Sesiapa yang membela kucing, akan alami masalah kutu kucing terutama membela kucing jalanan. Kebanyakkan kucing saya asalnya dari kucing terbiar jadi masalah kutu kucing adalah perkara normal yang dialami. Kucing boleh mengalami pelbagai jenis parasit tetapi parasit yang paling biasa ditemui pada kucing adalah kutu kucing.
Bila ada masalah kutu kucing, banyak pendapat yang diberikan daripada pemilik kucing lain. Saya pun tidak terkecuali mencari maklumat mengenai ubat kutu kucing terbaik dan berkesan. Ada pelbagai jenis ubat kutu kucing yang dicadangkan.
Ini adalah produk untuk kutu kucing milik saya. Sebut saja apa jenis ubat kutu kucing yang djual, saya akan mencubanya. Saya ada Machiko flea shampoo, ubat kutu jenis spray jenama Vime- Frondog. satu set ( 2 botol ) Supercat ( sekarang dipacking dengan nama baru Jusz Spray ) , ubat kutu semburan Frontline atau jenis spot on Advantage Cat dan ubat kutu telinga kucing Auriderm.
Bakul hijau tu macam First Aid Kit untuk kucing-kucing. Ada ubat luka Iodine ( ubat kuning ), Magtox Veterinary Herbal Spray ( ubat ungu ), cecair pencuci telinga kucing, Nutri-forte gel iaitu suppliment untuk mendapatkan tenaga yang tinggi untuk masa yang singkat, Chloramphenicol untuk rawatan jangkitan bakteria, antibiotik, ubat demam dan ubat selesema.
Intan cakap, untuk kami mama tak sediakan pun ubat-ubat macam tu…hi hi hi
Ubat kucing susah nak cari tak seperti ubat untuk kita manusia. Perlu dapatkan daripada veterinar bukan sebarang kedai yang menjualnya sebab itulah saya sentiasa menyimpan keperluan ini di rumah.
Berbalik kepada kes ubat kutu kucing, entri ini adalah hasil daripada pengalaman saya. Baca betul-betul…pengalaman saya bukan pengalaman si polan si anu atau si dia. Pengalaman saya.
Ubat kutu yang saya sebutkan diatas tadi ada yang berkesan dengan baik untuk sesetengah kucing. Contohnya kucing saya Alice tidak langsung boleh menggunakan ubat kutu jenis semburan. Setiap kali disembur , Alice akan mengigil dan menggeluarkan air liur yang sangat banyak. Berbuih seperti terkena racun.
Akhirnya saya menemui ubat kutu kucing yang terbaik yang serasi untuk kucing saya. Sebenarnya ini bukanlah ubat kutu yang sebenar tetapi adalah makanan tambahan yang dipanggil Brewer’s Yeast.
Saya sangat berpuas hati selepas kucing-kucing saya memakan Brewer’s Yeast yang mempunyai campuran bawang putih bukan membunuh kutu tetapi menghalans kutu hidup di badan kucing kerana thiamine di dalam tablet ini tidak digemari kutu kucing. Kutu kucing tidak suka bau dan rasa darah kucing yang memakan yeast.
Kesan yang baik bukanlah sekelip mata tetapi selepas mengambil tablet ini dalam tempuh 3-4 minggu.
Memandangkan ini adalah makanan tambahan, saya tidak memberi kucing saya Brewers Yeast setiap hari. Alice diberikan setengah biji, Melati dan Carrot diberikan 1/4 biji berselang sehari. Alice makan Brewer’s Yeast seperti dia makan makanan kucing yang lain tetapi Melati dan Carrot terpaksa di masukkan di dalam mulut.
Harga Breawer’s Yeast 250 biji termasuk harga pos ialah RM 40. Sangat berbaloi kerana makanan tambahan ini bukan saja untuk mencegah jangkitan kutu kucing tetapi melebatkan bulu kucing. Ia juga Menyediakan nutrisi penting supaya kucing lebih cergas dan aktif
Selain mencegah jankitan kutu kucing dengan ubat semburan, drop on atau makanan tambahan , menyikat bulu kucing dengan berus halus yang sesuai juga boleh digunakan sebagai salah satu cara mengelakkan kutu kucing.
