Isu Semasa

Asri Rabbani meninggal dunia

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Sumber : Mstar
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.

©Kujie – hari tu arwah Yasmin Ahmad di TV3, kali ni di Angkasapuri RTM pula….


Laman web rasmi Kumpulan Rabbani www.rabbani.com.my

Semalam saya baru baca nasihat Ustaz Asri di akhbar :

Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.

“Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.

“Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.

“Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t,” jelasnya lagi.

gambar jenazah ustaz asri rabbani
Gambar jenazah Ustaz Asri Rabbani.- kredit Mstar,

EDIT : Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

*******************************

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini
Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

87 thoughts on “Asri Rabbani meninggal dunia

  1. Innalillahi wa innailaihirajiuun..

    Al-Fatihah kepada beliau.

    Semoga rohnya disusuri rahmat oleh Allah jua.

    Jasamu dikenang selalu.

    Ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau.

  2. innalillah…

    semoga roh dirahmati dan tergolong dalam orang yang beriman. semoga perjuangannya juga mendapat ganjaran secukupnya.

  3. perginya seorang insan yang baik. Dia disayangi Allah.. dia pergi dulu untuk bertemu Rabnya.. semoga dia bahagia disana…

    setiap insan pasti merasa… saat perpisahan terakhir…

    sedihnya kak Jie….
    .-= Neeza´s last blog ..I like, you hate =-.

  4. innalillah….al fatihah….setiap makhluk yang hidup pasti mati….saya amat meminati nsyid2 beliau…

  5. Salam…baru je pukul 5pm baca brita pasal ustaz meninggal
    Innalillahiwainnaialiraajiun….Insyaalllah Ustaz akan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.Terlalu banyak dakwah yang ustaz buat.Kita tak akn lupakan jasa2 ustaz dalam arena nasyid Malaysia.Al-Fatihah….

  6. Al-Fatihah buat beliau,takziah buat keluarga beliau dan juga anggota kumpula Rabbani yang lain…moga beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh.

    Pergi Tak Kembali,
    moga kita bertemu di syurga nanti…
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Tahniah Dan Takziah =-.

  7. Sememangnya “Pergi Tak Kembali”
    Masih terdengar alunan suaranya di
    hujung2 telinga kita.. Semoga beliau
    mendapat MARDHATILLAH…

  8. Takziah buat kluarga Allahyarham… Mg segala amal solehnya diganjari Allah…
    X sangka dan terkejut dgn berita ini… namun sebagai manusia kita kn akur akan janjiNya….

  9. Salam untuk semua,
    saya baru tahu khabar sedih ini 5 minit yang lepas melalui suami saya. Rasa macam tak percaya dan terkejut, lalu saya terus melayari internet untuk memastikan kebenaran berita ini.

    Dalam tempoh sebulan saya telah menerima berita kematian seramai 3 orang, semuanya yang baik-baik dan beriman. Mungkin ada kebenaran kata-kata ini “orang baik akan pergi lebih awal…”.

    Innalilah waiina ilahi raajiuun.

  10. “setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir..dunia yang fana akan ditinggalkan hanya amalan yang di bawa”….sedihnya bila teringatkan lagu ni..

  11. al-fatihah… begitulah hidup.terima untuk info ini.
    tak sempat nak jumpa kumpulan yang saya minati.

  12. innalillahiwainailaihiraji’un.Semoga allahyarham ustaz asri dimasukkan ke dalam golongan para solehin.Kepada ahli keluarga allahyarham,tabah menghadapi dugaan ini.

  13. Innalillah…
    Setiap yang hidup pasti akan mati.
    Maut boleh menjelma pada bila2 masa, pada sesiapa saja.
    Bersiap siaga lah kita….
    Sebelum maut datang menjelma…..
    al-fatihah utk ustaz asri…

    “Ustaz Asri Dalam Kenangan…”

  14. salam.disini saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau .semoga roh belia di tempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman
    alfatihah

  15. masa dia hidup kita dengar nasyid nasihat dia,kalau terkenang kat dia sedekahlah Alfatihah

  16. tkjut plak ase..xsngke sgt..
    ingt khabr angin je…
    salu dga sore die zikir kt astro oasis..
    time mghrib..
    mmg best..
    salu gk jmpe die kt PAS
    (Plaza Alam Sentral) shah alam tuh..
    sygnye kite khilngan
    seorg insan yg bbakat dlm
    dunie seni & islam nih..
    moge rohnye dcucuri rhmat
    .-= einmohdhairi´s last blog ..Kasi Spa Jep…… =-.

  17. Cukup mengejutkan.. juga sebagai peringatan tak kira sesiapa pun kita mati itu tetap pasti.. kerana ia tak kenal siapa.. mungkin esok giliran kita..

    Takziah buat keluarga Ustaz Asri
    .-= nuaeman´s last blog ..Aku, kau , saya dan awak.. =-.

  18. Pasa setiap kematian, terselit satu peringatan dan amaran. Bahawa sesiapa sahaja antara kita, pada bila2 masa akan kembali tanpa diduga. Jadi, marilah sama2 kita membuat persediaan dari sekarang untuk menghadapinya. Moga2 kita pergi dalam keaadaan yang beriman dan dalam keadaan solihin. InsyaAllah.

  19. baru dua minggu atau tiga minggu lepas maza bertemu dengan ustaz asri ini.. huhuhu

    ketika itu di Dengkil. Dia baru balik dari Bangi ada ceramah motivasi di sana katanya. Masa tu dia menghala nafas agak semput2.. tapi mampu memberi senyuman manis dan menyantuni maza sebelum kami berpisah dengan maza masuk utk solat di surau disediakan di situ.. huhuhu

    apa2 hal pun, permata yg satu ini telah kembali ke Rahmatullah.. maka maza dgn seikhlasnya menghadiahkan al-fatihah sebagai tanda kenangan, ukhuwah dan kasih sayang…. al-fatihah
    .-= maza´s last blog ..Pak Mat & Produktiviti =-.

  20. Hidup memang sedap. Mati adalah pemutus kesedapan itu… Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan untuk kita semua.

    Ustaz Asri memang besar jasanya dalam arena dakwah. Saya secara peribadi membesar bersama alunan-alunan suara dakwah beliau. Sedikit sebanyak telah membentuk diri ke arah insan yang sentiasa hendak memperbaiki diri.

    Janji Allah telah sampai untuk beliau hari ini. Mudah-mudahan beliau termasuk dalam golongan orang-orang yang diredhai-Nya.

    Al-Faatihah…

  21. SEMOGA ALLAH MENGAMPUKAN DOSA…
    ATIN HARAP KESALAHAN USTAZ ASRI HARAP SEMUA WARGA ISLAM MEMAAFKAN NYA…..AMIN…..

  22. atin hrp keluarga arwah ustaz asri harap bersabar n tabah menempuhi dugaan ini….
    semua ALLAH yg menentukan….

  23. al-fatihah….
    Baru-baru ni ade terserempak dgn arwah kt Darul Ehsan Medical Centre,
    masa bawa baby gi monthly check up….
    masih terbayang2 je air muka dia yg bersih tu….
    semoga rohnya dicucuri rahmat….

  24. innalliah…

    tak sangka, nampak sihat jerk tubuh badan tu, ustaz tu nampak tegap lagi tapi bila dah sampai ajal…
    .-= shay´s last blog ..AIMI comey… =-.

  25. Innalillah…agak terkejut..kuasa Allah yang menentukan. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

  26. Setiap kali dengar suara Ustaz (dari zaman “dulu”) sehingga ke Rabbani, memang sejuk jer hati…

Comments are closed.