Mohon Tolong Yīn & Yáng
Kucing

Mohon Tolong Yīn & Yáng

Cara menjaga anak kucing baru lahir yang ditinggalkan ibu.

image

Lewat petang semalam saya terjumpa dua makhluk kerdil ini tepi longkang.  Entah anak siapa…. rasanya macam anak Tuxedo sebab perut dia dah kempis.  Kalau anak Tuxedo maksudnya ini kali pertama Tuxedo beranak.  Mungkin sebab itu dia abaikan anak dia.

Saya letak dalam bekas dialas kain.  Anak-anak ini masih belum celik mata dan masih belum tanggal tali pusat. Nampak saja, terus sebut nama Yīn & Yáng .

Pagi tadi saya lihat, bayi ini masih terbiar tidak dijaga.  Belasnya tengok mereka berdua mengiau  tanpa suara.  Tentu lapar.

Saya ada 5 ekor kucing dewasa disekitar rumah – Stokin, Tuxedo, Kecik , Nenak dan Mak.  Tetapi saya tak bela untuk belai-belai. Cuma bagi makan sebab simpati mereka ada di sekitar rumah.  Tak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Saya tak ada pengalaman membela kucing yang masih bayi.  Apa perlu buat?  Tak kan nak buat tak kisah?  Tak sampai hati.

Macam mana nak jaga bayi kucing? Apa makanan awal untuk bayi kucing? Apa jenis susu yang nak dibagi? Macam mana nak menyusukan bayi kucing.

Pls…. tolong berkongsi info dan maklumat cara nak bela dan jaga anak kucing.

edit : saya dah balik Tesco, beli susu dengan botol susu untuk anak kucing.

susu untuk anak kucing

Tapi anak kucing macam susah nak menyusu..dia tak buka mulut dan mengisap pun. Puting tu macam besar. Saya pergi klinik beli picagari pula.. harap² anak kucing ini nak menyusu.

Tapi.. seberapa kerap kita perlu susukan anak kucing?

Mencari maklumat sehingga terjumpa youtube cara menjaga kucing yang baru lahir.

Nak kena rangsang bagi anak kucing berak tu yang tak tahan tuu….

cara menyusu anak kucing baru lahir

Saya ikut tips dari video tersebut untuk menyusukan Yīn & Yáng . Memang kena bersabar kerana tak semudah seperti yang ditunjukkan di dalam video . Mereka pakar dalam bidang tersebut.

Yīn & Yáng minum juga tapi dalam kapasiti yang sedikit. jadi saya kerap beri mereka minum susu. Kena mencuba banyak kali dan kita boleh rasa bila dia mula mengisap puting susu.  Kadang-kadang dia boleh berhenti mengisap dan tidur  sambil menyusu.

Tips untuk tahu anak kucing sedang minum susu.

  • Bila dia mengisap, ada buih atau gelembung udara yang bergerak ke atas botol susu
  • Telinga dan otot leher ada pergerakkan.

anak kucing berak

Anak kucing yang baru lahir tak tahu nak berak. Kalau dia tak berakt, akan timbul masalah keradangan perut, jadi kita kena rangsang dia untuk berak.  Biasanya mak kucing akan menjilat bahagian tu.. tapi tak kan kita kena buat macam tu.  hahahaa

Guna tuala yang lembab, gosok secara lembut dibahagian ‘tu’, sampailah dia mulai berak.  Taik dia warna emas tau… golden! hahahaha… menjerit yang tengok.  Pertama kali nampak .

EDIT : Saya perlukan ibu tumpang untuk menjadi ibu susuan kepada Yīn & Yáng , Tak sanggup nak tengok dia peluk botol air suam sambil menghisap kain mencari nenen mak dia…

Posted from WordPress for Android

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Mohon Tolong Yīn & Yáng

  1. tak pernah lagi berpengalaman dengan anak kucing yatim piatu gitu..baru tahu hari ni nak kena ransang bagi berak..hehehe

  2. Kak Kujie kalau tak larat buat, better cari ibu kucing yang lepas beranak, kemudian bagi anak kucing tu minum susu ibu kucing. kalau ibu kucing tu lari pegang leher dia,hehe.. cara pegang leher ibu kucing tu macam ibu kucing bawak anak dia. tapi yang ni pengang leher ibu kucing tu. dia xkan larinya.dia duk kat situ je.

