Pada ruang kotak komen ini saya ada letak notis peringatan seperti ini :
Gunakan bahasa yang baik dan difahami semua.
Cubalah untuk tidak lari dari tajuk asal yang dibincangkan.
Jangan letakkan link ( url ) sewaktu menulis komen kerana komen aNda akan ditapis sebagai spam.
Tak baca ye? Blogger mesti terikat dengan dua perkara – membaca dan menulis.
Komen ini ditinggalkan pada entri yang tiada kaitan langsung. Dia telah melanggar 2 syarat sekali gus.
Jadi, siapa blogger trafik hunter itu sebenarnya? Blogger yang dirujuk oleh mak Amalina atau blogger yang mengata dulang paku serpih ……………………..
Korang nak tulis isu apa tulislah, sesekali tengoklah diri kita sendiri di cermin.
Minggu lepas saya pun baru dihentam kaw kaw oleh pengomen dengan bahasa 18SG yang 80% mengeji dan mengutuk, tetapi ada 20% point yang saya bersetuju. Kalau nak ikutkan ego besar macam ikan paus biru tu ( ayat quote Eddie ) saya boleh delete saja komen tersebut.
Tetapi saya tak balas cemuhan pengkomen tersebut. Biasa blogger akan guna ayat ” kalau nak tegur pun, tegurlah elok-elok “ untuk membela diri dan menegakkan benang yang basah. Walaupun yang betul hanya 20%, tak salah untuk saya ambil untuk kebaikan diri sendiri.
Saya sedar itu memang salah saya dan lalai. Bahasa teguran dia memang pedih tetapi saya bersabar fikirkan kebaikan yang lebih besar saya perolehi. Hidup kita bukan selamanya menongkat langit.
blogger traffic hunter ni blogger yang amcam yang kak?
Sorry Kak. Saya budak baru belajar. Blogger Traffic Hunter tu apa?
salam kakak punye blog yang baik…
thank you give some value about my posting in your blog…
im sori… if make u anger n hate about the simple word that i give…
to me just a word….
but it more than that…
to you and your group…
even that day…
in my mind just want sharing…
about the hot story with you….
but you hate that my simple comment…
after that u make this entry n posting to your blog….
feed back that you
n your group give…
make me sad…
n dispointed…
really…
hmmm…
cakap bahasa melayu lagi senang kan…
anggap jer lar ini salah faham…
mintak maaf bebanyak lagi…
dan saya tak kan ganggu blog KUJIE ni lagi…
dan beberapa blog brader n sister give some feed back
yg terganggu dengan my LINK COMMENT…
Siyess…
sorry if my comment make your blog corrupted (TERCEMAR)
and u call SPAM…
(hehehe… poyo jer… )
Tak pe lar…
orang poyo memang begitu…
Harap siarkan komen ni….
Tiada 80% mengeji dan mengutuk …
waalaikumsalam
entri ini telah dipadam url dan email pengomen.
dah ini bukan kali pertama beliau melakukan perbuatan ini
patploh kali. masa tu mgkn moood saya tengah baik
jangan cakap tak ditegur sebab di blog ini ada peringatan di sidebar dan diruangan komen
kedua2 menggunakan bahasa malaysia
dan kalau tak faham bahasa malaysia, di navigator pun ada ‘wajib baca’
itu dalam bahasa inggeris
rasanya cukup untuk memberitahu SOP blog ini.
biasanya blogger tak mungkin akan menerima teguran . saya faham
sebab saya pun blogger, ada egonya
ego saya kt blog saya – tak melampaui blog orang lain.
saya trafific hunter datang (w/pun lambat) untuk mencuri trafik.. jemputlah datang ke blog.. gyahaha.. (gelak yang sangat jahat) meh masuk meh blog saya doubleU3x.trapikhanter.kom
*gurau di pagi hari
*nie salah satu contoh komen tak kena ngan entry.. hehe
nak curi apa, link sendiri pun tak letak
wah suka la dia ni kak jie,,dah glamer dia sekarang huhu
sebenarnya, biasa dpt komen ada link mcm ni
tapi kes ini special
dia buat entri ckp pasal blogger traffic hunter, tetapi dia sendiri melakukan perkara yang serupa
Kujie nie kejam dalam blog jer di luar tu penuh dengan taman taman berbunga .. apa pun ku suka kujie2 biar orang tak suka aku suka suka dan suka akan kujie2
ha ha ha… mak tiri mmg kejam.
p.s sejak bila dok Sri Langka tu?
