Semalam saya bawak Alice ke klinik haiwan. Pemeriksaan pertama selepas operatioan potong kaki dia 1hb Januari 2015 baru-baru ni. Selepas 2 minggu kaki Alice yang dipotong tu sebenarya tak ada masalah, kering tetapi ada beberapa bahagian yang masih belum kering sepenuhnya.
Bahagian tu Alice kerap jilat. Saya baca banyak artikel mengenai penjagaan kucing ‘leg amputated ‘ kat internet. Ada beberapa nasihat yang kadang-kadang memeningkan kepala dan akhirnya saya akan buat keputusan berdasarkan nasihat doktor dan keadaan kucing kita sendiri. Artikel di internet sebagai panduan, kita yang fikir sendiri kesesuaiannya.
Doktor nasihatnya Alice memasai E-Collar ( Elizabethan collar ). Saya dah lama ada E-Collar ni tetapi jarang bagi Alice pakai. Rasa kesian tengok dia tak selesa. Tiap kali pakai, Alice mesti gesel-geselkan kepala ke dinding atau apa saja barang untuk mengeluarkan benda ni.
Macam inilah kaki Alice selepas 2 minggu. Parut di bahagian bawah sembuh dengan cantik tetapi yang atas agak lembab dan lambat sembuh. Bahagian ini memang boleh dicapai untuk dijilat. Bahagian tulang tak ada masalah. Luka ini masih mentah, jadi agak lembut dan mudah tercedera semula.
Dari segi pergerakkan atau kehidupan, Alice tak ada masalah, malah dia boleh berjalan dan bergerak lebih selesa daripada sebelum kaki dipotong. Alice boleh melompat dan lebih manja. Sebelum pembedahan, kaki yang cedera menyebabkan Alice sentiada menjauhkan diri tidak berani didekati kerana dia agak fobia. Tetapi Alice sekarang semakin manja seperti seekor kucing yang normal.
Alice sebelum ini kucing jalanan, tahap ketahanan mental dia sangat tinggi. Alice langsung tak makan ubat antibiotik kerana dia sangat sangat sangat susah nak makan ubat. Penolakkan sebarang jenis ubat sehingga air liur Alice dirembis berjela-jela menandakan dia sangat tertekan dan tidak mahu makan ubat setiap kali dipaksa makan ubat. Sebab itulah, saya tetap bawakan Alice ke klinik untuk rutin makan ubat cacing 3 bulan sekali. Dia tak boleh makan ubat di rumah.
Alice cuma makan suppliment Brewers Yeast sahaja.
Nota i : Ada yang tanya kenapa saya menggunakan Bahasa Inggeris di Instagram Kujiecats. Sebenarnya disebabkan akaun kucing tersebut mempunyai lebih ramai rakan pemilik kucing dari luar negara. Sesekali saya mengupdate menggunakan BM, banyak soalan yang di tanya ” what happen to Alice?” ” Is she still doing ok?’ ‘How did she lose her leg???’
Kebanyakkan pemilik akaun kucing luar negara sangat friendly dan kerap berkongsi pendapat dan suka menulis komen. Tahap BI saya pun tunggang langgang juga ( Terima kasih Google Translate )….tapi kata anak-anak saya, mama bukan buat benda tak elok, jadi kenapa nak malu.
Nota ii : Sebenarnya banyak benda mengenai kucing yang saya nak kongsi ( berdasarkan pengalaman ) tetapi agak malas menulis :p
Macam mana keadaan Alice la nih?? kompem dah bertambah2 aktif kan…
alahaiii…tp kamu tetap comel…muahhh..
Kesian Alice, tapi Alice memang kuat semangat. Good Alice!
sayang sekali kucing manis gitu harus di amputasi kaskinya 🙁
Kesian pulan nengok Alice gitu.. tapi kalau itu yang terbaik tuk dia… tak per lah… moga cecepat sembuh k…
semoga alice cepat sembuh..ramai jugak peminat kucing kt sini yer..
