Ada Apa-Apa Ke ? Tiba-tiba Saja Kahwin?
Isu Semasa

Ada Apa-Apa Ke ? Tiba-tiba Saja Kahwin?

@kujie aik show off bertunang pun xboleh? ada orang, bila tiba² cakap nak kahwin, mengata belakang “bila masa dia tunang?” T____T

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) – sumber : saifulislam.com

Inilah topik hujung minggu yang kami heboh dan bincangkan di twitter. Ramai juga yang tersentap bila @mrkay2911 postkan quote ini dan bertambah² bila saya dan beberapa orang lagi RT.

Bagi saya rahsiakan tu bukannya dikatup rapat tetapi biarlah diketahui keluarga terdekat sahaja. Bila orang bertanya barulah beritahu hal sebenar, bukan menafikan. Selagi orang tak tanya, selagi itu diam, tidak diheboh² sehinggalah di aqad nikah barulah boleh diiklan atau dimaklumkan dengan kenduri mengikut adat kita. Just married!

Cuba renung² dengan hati yang terbuka, hikmahnya pertunangan tidak perlu diheboh²kan adalah untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik

Pertunangan bukan satu janji pasti perkahwinan akan dapat dibina. Bahayanya kalau diheboh² pertunangan adalah perancangan kita tidak menjadi. Kalau majlis pertunangan itu tidak diheboh²kan diandaikan terjadi sesuatu, tiada sebarang masalah besar terkemudian dan dapat diselesaikan secara senyap antara dua pihak. Orang yang putus tunang ni berat bebanannya, difitnah atau dikeji masyarakat terutama di pihak perempuan.

Tengok pula majlis pertunangan zaman sekarang. Bukan saja khemah berderet diperkarangan rumah, lelaki itu sendiri yang hadir dalam majlis dan sarungkan cincin. Kita berdoakan keberkatan dan keredhaan Allah di dalam perhubungan ini tetapi laranganNya tidak kita ambil berat.

Mengikut peredaran zaman, bukanlah tak boleh langsung nak bertelefon bersms berhubung tetapi perlulah bersederhana. Kalau rasa agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering supaya tidak terus terjunam.   Jangan ikut hati memikirkan itu ini yang tidak perlu.  Berdoa lebih baik.

p.s – saya tak nak tulis berlebih²an –  ramai yang tercedera hati nanti.  Kata ustazah saya – bab agama memang akan sering mengenai batang hidung kita sebab disitu adanya teguran dan peringatan ( sebab tu lah hidung saya tak pernah sempat nak mancung…penyet saja)

p.s – perkahwinan pun kena bersederhana juga.   Saya pun kadang² terbabas juga dengan cerita suami dan anak².   Sedaya upaya menulis mengenai mereka secara lite-lite saja.  Kalau apa yang diceritakan mengenai perkahwinan dan keluarga saya berlebihan, mohon maaf ye….

Kawan² yang sedang berdarah manis tu – berpada²lah menulis entri blog kisah pertunangan. Emosi dan perasaan kita sebagai manusia mudah bergolak kerana dua perkara : kegembiraan yang memuncak atau musibah yang berat. Kuasailah perasaan dalam setiap peristiwa baik yang memilukan atau yang mengembirakan. Bila kita berjaya mempunyai hati yang teguh dan stabil, Insyallah kita akan memperolehi kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan. Orang yang mampu berdiri seimbang antara gelombang kesedihan dan luapan kegembiraan adalah mereka yang sentiasa bersyukur di waktu kesenangan dan bersabar di kala kesusahan.

©kujie – zaman sekarang mengumpat dan fitnah bukan lagi kerja² makcik² depan rumah tepi laman.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Ada Apa-Apa Ke ? Tiba-tiba Saja Kahwin?

  1. Dah lama tercari2 entry yang menjawab persoalan majlis pertunangan saya. saya bertunang,smpi dari KL terus menyarung “persalinan bertunang” milik sepupu dan menyarung cincin..sudah cukup istimewa bagi sy…
    Alhamdulillah majlis perkahwinan yg sederhana juga,namun kemanisan tak tergambar..syukur seadanya..
    Tidak pernah rasa ia menjatuhkan martabat mahupun air muka kerana kesederhanaan tu dituntut..hanya kita yang tahu kisah disebaliknya..

  2. Banyak betulnya kak jie. zaman skrg tunang ngalahkan majlis kahwin pun ye.

    xda dh konsep bersederhana.

    Entry ni jd panduan tuk diri sendiri 🙂

  3. Dah lama entri sis ni..saya baru je letak entri macam ni kat blog..Yang kat luar sana tak perlu nak terikut-ikut trend sekarang..lebih manis jika saat-saat indah bersedondon dan duduk bersanding itu pada waktu yang tepat(nikah)
    kita mampu bertegas untuk say No especially kepada family yang beria-ia nak trend yang macam sekarang..Saya ada kupas isu ini..singgahlah ye..

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/05/siapa-yang-memulakan-trend-bertunang.html

Comments are closed.