Seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang lain, saya pun tidak ketinggalan menonton perbentangan belanjawan 2013 atau bajet 2013 di hadapan TV . Bajer 2013 yang dibentangkan ini adalah bajet terakhir sebelum pilihanraya umum ke 13. Habiskan petang Jumaat mengadap tv sambil melipat kain. Saya tak pandai nak cerita bab Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau beberapa istilah ekonomi yang dalam ruang yang lebih besar. Maklumlah , sebagai rakyat biasa, saya tentunya akan fokus kepada intipati penting yang berkadar langsung kepada kehidupan kami sekeluarga. Sepuluh atau dua puluh tahun dahulu, bajet atau belanjawan negara akan melibatkan peruntukan kepada setiap kementerian. Tetapi macam sudah menjadi trend terkini, belanjawan akan melibat pemberian tunai kepada sesetengah rakyat. Secara ringkasnya, ada beberapa perkara yang disentuh oleh Perdana Menteri Malaysia yang akan melibatkan diri saya dan keluarga secara langsung. Antaranya :
- Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula hari ini. Bahasa mudah, gula naik harga. Saya tak ada masalah dengan kenaikan gula, sebab kurang guna tetapi jangan lupa sirap limau yang kita order di kedai itu menggunakan gula, kuih sekeping 50sen yang selalu kita beli jua menggunakan gula.
- Pemeriksaan Mamogram Percuma apabila RM25,000 diperuntukkan bagi tujuan itu yang melibatkan kira-kira 100,000 wanita. Saya berharap saya termasuk di dalam 100,000 wanita tersebut. Secara purata setiap pemeriksaan mamogram memerlukan RM 180 hingga RM 250.
- Program Tanam Semula Kelapa Sawit bernilai RM432 juta akan memberi peluang kepada pekebun kecil untuk meningkatkan tahap produktiviti dalam membantu ekonomi pertanian negara. Kami adalah pekebun kecil kelapa sawit. Di harap program ini sampai kepada pihak pekebun secara telus dan berkesan.
Untuk anak-anak.
- Pemberian persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar pada Januari 2013
- Program Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar IPT dan pra-universiti sebanyak RM 250.
- Pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan ke RM6,000 mulai tahun taksiran 2013
Intipati belanjawan 2013 lain yang menarik perhatian orang ramai walau pun tidak melibatkan kami sekeluarga secara langsung kerana tidak layak. Tak cukup umur, terlebih umur atau bukan kakitangan kerajaan.
- Diskaun 50 peratus bagi tambang komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) diberikan kepada warganegara berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
- Pemeriksaan percuma sebanyak dua kali kepada 1.4 juta anggota Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
- Rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar ( smartphone ) 3G untuk belia 21-30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 melalui pembekal terpilih
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipanggil BR1M 2.0 sebanyak RM250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000 . Penerima sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau pergi ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pelajar IPT yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
- Bonus satu setengah bulan gaji untuk kaki tangan kerajaan termasuk setengah bulan yang telah dibayar menjelang Aidilfitri lepas. Sejumlah setengah bulan lagi akan dibayar pada Disember dan setengah bulan lagi pada Januari 2013.
- Bonus sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan dan kenaikan kadar pencen minimum untuk pesara yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun, daripada RM720 kepada RM820
- Bayaran pemprosesan pasport daripada RM300 kepada RM150 untuk tempoh lima tahun kepada warga emas, atau dikurangkan kepada RM80 untuk tempoh dua tahun,
- Diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman PTPTN kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan
- RM50 juta dalam bentuk geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil terutama wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melalui program Get Malaysian Business Online (GMBO)
“Kepada Allah Kita Berserah”
Bagi yang menerima subsidi, sepertinya harus memilah – milah mana yang paling utama atau mana yang sekunder. Semoga bantuan ini bisa dimanfaatkan secara adil dan benar
sambil mendengar radio pembentangan bajet 2013 itu, maza hanya menelan liur sendiri.. dan sekadar berangan bajet encem sendiri.. ahaks!
teh O ada gula RM 1.00
teh O kurang gula pun RM 1.00 juga bila nak bayar.
ada bajet yang menarik, ada yang macam “so-so”.
just wait and see. ;D
Semoga rakyat Malaysia mendapat subsidi yang adil dari pemerintah..
Saya ini sudahlah memang menjadi kebiasaan memesan air minuman kurang gula. Jadi pengurangan subsidi gula oleh kerajaan tidak memberi apa-apa makna kerana bayar air minuman kurang gula tetap sama dengan yang bergula.
Sekarang ini kawasan saya kekurangan minyak botol dan kampit. Sudah 2 bulan stok tak masuk. Macam mana sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar didunia.?
Kenaikan harga barang seperti gula seringkali membuat saya risau, sebab kenaikan 20 sen sekilogram akan menyebabkan peniaga makanan meningkatkan harga dari 10 sen hingga 20 sen (ini untuk sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan). Walhal bukannya guna sampai sekilo gula pun untuk pembuatan sesetengah jenis makanan mereka jual tu.
Saya sempat tengok sedikit jer bajet 2013, sebab sibuk dengan kenduri di rumah pakcik selepas solat jumaat.
Jika order kopi o kurang manis..harganya sama je dengan kopi o manis sangatkan..haha… 😀
minta air kopi o kurang manis kena bayar rege sama je dengan air kopi o manis kan..:) haha…
gula subsidi dikurangkan 20 sen sekilo,,tapi harga kopi secawan naik 20 sen..agaknya la.
Lepas ni nak lepak minum air pun fikir banyak kali.
dekat tempat saya harga kuih masih 3 Rm1 lagi lepas gula naik ni tak tahu la macam mana..
Pemberian baucer buku tu saya paling suka sekali hehe
bagus juga pencen minima dinaikkan, maklumlah brg2 sekarang dah naik
mungkin lepas ni kuih akan dijual dengan nilai RM1 untuk dua ketul..
p/s : kak jie, ada typo error kat ayat “Bonus sebanyak RM500 kepada perasa kerajaan”.. nanti ada yang terasa pulak..
ok, terimakasih..dah dibetulkan.
huruf R dan S tersalah tempat.