    1. dia minum….tapi kak jie risaulah sebab dia dah bersin
      takut selesema pula…

      menangis tgok dia dok peluk botol air suam yg dibalut dgn kain… mulut dia dok menghisap kain tu.

      kalaulah ada sesiapa yang ada mak kucing boleh menyusu, mmg kak jie nak hantar biar jadi ibu susuan

    1. dia kucing luar rumah, mmg bebas merayau.
      dia dtg cuma bila kak jie letakkan makanan saja.
      sebab tu kak jie susah nak control mak kucing tu..tak pegang pun tak pernah

  3. aduh! memang terharulah kak jie. huhuhu

    maza pernah buat perkara mcm tu.. memang kesian sangat kat anak kucing tu..
    penyudahnya ada yg bernyawa, dan ada yg tidak!

    aduhaiii..
    banyak pahala tu kak jie..

    1. intan cakap…mama ni mau susu

      hehehehe… dia cakap masa anak2 sendiri tak beli botol susu pun,

      ye lah..dah mmg menyusukan sendiri, mana nak beli botolnya, time kucing kena pergi beli peralatan utk baby…lawak la pula

  4. Alooo comel jer… teringat kat kawan Nurul.. dia memang pencinta binatang.. pernah 1 kali dia terjumpa kucing mati dia ambik terus g tanam.. memang sedih sangat..

    1. kak jie tak pandai bela tak pernah bela
      tapi tak ada lah kejam sampai terjumpa depan mata pun nak buat² tak tahu
      bila dah jumpa, mcm tanggungjawap pula nak kena selamatkan

      dua tiga bulan lagi tak tau mcm mana…janji bagi dia hidup dulu utk lepasi masa kritikal ni

  5. cutenyaaa…. selalu kalau kucing newborn mcm ni, kami guna picagari… sikit2 je bagi, dlm 0.5ml ke 1m je sekali minum… 2-3 jam…x lama nak bagi dia kuat… dlm seminggu dua jer..kalau nak mandikan pegang bahagian kepala/tengkuk (mcm mak kucing slalu buat tu).. baru la dia x meronta.
    my 2 cent 🙂

    1. picagari tu mcm keras kt hujung dia..mcm sakit je kalau tersentuh mulut si kecil.

      betul ke…

      puting susu tu walau besar tapi lembut..takut dia cedera saja

      perlu mandikan sekarang ke? maksud nya masa umur dia skrg ni?

    2. baru lahir dalam seminggu boleh mandikan ke?…sbb sy jaga ank kucing yg ditgglkan ibunya..

  6. Kalau dianya tidak meminum susu bisa mati, ide bagus untuk membawanya ke klinik
    semoga kucingnya membaik dan sehat..

  7. Saya sudah lama bersara dari membela kucing sejak isteri dan anak-anak ada asma. Dirumah ibu saya masih ada kucing yang dibela menjadi pelepas gian leka bermain dengan kucing. 🙂

  8. Tips yang baik. Rumah lama saya banyak jaga kucing tapi saya tak pernah jaga sebab tak minat kucing. Bagus juga tips ni manalah tahu tiba2 tergerak hati nak jaga kucing pula.

  9. saya berpengalaman menjumpai anak kucing yang di buang oleh ibunya
    kesian tengak anak kucing 2 ekor di gigit kerengga
    try bagi munum susu tp diorang taknak
    so, google punya google
    saya serahkan diorang kepada ibu susuan mereka
    bawak la diorang ni dari Batu Pahat ke Uptown Danau Kota untuk berjumpa ibu baru yang menyayangi mereka….

  10. Assalamualaikum,
    Mmmmm bayi kucing ni sangat untung terlantar sekitar rumah Kak Jie berbanding bayi manusia yang mati kena campak dr tingkap 😉

    1. risau sbb dia tak menyusu mak dia langsung… takut tak tahan dgn penyakit.
      hidung tu dekat sgt dgn mulut, takut termasuk susu, selesema pula

      tadi dah terbersin- bersin

  11. Oh! Untuk saya pun taklah tahu camna nak jaga baby meow. Kalau kakak saya pasti tahu. Sekarang pun dia ada dua ekor. Zorro(sebab muka dia macam pakai topeng hitam) belang putih hitam. Satu lagi saya lupa…warna kuning belang putih. Kalau binatang tinggalkan anak, fahamlah….sesuai juga dengan fitrah mereka. Tak ada akal. Bila manusia…itu yang sedih. Tapi perasan juga biasanya orang yang terpanggil memelihara kucing ni, berjiwa penyayang terlebih dari yang lain . Itu saya admit. Saya! Geleman sikit tapi tak pula tak suka.

