Bersihkan Harta Mohon Keberkatan
Isu Semasa

Bersihkan Harta Mohon Keberkatan

Tenghari tadi saya sempatlah bervideo call dengan suami sebelum dia pergi kerja . Kita di Malaysia 1.00 petang dia baru jam 6 pagi.

Insyaallah esok kita akan mula berpuasa. Cepat benar masa berlalu. Kita terlalu sibuk dengan hal-hal yang berkaitan dunia sehinggakan tidak sedar masa berlalu terlalu pantas. Bayangkan sekarang ini seolah-olah banyak perkara belum sempat diselesaikan, tiba-tiba masa sudah berlalu.

Kami ambil kesempatan untuk sesi syahdu  mohon ampun dan maaf satu sama lain. Maaf ye bang…salah silap yang zahir dan batin, yang terang dan tersembunyi, yang nyata dan tanpa sedar….yang dok mengata abang dalam hati….. yang dok merungut itu ini…maaf ye….

Habis sesi derai airmata – suami minta saya tolong bayarkan zakat pendapatan sebelum Ramadan. Sucikan harta sebelum kita merebut meraih keberkatan Ramadan. Sebahagian bayar melalui pusat zakat dan sebahagian lagi saya tunaikan zakat melalui ustaz saya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” – (Surah al-Zariyat, ayat 19)

Untuk pertama kali, hari ini saya buka portal Lembaga Zakat Selangor untuk membuat pembayaran zakat secara online.   Sebenarnya untuk memudahkan cara bayaran, pusat pungutan zakat telah menyediakan berbagai kaedah pembayaran zakat seperti

  • Pembayaran zakat melalui potongan gaji
  • Kaunter pejabat pos
  • Kaunter bank yang telah dilantik
  • Perbankan internet
  • Kaunter LZS di seluruh Selangor
  • Kad Kredit – Master Kad Bank Islam dan At Taslif AmBank
  • E-Zakat Pay melalui www.e-zakat.com.my
  • Mesin ATM
  • Kawanku Phone Banking
  • SMS – melalui telefon mudah alih
  • Terminal OnePay
  • Kiosk maju masjid

Masih ada seribu satu alasan untuk mengelak atau dikecualikan dari menunaikan salah satu rukun Islam ini ke?

Kali ini saya memilih untuk membuat bayaran zakat melalui perbankan interntet melalui Public Bank Berhad.  Mudah saja caranya –

Login ke akaun Public Bank sepeti biasa. Pilih Payment/Recharge > Other Payment > Zakat Payment

Pilih saja pusat bayaran zakat negeri yang dikehendaki.  Sebelum itu kena request PBeBank.com Authentication Code (PAC) yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.

Ikuti langkah² yang diarahkan sehinggakan tiba di bahagian Confirmatian dan ada nota niat zakat :  Inilah wang sebagai menunaikan zakat yang wajib bagi diri/wakil untuk tahun ini kerana Allah Ya’ala.

Selesai langkah² yang keempat – boleh klik print.  Bacalah doa yang dititipkan selepas kita menunaikan zakat seperti ini :  “Semoga Allah Ta’ala membalas dengan sebaik-baik pada apa yang kamu berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal”

Walau bagaimana pun Lembaga Zakat Selangor TIDAK menerima bayaran zakat fitrah serta fidyah puasa (klik untuk mengira kadar fidyah ) melalui internet banking.

KADAR ZAKAT FITRAH 2010

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.80
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.50
Sarawak dan Perlis – RM6

Sumber : BERNAMA

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Bersihkan Harta Mohon Keberkatan

  1. zakat bukan perlu tetapi zakat adalah Rukun Islam

    zaman kecik2 kita belajar 5-1 = 5

    tapi dalam Rukun Islam – 5-1=0

  2. semalam telefon pejabat zakat tanya macam mana nak dapatkan resit rasmi… mereka beritahu akan diposkan kepada kita dalam masa seminggu.

    tanya juga, mcm mana dia boleh pos sedangkan dalam proses isi form bayar zakat tu tak minta pun alamat…dia dapatkan alamat dari bank ( melalui alamat akaun bank )

  3. cara sms adalah cara pilihan, kalau kita ada kemampuan untuk bayar melalui cara2 lain – kita buatlah

    mcm kak jie bayar secara online bersebab
    suami tak ada / jauh – jadi di rumah ada internet
    bayar onlinelah daripada kak jie perlu keluar ke pejabat zakat yang jaraknya 40 km

  4. Saya baru nak bertanya macam mana nak bayar zakat kalau yang lelaki tiada di sini .

    Sebenarnya saya tak tahu pun nak bayar zakat macam mana . Sebab selalu ayah yang uruskan .

    Yang saya tahu tanya ialah , “Ayah , dah bayar zakat ke belum?”
    Jom terjah post menarik dari farah ..Eh – Eh – Eh Eh – Saya Tak Kisah My Profile

  5. kak jie perempuan ..duduk di rumah suami jauh – jadi cara online adalah cara yang sebaik2 utk kak jie waktu ini.

    dulu suami yang utuskan bab2 zakat dia – dia sendiri ke pejabat LZS 😆

    moral of the story = ada byk cara, kita sesuaikan dgn keadaan kita sekarang – jgn jadikan satu alasan

Comments are closed.