Kenapa Ibu Kucing Suka Pindahkan Anak-Anaknya
Kucing

Kenapa Ibu Kucing Suka Pindahkan Anak-Anaknya

kucing terbiar

Saya bukan pemilik kucing-kucing ini tetapi kami berkongsi ruang hidup bersama.  Bila dah sentiasa ada dipersekitaran rumah, saya yang akan bagi kucing-kucing ini makan.  Kalau saya goreng ikan 2 ekor, saya akan lebihkan seekor untuk ‘mereka’.

Bila ada yang beranak, masalah mulai timbul.

Dua minggu lepas, saya terjumpa Kecik beranak di dalam almari baju.  Bila Kecik sedar kehadirannya bersama  anak-anaknya disedari, Kecik mula pindahkan anak-anaknya.  Masalahnya tempat beranak tu belum dibersihkan. Saya terpaksa keluarkan kesemua baju di dalam almari, cuci dan buka pintu almari untuk menghilangkan bau.

Sambil-sambil bersihkan almari, buat clearance stock.  Keluarkan semua baju yang jarang-jarang dipakai.  Rasa macam almari dah kosong…ehem!

Sepanjang minggu lepas 4-5 kali saya terjumpa anak kucing di beberapa tempat berlainan.

Kucing-kucing di rumah ini bukan kucing belaan jinak, kucingnya bebas hidup dalam persekitaran sendiri.  Jadi kucing ibu kucing yang baru beranak  masih mempunyai naluri kuat untuk memindahkan anak-anaknya.

Ada 2 sebeb kenapa ibu kucing sering memindahkan anak-anaknya

1.  Keselamatan.

Ibu kucing yang baru melahirkan anak agak tertekan dan menjadi lebih garang.  Ibu kucing risaukan keselamatan anak-anaknya.  Kalau ibu kucing tahu kita mula mengetahui tempat tersorok dimana anak-anak kucing disembunyikan, ia akan mula mengangkut seekor demi seeekor anak-anak ke tempat lain.

Kadang-kadang sebab dah terlalu kerap memindahkan anak-anaknya , sampai ibu kucing   tak pasti di mana anaknya berada, mulalah mengiau-giau seluruh rumah.

Kita ni pun satu hal, dah tau ibu kucing tu tak suka diintai, makin keraplah nak intai.  Bila ibu kucing dah tak selesa, rasa terlalu terdedah dengan manusia, rasa gelisah, berpindahlah lagilah anak-anak kucing tu.

2. Kebersihan

Anak kucing tak pakai lampin pakai buang.  Bila dah 2-3 hari ditempat yang sama, bau pun dah seharum merbak, ibu kucing akan pindahkan anak-anaknya ke tempat yang lebih bersih.

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

Dalam rumah saya ada 3 tempat pilihan – bawah katil di dapur, almari baju Along dan almari baju saya.

anak kucing sakit mata

Dalam laci almari baju Along – tali pinggang silat dengan glove penjaga gol pasukan bola sepak.

Anak kucing  sakit mata, apa perlu buat ye?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Kenapa Ibu Kucing Suka Pindahkan Anak-Anaknya

  1. sejak dah ada ank2 sndiri ni, entah kenapa minat nak bela kucing tu makin kureng… kalau masa anak dara dulu, pantangg jumpa kucing, mesti nak bela… skrg ni minat tu turun pd anak, terutamanya si kakak sulung

  2. Serius, saya suka kucing. 😉

    Sangat sayang mereka. 😉

    Kalo kucing sakit mata, buka matanya dan bersihkan dengan lidah. Itu sahaja .. huhu … semoga berjaya …tapi jngan lupa baca bismillah ..

  3. kalau kat luar rumah, dia pindah sbb de yg kata ada kucing jantan makan anak kucing.. ye ke tak, entahlah..

    tapi bab keselamatan tu mmg ye.. nak2 kalau kita dah pegang anaknya.. bau kita tu lekat kat anak dia..

    kak jie, nak sekor anak kucing tu..

  4. Menang ada kebenaran nya…ibu kucing suka pindah2 anak.Kat tempat saya kerja ni ada 2 keluarga kucing,orang selalu dok jengok nak tgk,lepas tu dia dok pindah merata 🙂

  5. mungkin dia terasa terancam..dia pindahkan anak-anak dia. Kt rumah saya pun ada kucing macam ni. Tapi baru je mati minggu lepas..Kesian..4 ekor mati serentak. Rasanya diracun..

  6. saya pencinta kucing..biasanya kucing sakit mata sapu je baki minyak goreng ikan kat mata kucing tu..kalu kena kurap pon sama..sapu je..jangan sampai kena dalam mata sudah..InsyaAllah dalam 3hari da okey… cubelah

  7. Masa pindah anak2 mesti ibu kucing tu angkat dengan cara gigit kat tengkuk anaknya..rasa macam kesian je bila tengok…tapi yang diangkat nampak relaks je..

  8. Ibu kucing cari tempat yang selamat untuk anak-anaknya berkemungkinan akan dimakan oleh kucing jantan. Tentang ubat sakit mata kucing tak tahu pulak.

  9. kucing pun ada rasa tanggungjawab .. 🙂
    sebab tu saya suka kucing ..
    semoga masih kenal lagi pada saya kakjie

    p/s : syaifuddin alias

  10. Ibu kucing apa bila rasa anak-anaknya terancam akan mula berpindah. Masalah sakit mata sudah tidak berapa ingat bagaimana di rawat kalau tak salah saya akan cuci dengan air suam.

  11. Macam mana pula nak kasi kucing lari?Ada di stor kami, asyik masuk je kucing ni,taknak lari2….Stor kondo jadi pintu tidak berkunci penuh…

  12. waktu balik dari sabah aritu, terdengar suara tangisan anak kucing dari dalam almari kasut kat garaj..tiga hari kemudian dah takde (kena pindah) sebab ada kucing jantan nak kaco ‘sarang’ anak kucing tu..

  13. Bawa ke klinik anak kucing tu kak jie . Biasanya dia bagi ubat mata yang cecair . Kita kena sapu 3 kali sehari . Pastu kena rajin bersih mata dia . Kadang-kadang mak dia malas nak jilat tu yang jadi sakit mata !

    1. kak jie dah sapu ubat mata – Terramycin
      harap² makin baik, tu kucing dari ibu kucing liar
      tak berapa nak ada pengalaman jaga anak

      1. kalau ikut perkiraan zqah ..
        kucing liar biasanya pandai jaga anak , kucing umah x reti sebab dia manja .. haha

  14. Saya suka intai2 tempat kucing letak anak2 dia.. Memang tak lama lepas tu dia akan pindahkan ke tempat lain.. Kadang2 kena marah dgn mak saya sebab kacau kucing.. Bila dia pindah2, banyak tempat nak kena bersihkan.. Penat juga..

    1. tu la pasalnya………………. bila dah pindah sana pindah sini… dia tinggalkan bau merata-rata.

      kalau dia bersarang dalam almari baju, bukan saja yang tersentuh badan dia berbau.. baju yang bergantung pun berbau

      sebab tu kak jie dok pesan dgn anak²..jangan nak intai², buat² tatau sudah…

    1. kalau dia cakap mcm tu senang je nak balas balik

      “tuuuu… yang ko letak bawah katil tu sapa suruh”

      ini dok mengiau-giau… kita dok cakap dia tak faham-faham…hahaha

      1. hahahaa…kalau camni, biasanya saya angkat ibu kucing tu, letak kat anak dia..pastu bebel..”ko ni kan, org dah cakap, jangan pindah byk kali..kan dah lupe jalan balik…” hehee

Comments are closed.