@kujie aik show off bertunang pun xboleh? ada orang, bila tiba² cakap nak kahwin, mengata belakang “bila masa dia tunang?” T____T
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) – sumber : saifulislam.com
Inilah topik hujung minggu yang kami heboh dan bincangkan di twitter. Ramai juga yang tersentap bila @mrkay2911 postkan quote ini dan bertambah² bila saya dan beberapa orang lagi RT.
Bagi saya rahsiakan tu bukannya dikatup rapat tetapi biarlah diketahui keluarga terdekat sahaja. Bila orang bertanya barulah beritahu hal sebenar, bukan menafikan. Selagi orang tak tanya, selagi itu diam, tidak diheboh² sehinggalah di aqad nikah barulah boleh diiklan atau dimaklumkan dengan kenduri mengikut adat kita. Just married!
Cuba renung² dengan hati yang terbuka, hikmahnya pertunangan tidak perlu diheboh²kan adalah untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik
Pertunangan bukan satu janji pasti perkahwinan akan dapat dibina. Bahayanya kalau diheboh² pertunangan adalah perancangan kita tidak menjadi. Kalau majlis pertunangan itu tidak diheboh²kan diandaikan terjadi sesuatu, tiada sebarang masalah besar terkemudian dan dapat diselesaikan secara senyap antara dua pihak. Orang yang putus tunang ni berat bebanannya, difitnah atau dikeji masyarakat terutama di pihak perempuan.
Tengok pula majlis pertunangan zaman sekarang. Bukan saja khemah berderet diperkarangan rumah, lelaki itu sendiri yang hadir dalam majlis dan sarungkan cincin. Kita berdoakan keberkatan dan keredhaan Allah di dalam perhubungan ini tetapi laranganNya tidak kita ambil berat.
Mengikut peredaran zaman, bukanlah tak boleh langsung nak bertelefon bersms berhubung tetapi perlulah bersederhana. Kalau rasa agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering supaya tidak terus terjunam. Jangan ikut hati memikirkan itu ini yang tidak perlu. Berdoa lebih baik.
p.s – saya tak nak tulis berlebih²an – ramai yang tercedera hati nanti. Kata ustazah saya – bab agama memang akan sering mengenai batang hidung kita sebab disitu adanya teguran dan peringatan ( sebab tu lah hidung saya tak pernah sempat nak mancung…penyet saja)
p.s – perkahwinan pun kena bersederhana juga. Saya pun kadang² terbabas juga dengan cerita suami dan anak². Sedaya upaya menulis mengenai mereka secara lite-lite saja. Kalau apa yang diceritakan mengenai perkahwinan dan keluarga saya berlebihan, mohon maaf ye….
Kawan² yang sedang berdarah manis tu – berpada²lah menulis entri blog kisah pertunangan. Emosi dan perasaan kita sebagai manusia mudah bergolak kerana dua perkara : kegembiraan yang memuncak atau musibah yang berat. Kuasailah perasaan dalam setiap peristiwa baik yang memilukan atau yang mengembirakan. Bila kita berjaya mempunyai hati yang teguh dan stabil, Insyallah kita akan memperolehi kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan. Orang yang mampu berdiri seimbang antara gelombang kesedihan dan luapan kegembiraan adalah mereka yang sentiasa bersyukur di waktu kesenangan dan bersabar di kala kesusahan.
©kujie – zaman sekarang mengumpat dan fitnah bukan lagi kerja² makcik² depan rumah tepi laman.
tiru ye.. letak dalam blog kite..mintak izin. huhu 😀
kalau mcm tu alhamdulillah..itulah ape yg sy fikirkan…nak bertunang xperlu nk bgtau semua,hanya yg terapat dlm fmly n kwn2 rpt sj..
