi haiwan di ambang kepupusan seperti gajah, tapir dan beruang.  Ada beberapa tempat lain yang mempunyai viaduct seperti lebuh raya Gerik – Kupang di Baling Kedah.

Kalau melalui jalan ini, berhentilah kerana ada tempat letak kereta juga disediakan. Banyak maklumat ilmu pengetahun boleh diketahui dan saya percaya ianya sangat bagus untuk anak-anak memahami perkara baru dalam kehidupan.

Saya yang tua ni pun baru tahu adanya viaduct.  Selama ini hanya nampak dan terfikir kenapa bentuk jambatan seperti itu dibuat, tak terfikir pun fungsi jambatan tersebut.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Eco Viaduct Jambatan Hidupan Liar Sungai Yu

    1. Jambatan mcm ni dibina dengan oleh JKR dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar sebab mereka yang lebih memahami habitat seseuatu tempat

    1. Sebelum siap jalan ni, bila lalu sini mesti tertanya tanya…kenapa mesti buat jambatan sedangkan kawasan ni elok je, kenapa perlu kos yang mahal utk buat jambatan…buat jalan mcm biasa boleh, kan

      Rupa-rupanya ini lah jawapannya…seronok sgt sebab mendapat jawapan

  1. saya sebulan sekali lalu ikut ni blk kg…oooo baru tahu knp dia buat jmbtan wlpn bkn sangai….timeqaseh2 info yg brgna

  2. Bagus bila pihak pemaju ataupun kerajaan sendiri menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi apabila membina lebuhraya.
    Mengambil kira hidupan yang sedia wujud supaya kita tak ganggu.
    Langkah yang patut dipuji.

    1. Jalan ni jalan persekutuan, jalan yang dibina JKR dan projek viaduct ni biasanya mendapat kerjasama jabatan hidupan liar yang berpengetahuan mengenai habitat haiwan sesuatu tempat.

      Memang teruja kerana selama dok lalu jambatan kat Gerik – Kupang, Jalan Aring – Kenyir tu perasan juga binaan mcm ni tetapi tak pernah terfikir kenapa….

    1. Waalaikumsalam … Kak Jie pun baru tau, sebab tu rasa nak berkongsi dengan pembaca kerana jambatan viaduct macam ni sangat istimewa dan tak ramai yang tahu kenapa binaan jambatan dibuat mcm tu

  3. baguslah ada jugak binaan yg menitikberatkan kebajikan haiwan liar cemni…
    at least, harapnya takde la yg tersesat ke kawasan kediaman manusia….
    salah satu inisiatif utk memelihara dan memulihara kemandirian dorang…

Comments are closed.