Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Sumber : Mstar
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.
©Kujie – hari tu arwah Yasmin Ahmad di TV3, kali ni di Angkasapuri RTM pula….
Laman web rasmi Kumpulan Rabbani www.rabbani.com.my
Semalam saya baru baca nasihat Ustaz Asri di akhbar :
Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.
“Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.
“Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.
“Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t,” jelasnya lagi.
Gambar jenazah Ustaz Asri Rabbani.- kredit Mstar,
EDIT : Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.
*******************************
Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.
Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.
Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.
Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.
Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)
Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”
Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.
Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.
Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.
Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?
Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.
Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.
Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.
Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.
Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.
Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.
Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.
Oleh : Ahmad Lutfi Othman
innalillahwainnailaihi rojiun……….saya dri sbrang ikut ucpkn smoga beliu,drhmati ALLAH dtrma amal ibadahny….saya adalh fans RABBANI dri indonesia…brtgga dgn tawau malaysia…moga aruah dlimpahkn cahaya rahmatx
zikir-zikirnya menjadi teman ketika memandu,sebak hati bonda sejak tahu pemergiaannya. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya dan untuk seisisi redalah dengan ketentuan Allah. 🙁
secara jujur, rabbani antara kumpulan nasyid yg berani bawak lagu rancak. lepas tu, ramai yg follow..
.-= titan´s last blog ..1 Tahun Titan bersama TNX: Komisen ke 33 dari TNX =-.
Semoga beliau diterima Allah, saya merasa kehilangan sebagai
fan’s-nya, mudah-mudahan rabbani tetap maju terus.terima kasih
atas lagu-lagunya yang banyak mengingatkan orang dan sangat menyentuh hati
Ustaz asri,kami mendoakan ustaz asri berbahagia disana,terima kasih kerana selama ini menyedarkan kami ttg lagu2mu..bagi saya ustaz asri sebagai syuhadah,pejuang agama islam…
salam….ana berasa cdh sgt2 bila dapat taw kehilangan org yg ana sygi tlh kembali ke rahmatuallah,ana berharap agar kelurga allahyarham bersabar dan redha dengan ketentuan allah s.w.t.semoga roh abg asri diletak bersama org yg beriman dan beramal soleh. al-fatihah…….
salam…………………………..saya berasa cdh ngat bila taw abg asri kembali kerahmatullah. sy merupakan peminat stia abg asri & kmp. rabbani. semoga allah s.w.t mencucuri rahmat keatas allahyarham asri.
Terkejut tatkala menerima khabar berita kematian Ustaz Asri.Beliau merupakan contoh dan ikon terbaik buat kita semua.Namun Tuhan lebih menyayanginya.Sama-samalah kita berdoa semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.Buat ahli keluarga beliau,semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Semoga roh Ustaz Asri ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Kehilangannya amat dirasai dan tiada galang gantinya.
Al-Fatihah sahaja yang mampu kita sedekahkan.Amin.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
SAYA AMAT SEBAK, TERHARU SGT2 DGN PEMERGIAN SAHABAT, DAN ABANG YG MENHJADI TEMPAT SAYA MERUJUK HAL-HAL AGAMA. TIADA LAGI KEDENGARAN SUARA LUNAK INSAN INI APABILA BERKATA-KATA DAN GELAK KETAWA. BELIAU IALAH ARWAH USTAZ ASRI IBRAHIM (RABBANI).. SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK ARWAH…
TKZIAH D UCPKN. SY SLH SORG PENDGAR STIA LAGU KUMP.RABBANI.. SY RASE SUNGGUH TKLAN NGN KHLNGAN BELIAU. EVEN MY MUM PN NGIS BLE DGAR TNTNG PMERGIAN USTAZ ASRI.. MOGA ROH BELIAU DCCURI RAHMAT.. AL-FATIHAH………………………………………………..
”hilanglah salah satu permata islam”
betapa syahdu suaramu menggema diudara.ndah syairmu,membuatku terpegun
dan berfikir tentang pesan yang kau sampaikan.
pergi tak kembali,,,,,syairmu ini membuat hatiku bergetar sllu.
selamat jalan manusia mulia yang susah dicari dizaman ini,,,
smoga jalanmu terang tanpa penghalang disana,,,,,,,,,,,
amiiin ya rabbalalamiin
semoga keluarga arwah dpt menerima
pemergian ustaz asri….
