Selain LowYat, saya kerap ke Digital Mall Seksyen 14 Petaling Jaya untuk membeli barangan gadjet atau elektronik.
Selain mempunyai pilihan yang banyak, harganya tak jauh sangat berbeza. Saya pernah membeli telefon dan DSLR di Digital Mall termasuk pelbagai lagi aksesori dan peralatan elektronik.
Tetapi…..
Kali terkahir saya ke Digital Mall, kos barangan yang dibeli menjadi lebih mahal.
Balik rumah, buat kira-kira , campur dan tolak, kos barangnya lebih mahal. Rasa geram juga..nak marah, tetapi kena telan saja sebab kesilapan diri sendiri.
Semuanya kerana – sekeping surat panjang dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya bernilai RM 100!
Surat kompaun kesalahan gagal mempamirkan tiket bayar dan peraga semasa meletakkan kenderaan di dalam petak letak kereta.
Cis… cis… cis… jauh – jauh pergi untuk dapatkan harga yang murah, terpaksa membayar kos tak terduga.
Saya ni pula bukan jenis degil berkira bab beli tiket meletak kenderaan. Jarang sangat saya tak beli, tetapi pada hari tersebut saya meletak kereta di bahagian belakang bangunan Digital Mall berdekatan tempat lori turun dan ankat barang.
Tempat belakang yang saya tak perasa pun perlu letak tiket bayar dan peraga. Nampak saja tempat kosong, terus letak kereta.
Kesilapan diri sendiri, terpaksalah terima .
Hari ni saya login ke web MPPJ dan buat carian nombor kompaun. Cepat-cepat bayar sementara ada diskaun 50%.
RM 50 tu….. dah boleh beli casing yang kiyomi untuk S3 !
Untungnya ada discount 50% dari pembelian tersebut setidakya bisa sedikit hemat
aritu saya kena jugak macam ni, ingat nak save budget tapi terlebih pulak sebab kena saman…huhu
terima jelaa kakjie..hehe
Macam tau2 jer…sedang kita berkira2 nak jimat itu ini…biasanya..biasanya mmg akan berlaku perkara yg kak jie share ni..hehe
Bukan sekali, tp ada beberapa kali..mmg tak terduga..redho ajer =)
hehe..terpaksa terima la kan..hehe..
Jarang sekali ke sana. Selalunya ke The Curves sebab ada gedung komputer All IT.
dah semakin leceh skrg ni kak. balik ke kaedah konvensional. bukan nak memudah, lagi mnyusah….hmmm…
lenkali bawa motor. hehe..
kak jie parking kat celah bedah mana kat sana pon takper asalkan takde tanda no parking atau clamp..tp make sure bayar parking…cam saya dulu…masa tuh digital mall tuh metrojaya lagi…pernah keta kena clamp time student…nego2 ngan MPPJ dpt la kurang kompaun pasal student lg…diorang cakap asal takde tiket bayar parking jer, diorang akan saman/clamp wlpn kita letak kt tmpt takde tanda parking/jalan private
memang tu amaran jangan sesekali leka
Umi pun pernah kene mcm tu… nak g makan tmpt murah sbb nak jimat konon..x nak g mkn tmpt mahal…then parking tepi jalan..x sangka kene saman..x pepasal terbang rm50…
Sudahnya makan tghari tu jadi rm60…ggggrrrrrrrr
huhuhu…………..nasiblah
itu namanya kos tak terduga, bukan main berkira2 nak pi cari yang murah
alih2….lebih mahal dri ssepatutnya
faham perasaan kak jie..
masa praktikal di MBSA jaga tempat orang bayar saman, setiap hari kena sumpah serana dengan public.. selalu nasihat kawan-kawan parking tu bayar je.. sekarang musim menyerang..
kak jie kalau dah kena saman, bayar saja
dah memang kita buat salah
adalah sebab kena saman tu, ingatan dr kelalaian kita yang lain
assalamualaikum kujie…nasib baik ada lesskan…;)
waalaikumsalam
itulah…. sekali tengok rm 50, rasa lega sikit
nasib baik ada diskaun kan.. hehe..
