Blogger

Tokwan dan Susuman

Tiap kali kami balik kampung ke Sabak Bernam melalui Jalan Batang Berjuntai mesti terserempak sekumpulan lembu , kadangΒ² bersama gembalanya sekali. Otak ligat mengira berapa ekor…. wah kayanya dia. Kalau seekor paling murah RM 1200, didarab 20 ekor.. dah berapa, kan?

Itulah perkara pertama yang terlintas bila melihat iklan Astro Susuman. IKlan Astro Susuman adalah sambungan dari iklan Astro Suparman, kisah yang berkisar mengenai Rossi The Doctor. Ingat? Bagaimana Suparman ditarik telinga oleh Tokwan ?

Susuman - owh...macam tu ka Tokwan?
Susuman - owh...macam tu ka Tokwan?


Seperti selalu, Tokwan sentiasa menjadi tempat rujukan dan tempat meminta nasihat. Sususman mengadu mengenai lembu-lembunya yang semakin kurang mengeluarkan susu.

Kata Tokwan, apabila semakin banyak lembu minum air, ia akan mengeluarkan lebih banyak susu. Kalau dah banyak susu, bolehlah buat Rava Laddoo.

Mesti Tokwan penonton setia Astro Asian Food Channel ( Ch 703 ). Rava Laddoo adalah kuih atau manisan traditional orang India. Rava adalah suji ye puan-puan, jadi kuih ini dibuat dari tepung suji.

Belum sempat Susuman bergerak, tersembul biji mata dia tengok lembu-lembunya dah ‘mengeteh’ kat warang Tokwan.

Lembu minum banyak air, hasilkan banyak susu kata Tokwan
Lembu minum banyak air, hasilkan banyak susu kata Tokwan

Iklan yang baik membuka minda untuk berfikir macam-macam ada dipersekitaran kehidupan harian kita untuk diterokai.

.............kalau macam-macam ada
.............kalau macam-macam ada

Menonton rancangan Astro …. macam-macam ada !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Tokwan dan Susuman

  1. Amboi… promo nampak! Dapat authority listing dari Astro ke? Ngeh ngeh ngeh… sedangkan aku tak faham apa benda authority listing tu… huhu… πŸ˜†

    ODs last blog post..Writer’s Block

    1. @Neeza, kat Arab Saudi tu mcm mana?

      hehehe… dapat juga neeza tgok iklan ni ye
      takut nnt mengidam nak air kelapa muda
      erk..kt sana ade kelapa tak?

    1. @cikgu panji, ain tgok kartun je ke cikgu
      ada ch 552 tu bagus…ada byk info sains
      kadang2 tu..sy pn tak terfikir

      ooo..mcm tu ke derang buat..owhhh..mcm tu ke ujikaji tu
      dah tua2 pun baru nak tau πŸ˜†

  2. kalo balik kg, nampak lembu kt tepi jln, anak-anak saya sebuk mengusik sesama mereka konon itu sedara salah sorang dari mereka..kalo yg gemok, si abang cakap sedara adik atau baby, kalao yg kurus, si adik atau baby mengusik sedara si abang.. :mrgreen:

    sallys last blog post..Eshah

    1. @sally, tu budak bandar…sebab tu kena tgok rancangan tv yg bagi informasi…kak jie kalau rancangan atau rencana yang bagus kat tv…mcm benda2 tu dah tak de lagi zaman skrg…ajak anak2 tgok sama…dia org dpt pengetahuan dibawah seliaan kita πŸ˜†

  3. salam kenal dari aku, baloot.

    hmmm, nampaknya kena niaga lembu pulak la camni.
    1ekor rm1200.
    kalau 100ekor, dah lebih rm100k ni…

    wahh, jutawan la pakcik!

    kena berenti jadi web developer ni..
    jadi tokey lembu plak.. hahaha

    baloots last blog post..28 Magento Templates Untuk Laman Web E-Commerce. Bina Laman Web E-Commerce Secara Percuma.

    1. @baloot, Salam…terimakasih kr singgah join Kak Jie kat blog makcik2 ni…

      wah..bagus tu…..mula2 kena angan2 dulu
      lepas tu buat kertas kerja :mrgreen:

      1. @Kujie, insyaallah… tapi x tau lagi bole mula ke tak ngan bisnes lembu ni.
        modal pun besar kan.. hihi… πŸ˜‰

        blog makcik2? umo bape kak jie ni?

        baloots last blog post..28 Magento Templates Untuk Laman Web E-Commerce. Bina Laman Web E-Commerce Secara Percuma.

    1. @maza, bulan lepas pun dah tak hangat
      dah suam2 kuku

      hehehe..alamat gemok jari balik lah..dah tak senam jari :mrgreen: kat keyboard

      jaga kesihatan tu dulu…nnt org ‘sana’ susah hati dok ingat org ‘sini’….
      erk..hari ni dah Jumaat ke..travel lagi ke?

        1. @maza, Tokwan pesan……… hati2 di jalan raya..anda mampu mengubahnya πŸ˜†

          Jgn merempit macam ‘the doctor’ πŸ˜†

  4. hmmm

    Minyak Sapi! – Lembu punya susu, Sapi dapat nama! huhuhu

    Iklan yg bagus bukan sahaja dapat meletakkan produk di minda pengguna, tetapi memberi pengajaran dalam masa yg sama!

    Iklan seperti ini lebih bermaruah. Cth iklan petronas yg lazim kita nanti2kan saban tahun apabila raya menjelang.. hehhehehe

    1. @maza, Minyak Sapi mahai tau..nak buat nasi briani tu :p

      Tokwan pun pelakon iklan yang fofuler ituuuu……

      Iklan jgn gedik2 lebih2lah….. pmpuan melompat tengok sabun
      ingat perempuan suka ke watak mereka diperbodohkan macam tu?

      Biar sederhana tak perlu lawa2 make up sana sini….watak yang dekat dgn kehidupan :mrgreen:

  5. adoyai..aku igt2 lupe ikln ni..
    pnat otak nk mmikir ni huhu πŸ™„

    zais last blog post..Jodoh

    1. @zai, tak pe..tgok je video klip tu
      mesti ingat balik

      muda2 lagi pakat dah pelupa ni…mkn kari kepala ikan byk sat la tu
      (ni dah mula membebel ni………) :mrgreen:

  6. lily kalau tengok iklan ni mesti tergelak sorang2
    tok wan tu comey jek tengok
    πŸ˜€

    Lilys last blog post..Budak Comey

    1. @Lily, pertama kali kemunculan Tokwan dalam satu iklan fofuler tu

      dia mmg menyentuh hati semua org….

      gebu dan montel….watak Tokwan yang sihat…hehehe :mrgreen:

    1. @kruel74, patutlahhhhhhhhhhhh komen masuk SPAM
      ade link tajuk 18SX

      hehehe…kat wordpress ni..kalau komen letak link atau komen yg seksual , dia akan hantar ke kotak SPAM.

      Nasib baik Akismet tu tak delete terus, dia simpan juga untuk di approve :mrgreen:

      Kena buat poll, ‘Man’ apa lagi yang orang nak πŸ˜†

Comments are closed.