Rupanya kak Jie.. Cat Lover juga ya..
Kesian kucing ni..
alahai…hope capat baik kaki alice, seronok ade kucing ni even diorang tak sembang ngan kite tetap kite tak sunyi bile diorang ade…
alice.. macam mane pun kamu tetap comel. tetiba teringat mak. sebab pernah potong kaki jugak..
kesian Alice tak selesa pakai colar tu…semoga cepat sembuh ya..
dah macam hero.. semoga yang terbaik buat kucing kak jie..
Kak kujie hati yg mulia..tak semua suka akan kucing..tanpa kita sedar bahawa kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW..Tahniah kak
alahai..kesiannya.. kat bawah ofis saya ni ada jugak kucing xde kaki.. kesian juga jalan terhencut2.. nak bawak balik rumah, tp ada loceng plak..ghupenye bertuan.. huhu..sy tahu pon sebab ritu bawak makanan kucing dr rumah nak bagi kat dia..skali ada uncle india tegur.. “dia x makan makanan kucing biasa..saya rebus ikan sendiri.. sebab kaki dia sakit.. “..oooo..maluuuu…
kesiannya kucing tu..terus teringat kat babysitter pun kena potong kaki..
kak kujie ni memang pandai jaga kucing, artikel mcm ni pasti membantu banyak blogger lain yang ada bela kucing
semoga cepat sembuh kucing kak jie
kesian pula. kaki alice tu kena potong.. tapi itu lebih baik untuk kesihatan dia..
sejak kawin dah tak de bela kucing.. huhuhu
Alice dah makin sihat….kiutlah alice ni!
Semoga cepat sembuh si alice ini
aisehh..
dah kena potong dahh..
takpe.
untuk lari lebih laju.
suka tengok kucing, tapi masih belum niat untuk menjaga macam kak kujie lakukan ni.
Alice kucing yang kuat. In sha Allah selepas ni Alice pasti aktif dan ceria kembali 😀
ayat pertama yg terlintas di fikiran..”alahai, kesiannya”…kecil2 lagi dah kena potong kaki..lepas nie mesti dpt lebih perhatian..
ayat pertama yg terlintas di fikiran..”alahai, kesiannya”…kecil2 lagi dah kena potong kaki..lepas nie mesti dpt lebih perhatian..
Terkejut saya baca tajuknya. Ingatkan kaki manusia yang kena potong …
owh..kalau pakaikan alat dekat leher tu dia dah tak jilat kaki dia..hu3
Pertama kali datang. Saya pun baru ambil street cat, gantikan kucing yang dah pergi. Memang kena jaga betul-betul kali ni. Salam perkenalan 🙂
kasihan juga tengok kucing jadi kudung..namun kucing masih ada 3 lagi kakinya..
hehehe….speedy recovery Alice aka Tripod!
betul.
peminat kucing dari luar negara memang lagi ramai.
ada yang memang hardcore lagi tu.
Bagus juga dengan peminat2 kucing ni… ada org lain kucing dah gesel2 di kaki bertempik dia lari!!
pertama kali berkunjung ke sini setelah lama mendengar kehebatan blog kak kujie ni..ternyata memang best!
comelnya alice..lama saya tak bela kucing, tu yg seronok tgk gambar2 diorg nie. moga luka operate tu cepat2 sembuh ya..
Kak jie memang peminat tegar kucing,berapa ekor kak jie bela ? tengok dalam insta banyak jer
Pengetahuan mengenai kucing sangat sedikit yang ada kat rumah tu saya hanya pandai bagi makan je kak…kesian…
kentalnya smgt alice..smoga cpt smbuh..
saya pun peminat kucing dan ada 7 ekor sekarang yang dibela..
kucing mendatang yang lama2 setia duduk with us
Ia tanda ramai yang sayang dan suka akan kucing.
setuju tu bro AB. kucing sepanjang zaman sentiasa mendapat perhatian