kira mcm pengubat hatilah juga diskaun tu 🙂
Ya Allah, terkejut tgk screenshot tu bila bukak blog ni tadi. Hahaha. Saya salah sorg yg buat sistem payment online mbpj tu. haha
Parking Digital Mall belakang Digital Mall. Kak jie kena terus sampai hujung deretan kedai sebelah digital mall (simpang empat), belok kiri dan belakang kedai tu ada bangunan. Bangunan tu nampak mcm bangunan tinggal dan jalan masuk dia mcm sempit sikit (bangunan warna coklat). Naik je situ. Parking kena RM1.50 sejam kalau tak silap. Saya kalau pegi digital mall, situ je saya parking. hehe
Kak Jie tau tempat tu, pernah park sekali tapi macam seram je nak naik situ…
Saya selalu pergi sana untuk update barang sistem.Selalunya parking kawasan perumahan belakang digital mall tu.Ada sekalitu parking di tempat letak kereta bertingkat di belakang digital mall,semasa naik ok tetapi ketika turun habis calar balar ‘atap’ kenderaan kerana syiling bahagian turun lebih rendah berbanding bahagian naik.Saya lihat kenderaan mpv lain seperti toyota alpat pun terima nasib sama.Entah macamna parking macamtu dapat kelulusan pembinaan & penggunaan awam.
pernah gak parking sama tmpt akak parking.. tp maybe nasib sy baik.. tak kena lg saman.. hahaha
betullah tu…. banyak kali dah park kat situ
tak pernah teringat pun situ kena letak tiket parking
sekali dah kena ni….. jadi ingatan sampai bila bila
syok pi sana.nak pi kl sesak
yup…salah satu sebab
tapi lowyat tempat paling dia mudah….sejam pertama RM2.50 hehehe
tu yang geram kalau kita pergi ke tempat shopping mall yang ruang pakir keretanya terhad then kita laks main parkir jer lastly kena surat cinta MAJLIS…
hehehe…. lari bajet
rasa mcm…eeeee…………baik pergi kedai dekat rumah je
rasanya, pernah 2-3 kali gak pergi Digital Mall tuh, sbb dekat dengan Subang berbanding Low Yat… tempat parking sesak. kadang-kadang parking jer kat mana-mana yang boleh. tapi saya tak pernah tahu pun kat situ kena letak tiket parking… syukur juga tak pernah kena saman.. ish~ish~ =.=’
dari tempat kak jie lebih jauh sikit dari lowyat tapi lebih mudah nak sampai
kadang2 pergi bukan nak beli, nak survey harga atau tengok jenama pilihan
bila dah berkira2..baru beli
kesiannya kak jie.rm100 pulak tu..nasib badan..hehe
rm 50 selepas diskaun
Untungla ada discount,kalau tak.
kalau tak, meroyan lagi lah….rm 100 tu macam2 boleh beli
Saya tak bayar lagi kompaun parking kereta hari tu.. Masuk mahkamah ek kalo tak bayar?
setahu DT akan effect masa nak renew lesen ke, renew road tax ke.. kira blacklist … settlekan saman dulu baru boleh renew semula…
kata orang, kalau saman JPJ dgn Polis saja ada effect masa nak renew roadtax atau lesen
kalau majlis tak apa…
kak jie tak sedap hati… sebab sedar buat salah
dalam surat tu cakap akan didakwa di mahkamah
tapi tak tau le pula mcm mana
Hahahaha. Saman lagi, minyak lagi.. Hihi..
Sabor je lah.. 🙂
sebenarnya nak berjalan lebih….
lg satu, masa lagi.
Pernah sekali jer singgah ke Digital Mall, itupun teman kawan, setakat ni tiap kali gi lowyatt atau kedai komputer lain, biasanya jadi tawar hati nak beli… tak tahu kenapa…
sebenarnya kan eizil…digital mall tu sepelaung je dari rumah adik ipar
sebab tu agaknya suka pi situ…hihi