Kisah Tigger Memberi Motivasi Untuk Menjaga Alice
Kucing

Kisah Tigger Memberi Motivasi Untuk Menjaga Alice

Saya ada Instagram khas untuk kucing-kucing saya Julie, Camo dan Alice di JulieMoLice. Saja saya buat akaun khas, tak perlu bercampur dengan akaun IG personal. Semua gambar kucing , nak follow akaun kucing lain pun senang.

Bila kucing dah berkawan dengan kucing, biasanya banyak info yang dikongsi bersama seperti cara memasak makanan kucing sendiri di rumah atau cara merawat sesuatu penyakit yang dihidapi kucing masing-masing. Itulah kelebihannya.

Semalam ada seorang pemilik akaun kucing mendedikasikan pos khas menceritakan kisah beliau berjumpa dan menjaga kucingnya yang kudung seperti Alice.

Terima kasih Hanneesaa kerana berkongsi kisah dan memberi saya motivasi untuk terus merawat luka Alice dan menjaganya.

kucing kaki kena potong
Inilah Alice – dah sebulan dia bersama kami sekeluarga. Makin sihat dan bulat tetapi luka kaki dia sekejap baik sekejap berdarah. Kata doktor keadaan ini akan berlanjutan agak lama semingga kaki dia betul-betul baik dan lukanya kering. Yang nampak tu adalah tulang kaki.

Dibawah ini adalah kisah Hanneesaa yang dikongsi di Instagramnya, saya copy paste tanpa mengedit supaya cerita yang disampaikan tidak tercemar.

hanneesaa1

Dok tengok IG @juliemolice .. alahaii.. terus teringat sangat2 kt budak kesayangan ni.. huuu.. x penah cerita psl dia dlm instagrm ni.. sbb dia adalah satu cerita yg sgt indah tp sangatttt sakit.. sbb smpi skng ni kalau ingt kt dia mcm2 rasa ade.. huuuu.. . I named her “Tigger”.. read: tiga… sebab.. warna dia ade tiga.. and dia jugak cuma ade kaki tiga jgk.. sama mcm alice dlm ig @juliemolice … huu.. isnt she a beauty? . Cerita lama…zaman eomma masih lagi study.. around 2008 cmtu.. kebetulan jmpa dia dlm keadaan kaki tgh menitik2 lg darah.. so x thu ape pnca kaki dia cmtu.. so.. eomma n one of my friend.. kwn serumah time tu.. decided tuk bela dia.. bela pun gitu2 aje.. bg makan.. sapukan ubat.. bwk tidur.. ye la…. zmn tgh belajar.. semua ade kekangan.. esp money and time..

hanneesaa2

Kisah tigger part 2… . Dah nama pun student kan.. so.. eomma ngn kwn eomma ni bwk tigger g klinik cmni la.. merempit naik scooter je.. hehehe.. itu pun bkn pergi vet.. pergi klinik manusia.. baik doktor tu.. dia sudi je tlg cuci n gnti balutan kaki tigger.. tak mahal.. rm3 je dia cas utk rawatan.. hee… itu la hari2 eomma balik kelas di smbut oleh tigger.. tnggu je.. bila cuti sem.. cuti lama2.. terpksa tngglkn dia.. letak bekas mkanan kt luar rumah n mtk tolong jiran bg makan.. sian tigger.. yela.. time tu blk pon naik bus.. cmne nk bwk balik.. aishh.. .

hanneesaa3

Kisah tigger part 3… . And.. smpaila pada part paling sedih.. masa hujung 2009… eomma kene g praktikal… mmg time tu mcm2 pikir cmne ngn tigger…masa tu kaki dia x sihat lg.. still x tmbuh lg kulit.. risau sgt.. sbb kalo kite xde.. nnt kalau luka2 tu kene habuk.. kena rambut.. siapa nk tlg buang.. sllu eomma buang.. sbb kesian tgk.. kotor2 tu sangkut… sbb doktor x bg lama2 balut je kaki dia.. sbb kene bg udara utk bg segar… hari2 pesan kt tigger.. sblm eomma g praktikal and terpksa tngglkn tigger.. kaki dia kene sembuh.. mmg itu la pesanan n doa eomma kt dia..

 

kucing kaki luka

Doakan moga kaki Alice akan baik seperti Tigger juga dan hidup bahagia.  Terima kasih Hanneesaa kerana kisah Tigger sedikit sebanyak dapat menenangkan saya dan menjadi lebih bersemangat untuk melihat Alice sembuh sepenuhnya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Kisah Tigger Memberi Motivasi Untuk Menjaga Alice

  1. Kuat semangat orang yang menjaga kucing istimewa seperti ini. Saya pernah jaga kucing yang kakinya patah digigit anjing. Setiap hari perlu cuci kakinya dan balut semula untuk elak darah menitis dan berbau. Lama2 sembuh. Saya doakan Alice cepat sembuh dan terus menceriakan dunia Kak Kujie.
    Jom terjah post menarik dari iamNurul ..Resepi Twice Baked Potato Cheese MelelehMy Profile

  2. seyes comel dah julie tu dibelai org yg menyayanginya.
    tp mata cepat2 alih dari tengok kakinya dan juga tigger tu.

    mm..dah follow insta 🙂

  3. Sedihnya kan kak tapi ada orang yang sanggup buat lebih daripada tu kat binatang.

    Kucing kat rumah hilang lagi…yg paling cantik. Kesian kat anak Aina yg bungsu kucing dia katanya. Kucing jantan. Sedih.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Sarapan Sihat Hari JumaatMy Profile

Comments are closed.