Anak

Demam peperiksaan rupanya

Pihak sekolah telefon tadi, suruh datang jemput Angah. Dia demam. Sebenarnya memang dari semalam lagi dia demam, tapi nak juga ke sekolah sebab ada peperiksaan.

” Awak pergi hospital, rehat di rumah. Tak perlu datang sekolah. Tak perlu ambil trial exam. Saya nak awak sihat dan ambil PMR dengan cemerlang. Saya tahu awak boleh.” Pesan cikgu.

Saya bawa Angah ke klinik. Cuma demam biasa bukan positif influenza A (H1N1) . Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik..

” Angah…tengok depan tu…gelap je..jerubu ke nak hujan?”

” Semua diatas”. :lol: Yakin betul jawapan dia, macam tanda kertas soalan.

” Awak ni demam peperiksaan rupanya….”
©Kujie – terkenang  jam besar di dewan peperiksaan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Demam peperiksaan rupanya

  1. adeh memang rasa semacam masa nak amik exam! paling kecut bila amik exam periksa pra-itm dulu hu3. yalah nak melayakkan untuk masuk itm pasti berdebar-debar.

    semoga angah sihat dari segala gangguan untuk mengejar impian demi masa depan yang cemerlang!

  2. Teringat bebudak yang bawak toyol masa time peperiksaan kat poli dulu.. berjela toyol dalam kasut.. celah kalkulator.. last2 takleh amik exam..

    1. @denaihati, masa tu fikir……kena belajar tu dah seteruk2..ujian…seterusk2 kehidupan..bila dah lepas…………. nak je blk semula zaman tu…suweeet sgt dgn kawan2

  3. Kak Jie……

    Alahaiiiii, ciannyer si Angah tu. Demam exam rupenyerr.

    Apa pun,semoga Angah sukses ye. 🙂

    Kak Jie….take care ye.
    .-= Zymazara´s last blog ..Perubahan Je, Bukan Perpindahan (Sticky Mode n3) =-.

  4. Amboi cikgu bagi green light tu sebab yakin dengan Angah…baguih tu hehe. Selamat berehat yer Angah 😉

    p/s: Tadi Iza merayau2 konon nak jadi mak gad. tapi bila dah masuk tak tau nak wat apa…tiba2 opis black out 😯 😎
    .-= iza´s last blog ..Insyirah… =-.

    1. @iza, dah demam..kalau berjangkit dgn kawan..kang 1 sekolah tak boleh peksa…lagi cikgu risau

      sebenarnya tak serius pun..cikgu yg kalut lebih…hati2… 😆

      owh..tak pa..bila2 hari lain boleh

  5. saya kalau bab peksa nih , ternampak2 cikgu ke hulu ke hilir dari meja ke meja..nak psstt..pssstt..geng sebelah pon tak leh.kehkehkeh..
    .-= arin´s last blog ..About Breastfeeding =-.

      1. @Kujie, ekau memang mcm tu dari dulu laie…

        huhuhu.. tak pa, tak pa, nanti raya boleh den makan ekau punyo kuih?

        heheheh

  6. sebenarnya sampai hari ini maza masih teringatkan peperiksaan walaupun telah meninggalkan alam sekolah hampir seabad lamanya…

    trauma ini datang tidak mengira waktu, kekadang membuat maza kekejangan (erk! kekajangan yg tak best gitew, bukan yg best yea kengkawan)….

    dan ada pula kawan maza yang terkorban akibat demam peperiksaan. Ketika itu kami hendak menduduki peperiksaan SRP… huhuhu

    sadis beb!
    .-= maza´s last blog ..Pak Mat & Produktiviti =-.

Comments are closed.