    1. kucing tu muda…. baru beranak, mgkn tak jumpa tempat yg sesuai

      kt rumah ada 5 ekor kucing dewasa, tapi bukan bela utk belai2..tak bagi masuk dlm rumah pun..jadi skrg susah nak dapatkan mak dia paksa suruh jaga anak…

      dah pergi tesco tadi, beli susu dgn botol susu, harap2 dia boleh bertahan …mau menyusu

  12. salam kak jie ,

    suami dayah rajin selamatkan anak kucing masih bayi cam gini, kadang ada yang masih berdarah. dayah selalu tengok dia buat apa.. kalau dpt kesan saper mak dia , dia akan kasik mak dia makan dan paksa mak dia nyusukan anak dia. dia akan letak anak kucing kat mak kucing.. ada kucing yang degil kena sabar sikit.

    kalau mak kucing tu langsung taknak kasik susu kat anak dia atau tak ketahuan sape mak nye , suami dayah selalu bancuh susu bayi tu , masuk dalam botol lepas tu susukan mereka…seminggu dua jugak la…sbb anak kucing nih tak pandai makan lagi..pnh nmpk dia cuba kasik mkn tapi anak kucing tu tak pandai..

    hari-hari dia mandikan.

    (sbb dah jagakan , klu tak mandi diorang bau ucuk)

    lepas seminggu dua , suami dayah kasik diorang mkn dah…
    masih susu. ada jual makanan utk anak kucing.

    🙂

    paling senang akak htr kat pusat jagaan haiwan la kot.
    jabatan haiwan yg berdekatan ngan akak la.

    yg nih pun suami dyh pnh buat pasal masa tu tak terjaga..

    daripada biar anak kucing mati tak bersebab,dia htr la diorang..

    ini bukan pengalaman dayah..dayah tgk je suami dyh buat sbb dia mmg sayang kucing…

    🙂

    1. kak jie dh beli susu utk anak kucing
      dah belu botol susu

      tapi.. susahnya nk bagi dia menyusu..tak nak buka mulut
      dah tu mulut pun dekat dgn hidung, takut susu masuk dlm hidung pula

      kak jie beli picagari pula…tp kena kerap titiskan susulah

      tanya suami dayah, dia susukan mcm mana

      1. kak jie , suami dayah pegang belakang bdn diorang , mengereng lepas tu dyh tgk selalu dia sumbat botol , lepas tu dia lurut2kan picit kat getah puting botol tu mungkin sbb bb miaw takpandai sedut lg kan..

        tapi td kt tweet akak kata dah beli picagari…

        suami dyh pun kata senang lagi rasanya dengan picagari..tolak je masuk mulut..

      2. Kak jie,
        guna syringe yg kecil tu kak.

        tekan pelan2.
        bg dia macam dia menyusu dekat emak dia yek.
        jangan terlentangkan.
        takut susu dia pergi ke paru2.

        susukan 2-3 jam sekali.
        lapkan tut dia pelan2 lepas dia menyusu,
        akak akan nampak dia kencing nanti. =))

        isikan air suam2 kuku dalam botol mineral,
        balut dengan kain.. letak dekat kitten tu.
        biar haba sket badan derang..

        1. ooo…. esok kak jie pergi cari syringe tu
          harap sampai malam ni dia boleh bertahan.

          dia dah minum tapi dlm kuantiti yang sikit, jadi kak jie rasa nak bagi kerap

          terimakasih ye

  13. Kalau memang tak tahu siapa ibunya susah gak, biasanya makanan awal kucing baby macam ni memang susu, cuma ada sesetengah susu tu tak sesuai dengan kucing. Kalau kak jie rajin, boleh pergi ke pusat haiwan untuk dapatkan susu yang sesuai.

    1. pagi minggu ni, mesti tak buka..dari semlm tak menyusu
      takut mati je…
      suara pun dah tak bunyi…mengeow sampai tak ada suara.

      1. kedai perkakasan haiwan mesti buka.. boleh cari kat kedai-kedai macam tu juga… kalau takder juga, kena bagi apa2 susu yang boleh diperolehi aa kot… mesti ying n yang dah kelaparan tu…

Comments are closed.