Notakakikujie : Waktu Melati dijumpai, bulu dia sangat nipis sampai kulit perut pun boleh nampak warna pink….Sekarang umur Melati lebih kurang 5 bulan. Fakta tambahan : Melati adalah kucing jantan :p
Kucing ni mmg cantik. Tp bila dh bnyk sgt kutu tkde org nk main. Huhu
Memang geli aaa tgk kutu kucing nih… memang tak suka sungguh.. kesian kat kucing2 tuh….
Jom terjah post menarik dari SuperNifz ..Kekal Bertenaga Walaupun Sibuk Seharian
first time dengar ni brewers yeast penghalang kutu kucing.
nama melati sekali kucing jantan daaaa…haha
Kujie : Nama kau melati mulai hari ni.
Melati : Tapi aku nak nama Meranti barulah jantan.
Kujie : Aku tak peduli, nama kau tetap Melati!
Melati : ….
Jom terjah post menarik dari ahmad ..Malaysia Best Blog 2015
kutu kucing ini memang bikin susah palagi buat kucing kesayangan
Jom terjah post menarik dari islam di dadaku ..Serigala Mengintaimu!
melati adalah kucing jantan, adehhh, hehehhe
Jom terjah post menarik dari ebook bisnes online ..Panduan Cara Buat Duit Online Dengan Clickbank
Kesian Alice.. Yang di spray sehingga menggigil tu produk supercat ya puan? Mohon minta pencerahan sebab baru teringat nak membeli. Bahaya sebenarnya kutu ni untuk kesihatan kucing, di samping boleh berjangkit pada manusia juga. Terima kasih ya berkongsi informasi yang bermanfaat. Moga dirahmati-Nya. Maju terus!
*Kucingcomelmeow.my sedang mencari “penulis sukarela” yang boleh menulis artikel tentang kucing yang sangat berguna untuk dikongsikan dengan pembaca di laman sesawang ini. Jika puan atau kenal sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ya. Terima kasih.
Jom terjah post menarik dari Kucing Comel ..Kucing Berjaya Tangkap Burung Yang Sedang Terbang
alolo cutenye kitty…saya baru tau Brewer Yeast ni boleh guna sebagai ubat kutu juga..saya baru cuba dalam sebulan..masa tu anak2 bulus saya ada yang berak berdarah dan selsema..so bila pergi bawa jumpa doktor vet, dia suggest supplement ni..murah je harganya..Hemo-hemo suke..before suh dia telan, dia akan jilat2 dulu tablet tu..Hemi-hemi kureng sikit, kene suapkan la bagi dia telan terus..Yang saya perasan lepas 2 minggu bulu diorang cantik n gebu n kurang gugur..so tambah lagi satu lah ye, selesai masalah kutu..sebelum ni saya bawa vet untuk letak ubat kutu di bawah collar..yang tu agak mahal dan kene buat kerap juga..
Jom terjah post menarik dari zara ..15 Makanan Yang Harus Anda Elakkan Semasa Hamil
1st time tahu kucing pun ade ubat kutu..hihi
Jom terjah post menarik dari Vimax Malaysia Original ..Vimax 3D Izon Hologram
untung kucing ni. semoga tuannya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Bee Venom
kadang-kadang geli nak pegang kucing yang ada kutu..huhuhu,.
Jom terjah post menarik dari siti rosnah ..Kehebatan VIVIX seiring dengan kemajuan teknologi dunia?
Cantik dah Melati…baru tahu memang ada supplemen untuk kucing rupanya
Jom terjah post menarik dari Suriya ..5 Sebab Nekad Perah Susu Badan Kerna Tak Sanggup Bagi Anak Susu Formula
Terbaik kak jie.. kucing pun dah ada produk ubat kutu..hihii
Jom terjah post menarik dari Aya ..Malaysia Best Blog 2015 – 10 Blog Pilihan Terbaik
boleh gak cuba ni.
kasi kat rabbit comel.
dia suka ke tak agaknya..