Betul tu kak Jie . Memang tak perlu dihebohkan . Biar insan yang rapat je yang tahu 🙂
Ustazah pun cakap macam tu
i tunang pastu akad nikah. xde sapa tau??? impossible kan?
tak pun…nak selamatkan rumah la tu kot…tak payah nak kemas2 rumah, bersih2 rumah… guna khemah lagi senang…agaknyer…. hehe
alhamdulillah…kerana jika begitu anggapan kebanyakan antara kita. Terima kasih maza…!! Syukur juga, saya sudah ketemu dengan seorang insan yang menjadi penyelamat…saya bahagia sekarang…tidak semuanya sama….
ish bila majlis bertunang lelaki pulak sarungkan cincin ..sepatut nya mak si lelaki..ish..ish…
nak kepoh pon tak boleh.. nak rahsia-rahsia sangat pon tak boleh.. biar sedang-sedang..
wah! gubahan sendiri tu yg best tu..
kenangan terindah gitew..
segar dari barn.. heheheh
Nilah kekadang negatifnya internet semua nak cerita sehingga kadang terlalu open dan terdedah kisah peribadi yg sepatutnya rahsia. Bukan semua pasangan suka pun.
itulah, mungkin family dia ramai la kot… 🙂
masa bertunang bgtau kawan terdekat jer.. tu pun selepas btunang.. marah dorang.. rakan serumah la.. kawen pun sederhana je, pelamin buat sendiri jer.. tu pun sbb nak amek gambar.. hehhee
ada orang buat majlis pertunangan siap berkompang.. takpe, tugas saya datang, makan…dan doakan yg baik2.. 😀
nasihat yang bagus kak jie..dulupun plan memang taknak bertunang tapi kerana menurutkan adat diturutkan juga….ada juga rakan yang bertunang mengalahkan kenduri kahwin, tapi tup2 tak jadi kahwin….
zaman kita dulu tak seperti sekarang
memang diam2…. anak dara pinggitan.
tapi kita ada adik beradik, sedara mara
ada anak perempuan….kena beringat2 juga ni
penyet lagi hidung saya… 😆
nasib baik kita dah kawin kan kujie…
masa bercinta memang manis. tapi tulah banyak sangat cabaran dan dugaan. kena selalu diperingatkan supaya tak melanggar hukum hakam agama. 😀
psst!…hehehe.. bersangka baik..
agaknya keluarga perempuan ramai, dan rumah kecil tu yg dibuat khemah kat luar.. senang sikit lorrr….
karang buat kat dewan atau di mosholah, lagi ler ketara.. heheheh
lepas tu, dijadikan tiket utk bedua2an sana sini.. huhuhu
lagi haru, kan?
elok juga dia tepek besar2 kat BLOG juga kat laman sosial lain… senang utk org lain buat pilihan utk terus kawan atau doakan yg baik2 aje…
lagipun bukan jatuh haram pun, kan?!
wink! wink!…
kalau mau cerita berapa banyak dulang dan RM-nya… ahaks.. hat tu tuan badan kena jawab motif hebahan tersebut….huuhuhu
… seelok2nya tak payah lah bagi tau… boleh bukak fitnah weiii….
kalau kita imbas suatu ketika dulu, bila bertunang lelaki tak ikut, kalau ikut pun untuk tunjuk jalan dan duduk dalam kereta di tepi jalan
tapi sekarang kat taman saya pun berlaku juga, siap dirikan khemah lagi..mcm majlis kahwin lak
tapi apa yg kakjie ckp tu memang betul dan dah terkena batang hidung sendiri dah ni
dulu time bertunang sy pun ikut sekali, tapi dok dalam kereta je la tepi jalan, tunggu majlis selesai, pihak keluarga perempuan jemput untuk makan dan ambil gambar bersama tunang 2,3 keping..huhu
Kujie, ketawa saya baca tulisan last tu, zaman sekarang ni boleh mengumpat fitnah di laman blog juga, oops! jum kita jauhi sifat sedemikian… salam ramadhan, salam ceria 😛
“hina sangat kah perempuan yang ‘diputuskan’ tunang oleh lelaki??? sad…~~”
sebenarnya tak aderlah masyarakat mahu memandang serong bebenar sampai kita perlu malu sesangat kalau putus tunang itu bukan salah kita..