AL-FATIHAH.. 😐
takziah diucapkan kpd kluarga arwah..
stiap yg hidup akn pergi jua akhirnya..
al-fatihah.. 😥
tkaziah diucapkan kepada keluarga ustaz Asri. Saya memang meminati beliau sejak dulu lagi. Kawan – kawan kata muka saya mirip beliau. Al Fatihah
salam takziah untuk ustaz…semoga rohnya dicucuri rahmat allah s.w.t..amin.
salam..takziah buat keluarga allahyarham ust asri..kita kehilangan seseorang yang sgt pentingkan syiar islam dlm bumi msia ini… kita panjatkan doa kpd ilahi moga rohnya termasuk dikalangan para ambiya,syuhada dan org yg beriman..amin
al fatihah…………………
Salam takziah buat semua terutama keluarga Allahyarham Ustaz Asri di atas pemergian beliau ke hadrat Ilahi,semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di golongan orang-orang berimanPerginya sudah seorang yg berjasa….Al- Fatihah utknya…
salam,takziah diucapkan kepada keluarga Ust Asri.Semoga Rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman.Al-Fatihah…..
Al-fatihah…semoga roh arwah ust. Asri bersama org2 yg bertaqwa…selepas ni apabila mendengar zikir arwah setiap hari di Astro Oasis (Indahnya Iman) terasa sedihnya pilunya hati..menitis airmata…Masya-Allah…arwah telah pergi pun masih ada tinggalan dakwahnya menerusi nasyid dan zikirnya…Allahuakhbar…
al fatihah.semuga roh ustaz asri dtempatkan orang yang beriman dan bertaqwa.amin yarabul alamin.
semuga roh ustaz asri dcucuri rahmat dan dtempatkan orang yang beriman amin.ya rabal alamin.
aslmkum………..innalillahiwainnailaihirojiunn….hafiz di sini..kawan baik fathi…apabila terbaca surat khabar pagi ni….terasa dlm lubuk hati kesedihan yang secara tiba2….harap bersabarlah fathi….mungkin ALLAH terlalu sayang akan hambaNya…semoga rohny dicucuri rahmat…alfatihah……ni no aku.0133371156..klu ade apa2 call aku…aku nak borak nagan kau….cuti nanti insyALLAH aku dtg rumah kau…assalammualaikum…
innalillahiwainnailaihirojiun… semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan ditempat orang2 yang beriman… pergimu tiada pengganti.. alfatihah
.-= NIEZA´s last blog ..Life =-.
satu pemergian yang sangat mengejutkan..
hilang lagi permata berharga..
ya..
orang baik-baik..selalu perginya cepat…
kita?
.-= izzah´s last blog ..Ingat..Ingatkan. =-.
Al Fatihah…. pergi tak kembali…
Al-Fatihah buat family Allahyarham Asri. Sesungguhnya masyarakat muslim yang cintakan Islam amat menyintai corak dakwah Rabbani dan Ust Asri. Lirik lagu sudah cukup utk beri kesedaran. Teliti lah lagu pergi takkan kembali dan lagu kucupan terakhir. Pilu amat pilu. Tapi itulah hakikatnya.
menitis air mata saya menerima berita ini semalam. sesungguhnya saya membesar dengan mendengar suaranya. melihat gambarnya seolah melihat Allahyarham sedang tidur. moga usahanya diganjari Allah swt dan dia ditempatkan di kalangan para Mukmin, insyaAllah. kawan Allahyarham menceritakan bahawa dia tidak pernah meninggalkan solat malam walopun sibuk dengan persembahan… subhanAllah
.-= suealeen´s last blog ..Menitis air mata… =-.
Inna lillahi wainnaa ilaihi roji’uuuuuun
.-= Mykrk´s last blog ..MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Pengertian Iman =-.
😥 innalillahiwainnailaihi rajiun…daripada ALLAH kita datang,kepada ALLAH jua kita kembali.ana sdih angt masa tau brita ni sebab ustaz asri merupakan seorang yang baik.lagi pun nasyid ialah seni yang tidak boleh dipisahkan dalam diri ana.sama-samalah kita doakan supaya ustaz asri ditempatkan bersama para solehin..Aaminsama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada ALLAYARHAM..AL-FATIHAH…
alfatihah untuk ustaz asri.semoga rohnye ditempatkan dikalangan orang mukmin.
Pergi Tak Kembali
Album :
Munsyid : Rabbani
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
@, Assalamualaikum
Begitulah Tuhan lakukan kepada kita agar segera mengambil pengajaran. Maha kuasa dan maha hebatnya Tuhan. KuasaNya mutlak dan tidak terbatas. Apabila ia berkata jadi maka jadilah. Dia bolah mematikan,menjatuhkan,menaikan,mensakitkan,menyembuhkan dan lain2 lagi. Moga2 dengan mengingati kematian akan subur rasa hamba dan rasa bertuhan dalam hati kita. sekian.
SUBHANNALLAH……MAHA SUCI ALLAH……ALLAH MAHA KUAT……