Jom terjah post menarik dari titan ..Malaysia Best Blog 2015
Kasihan kucing kalau ade kutu. Kadang kucing akan mati jer kerana badan dia penuh kutu. Ada baiknya juga kepada yang menjaga lucing menjaga kebersihan kucing dengan teliti.
Jom terjah post menarik dari nila anggraini ..5 Tetamu Tak Di Undang Yang Membahayakan Tuan Rumah
comelnya nama kucing Alice, Melati dan Carrot . 🙂
Jom terjah post menarik dari Nadiah Othman ..Pengalaman Drive Kereta 10 Jam ke Brunei
Buang kutu pakai sikat takleh ke 🙂
Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Jom Aktifkan Mykad
comel je kucing boboy nama melati hehe kucing2 sy pun dah konsisten makan brewers yeast sejak 2-3bln kebelakangan ni..mmg nampak masalah kutu berkurangan. tak selumayan dulu..alhamdulillah
Kesian betul tengok kucing kalo asyik duk tergaru2.. Tak aman kedudukannya. Kejap2 tergaru2.. Tergaru2..
saye pun ade kucing, tapi sekarang dah tak jage sangat mak yang banyak buat macam-macam, tapi kucing kami macam kene sumpah sume mesti kene kurap, tak tau nak buat camne dah, kutu jadi tak sempat cek sebab nak hilangkan kurap diorang lebih utama huhu…
Jom terjah post menarik dari norulhuda ..PCOS Dan Endometrial Hyperplasia Hingga Dinasihatkan Buang Rahim
bagus nie..leih terjamin kesihatan dan kebersihan kucing nanti
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Malaysia Best Blog 2015
saya guna machiko flea tu. boleh tahan juga la.
Jom terjah post menarik dari nikkhazami ..JADUAL LIGA SUPER KELANTAN 2015
bertuah kucing2 tu dapat tuan yang ambil berat….
Jom terjah post menarik dari maria ..Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi
okeh.
melati adalah kucing jantan.
pening mata kejap dibuatnya.
Haha..
Jom terjah post menarik dari titan ..Baru, BIRU dan Buru.
Chloramphenicol ni pun disuntik dalam ayam juga kak. Kalau kilang-kilang ayam yang dipantau jabatan veterinar mesti kena hantar ke lab sampel ayam nak make sure free from chloramphenicol.
Banyak pahala akak jaga kucing dengan baik ni. Thumbs up to you kak.
Jom terjah post menarik dari Nia Mk ..Tips Cantik dan Langsing Untuk Perempuan Malas
Memberi makan kepada haiwan contohnya kucing, insya-Allah dapat memurahkan rezeki kita.
untung kucing tu tuannya sangat baik
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Penjagaan Kulit Dengan Nutriwhite
kalau gunakan ubat yang sama untuk kutu rambut boleh agaknya?
hehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..SEDEKAH BARANG LUSUH & BURUK
tersenyum saya baca entry ni.. sebagai doktor perubatan saya tak biasa dengan kutu kucing.. kutu manusia mm biasa.. buat ibu bapa, guru dan doktor sekolah sakit kepala.. kutu kepala sangat mudah berjangkit.. lepas tu agak sukar dirawat…
Jom terjah post menarik dari Safiya ..Cara Makan Vitamin C Plus (Sustained Released) 500 mg
Masalah kutu ini apabila kucing peliharaan bergaul dengan kucing liar. Mudah sahaja hendak menerima kutu dan penyakit.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..RM5000 menanti pemenang Milo Cans Next Games
Setakat ini Aina hanya guna Machico Flea Shampoo cuma kadang2 tak tahan dengan bulu kucing yang gugur berterbangan dalam rumah. 3 ekor yang hendak dilayan dan seperti biasa kucing anak punya tapi mak yg lebih buat kerja.
wah kucing pun ada ubat kutu juga ye. baru tau ni..
Jom terjah post menarik dari Mak Jemah Jual Vitamin ..Tips Menjayakan Penyusuan Untuk Ibu Bekerja