kita yg memilih utk malu.. perasaan kita aje tu…
Bukan tak ada lelaki yg di putuskan tunang serta dipandang serong oleh masyarkat.. ada dan memang wujud pun.. cuma kita tak hiraukan sangat.. tak ambil pusing sbb bukan kena batang hidung kita.. apa yg kita tahu dan pentingkan ialah diri kita sendiri sebgi wanita.. huhuhu
tak payahlah depress sangat ttg perihal itu dan pandangan masyarakat… adakalanya mainan perasan kita aje tu.. lagi pun Allah SWT tahu… kalau sudah begitu kisahnya, bersyukurlah kerana Allah SWT telah menyelamatkan diri kita dari tercebur dlm kancah lagi teruk…
wallahualam…
beritahu kalau orang bertanya, bukan menafikan…tu ada ditulis kat atas tu…dan diketahui oleh saudara mara terdekat .
ada bezanya dengan mengheboh2kan dgn cerita berapa dulang berapa kereta – nak beli katil nak beli cadar nak tempah itu nak shopping sana sini
itu belum bab heboh zaman skrg – update di blog
wah.. first time maza dengar hadis ini…
setahu maza, majlis pertunangan tak perlulah dibuat grand2! tapi tak der lah sampai hendak dirahsia2kan… huhuhuhu
sebenarnya maza dulu2 pelik juga bila mana sorg kawan marah dan melarang maza daripada menyebutkan dia sudah bertunang! dia kata nak rahsiakan shj…dan dia malu!
barangkali perihal hadis inilah yg dimaksudkan oleh si dia..
tapi bagi pendapat maza, setakat bagi tahu sekadarnya yg dah bertunang, tak der lah salahnya… takut2 ada gak ler yg bermain mata dgn si dia lalu kena rembat pula.. kan walang jua itu! huhuhu
entahlah weh..
Indahnya ajaran Islam yang Nabi Muhammad bawa. Setiap sesuatu pasti ada hikmah disebaliknya. Dalam hal sembunyikan pertunangan ini mengurangkan aib dan tidak menimbulkan syak oleh orang sekeliling kalau terjadinya putus pertunangan.
nak jadi cerita, dulu saya pernah bertunang dgn lelaki pilihan hati sendiri. suka sama suka. tak sampai setahun pun, kami dah putus…dia buang saya dengan alasan dah terlanjur dgn perempuan lain. yg peliknya…kenapa selalunya kalu terjadi kes putus tunang nie, pihak perempuan sahaja yg menjadi mangsa ejekan masyarakat….hina sangat kah perempuan yang ‘diputuskan’ tunang oleh lelaki??? sad…~~
Salam Ramadhan dan Assalamualaikum kakjie.
Sangat suka dengan tulisan kakcjie yang ringan tapi maksudnya mudah difahami. Semoga anak2 mudah yang bakal bertunang atau berkahwin, mengambil tulisan ini sbg iktibar.
Zaman ni kakchik selalu juga keliru bila dijemput kenduri kesyukuran. Ingatkan kenduri walimah sebab persalinannya, khemahnya dan persiapannya sudah seperti majlis walimah. Ada kes, tak jadi kahwin pun. Tercalar maruah kedua belah pihak. Ambillah pengajaran.
majlis bertunang tengok dah macam majlis kahwin… ish2..
memang rasanya isu macam ni selalu orang bincang kan.. kalau kahwin tetiba, emsti timbul persoalan yg tak baik mengenai mempelai.. tapi kalau diheboh2 kan, lain pula tanggapan orang. Serba tak kena kata orang.
mak ayah saya sekongkol dengan Kak Jie. hehe.. 😀 saya tak tahu la kalau ini trend tapi zaman sekarang seolah2 itu adalah adatnya. masa bertunang saya, ada juga makcik2 ‘cucuk jarum’ suruh tunang saya datang, tapi saya balas ‘ayah tak bagi’. Hm..ada lagi satu persoalan, kenapa majlis perkahwinan lebih grand dari majlis pernikahan..? sedangkan permulaan bg segala2 nya adalah dari pernikahan.. Maaf pada yang terasa, tapi bila difikir2kan kata ulama’, Melayu menyanjung adat sehingga mengenepikan hukum. sebab itu lah perkahwinan zaman sekarang berkahir dengan perceraian. Bukan lah hipotesis,tapi boleh difikirkan hikmah di sebaliknya..Just my 2 cents opinion
Allah! Comelnya header!
betullbukan apa, islam nak jaga dan tak nak timbul sebarang salah faham..
muahaha.. saya pakai yang dah memang embed kat threaded comment tu. tapi tak la sepantas plugin kak jie ni. pasal tu tanye +_+
😯 bukan apa, cuma teringatkan hadith dan AL_QURAN saja.’JANGANLAH HAMPIRI ZINA’- renungkanlah jika menghampiri pun ia dilarang, apatah lagi melakukannya.
😥 😉 Alhamdulillah, sesungguhnya mentarbiah sesama itu amat mudah jika niatnya jujur, tetapi ia menjadi sukar jika ia bersifat PHD (perangai hasad dengki)banyak-banyaklah berzikir sempena AHya RamaDan ini
saya setuju dengan kak jie. Ada juga sahabat yang masih tidak bertunang..bernikah kerana tidak cukup bajet. Ingatkan bajet apa..rupanya bajet nak amik mak andam, pelamin etc…hmm..moga Allah permudahkan…
Teringat masa bertunang dulu. Sederhana je… hantaran pun kita yang gubah sendiri, punyalah kelakor…
~ Selamat menyambut Ramadhan, Jie…. 😆
Memang dah jadi budaya pulak skangni, ingatkan kawen, rupanya bertunang… meriahnya majlis mengalahkan majlis kawen. 🙂 Kalau nak tegur memang tadapat aa kan, sure aa dia cakap kita dengki, dorang lerh buat kenduri besar2… Hanya mampu melihat dari jauh jer aa
nasib keluarga semuanya dekat… kalau nak bertunang pon mereka yang uruskan….heheheheh
tapi yang payahnya…. sukar nak berrahsia…. setiap kali makcik datang asyik tanya dah ada ke belom…hahahah study pon tak habis lagi….
hah! kan dah keluar entry nih.. nasib baik tak menyampok hari tu kalau tak lebih tercedera 😀 haha
takpa.. sekurang2nya ada penjelasan kat sini utk yg bertanya 🙂
Plugin Ajax Comments-Reply – mcm pelik je kalau tatau
sbb kak jie search plugin ni kat dashboard bila kita sok sek sok sek bab pageview. Timbul isu ajax fabuloso tu…
kita cari keredhaan dan rahmat dari Allah cukuplah… bab orang mengata benda yang kita tak buat salah tu – serah saja padaNya.
Rukun Iman – Percaya Kepada Allah – pegang elok² kejap² – Insyallah kita tak akan nampak lagi cabang² yang boleh mengugat
Berprasangka dan berwaspada dua benda berbeza
Jadi kita berwaspada utk mengelak kemudaratan kemudian hari lebih baik dari kita berprasangka
betul tu kakJie, kita sgt sokong… tapi masa kita bertunang hari tu, semua sibuk nak ambil tahu. merajuk hati bila tak berjemput, padahal kita mmg nak rahsia². kenala bersederhana, majlis tunang skrg macam majlis akad nikah, pelik kita.
nak tambah skit yang off topic.. respek sangat plugin ajax comment blog kak jie.. laju gile. boleh share?
betoi betoi.. saya sokong fakta ini. biar berjela dan berkajang… pertunangan kene rahsia gitu-gtu. cite skit skit bleh la.. tapi sampai buat pelamin memang tak molek ah.. tunang plak ade pelamin.. sekali tak jadi kawin.. kan dah malu..
orang cakap tunang tu berpada-pada.. tapi kita ni mudah sangat buat idealogi baru. terlampau kreatif kalau buat adat.
beto tu aper yang kak jie cakap…
tapi manusia ni tahu jer la..bertunang kalu x d declare..tup2 gtau nak kawin..memang la akan jadi bahan umpatan dorang..mesti dorang dok pikir..dok ingat..dok syak..hmm ni kawin mesti ade sebab..
orang kite..macam tu la, sentiasa bersyak wasangka….
***epy fasting kak jie
aha, sebenarnye betul ape kate mama tu. and for me, choose untuk tak nk tunang or tunang on the day nak nikah gak since rasa orang tunang sekarang macam nak kawen. seram rasanya. huhu~
Hmm betul tu..
Patut tidak dihebohkan..
byk keburukan.
nasihat yang baik …..bagus disampai-sampaikan..
saya sependapat dengan kak jie bertunang tuh…tak payah la grand sangat majlisnyer..nikah kalau nak canang se-antero..dunia tak da salahnyer..(dah dapat lesen besar)