Hu hu sejak dah stressss sangat duduk m’sia
mengata orang dia yang lebih hihi .. malu lah jika saya di tempat dia ..
agak-agak rasa tak tahu nak komen ikut topik yang di bincangkan baik jangan komen ..
hehe, kantoi teruk budak tu.. kalau aku, aku papar terus aje link blog dia.
kalau saya, cuma tegur benda yang benar2 tak betul atau lari fakta… itu pun kadang2 gunakan bahasa yang sesuai…. paling tinggi pun kejian saya adalah bodoh dan bangang. lain seperti kod 18sg dan sebagainya memang tak lepas di mulut…
pasal komen berkaitan post, memang selalu berhati hati… kadang kalau rasa nak buat lawak walaupun berkaitan ngan post bleh fikir 3-4 kali… takut ada terguris atau salah paham….
“Jumlah spam berkadar terus dengan tahap populariti sesebuah blog”.
Fikir positif -spam is a good thing, in a way 🙂
spam yang memang spam itu menang boleh diterima….ada banyak dan boleh difahami spam itu berfungsi sebagai spam.
tetapi ini adalah blogger , cuba tengok entri dia… ayat yang dia tulis pada entri dia
“Ibu Nur Amalina 17A SPM sound direct kepada Blogger Traffic Hunter… “ dan dia berkelakuan sebagai blogger traffic hunter juga.
Kes mcm mengata dulang paku serpih, mengata orang…
atau tepuk air didulang, terpercik ….
atau meludah kelangat, jatuh …..
Bagi saya, the best way we could do, terima kepelbagaian ragam dan perangai manusia dengan seadanya, selagi kita boleh tolerate with that kind of attitude.
Because that is the reason why our life is just wonderful~
saya setuju dengan pendapat awak mengenai terima kepelbagaian ragam dan perangai manusia.
term ini semesti digunapakai oleh pengomen yang dtang ke blog orang lain dan terima SOP, undang², tatacara atau adap tuan punya blog. Betul kan?
Bila kita mengunjungi rumah orang, tuan rumah dah letak kat muka pintu peraturan dan panduan, mungkin peraturan itu tidak selari sewarna sekalerful dengan life kita, tetapi kita patut menerimanya atas prinsip kepelbagaian.
wah, post yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! 😀
ada juga yg singgah blog saya komen x kena tempat, nmpk sangat dia x baca entry saya pastu marah plak, adoiiii
tak berapa paham isu ni tapi takpelah.. layan je la kak jie
lama dah tak datang sini
pada pendapat saya, kalau nak cari trafik mmg bukan dgn cara spam, buatlah legitimate business kalau kita mencari rezeki di internet.. halal dan haram perlu ambil kira
samalah macam kita nak letak iklan kat blog kita, perlu fikir sesuai tak iklan itu diletakkan
macam mana pula kalau blogger2 hebat tak aktifkan sistem komen? hehe
contohnya blog zenhabits.net – saya fikir jugak, sbb spam penuh di blog, tak larat 🙂
tiap blogger ada SOP (standard operating procedure) masing² , terpulang kepada kita yang nak stay komen atau tidak kat blog tersebut.
pada sy mungkin blogger berkenaan x baca pun entry yang ditulis..ya la sibuk nak promote link dia kot..itu la mcm2 ragam kan blogger ni..
“Titiplah sebaris kata bukti kehadiranmu ….”
Saya suka yang ni … lain-lain hal saya tak reti .
maki 80% tegur 20% hermm.. kalau disamakan dengan makanan..80% rasa pedas 20% je manis…memang manis dah tak rasa langsung
saya tak suka entri ni sebab saya rasa trafik hunter itu perlu!
kalau tak nanti akismet tak ada kerja.
hang tau dak… tanpa komen mcm ni pun, hari² ada 20-30 komen yang terlepas oleh Akismet terpaksa check secara manual……….
p/s – kalau tak dak kes mcm ni, makcik nk update ape….hahaha
1. popular amat :p
CommentLuv sudah disediakan kenapa tidak digunaka dan lagipun amaran telah pun diberikan.
sebenarnya dah banyak dan ramai blogger buat mcm ni
cuma, yang ni ada kesambungan antara apa yang dia tulis di blog dgn apa yang dia buat kat blog orang lain…………
Dia memang buat dengan niat tu…
Memang sah kaki spam!
hmmmm…. mcm2 style orang nak kejar popularkan. Kes tentang Amalina nih
sgt tersebar meluas hinggakan kisah ibunya yang membelikan baju tersebut pun
jadi isu.. Tepuk dada tanya iman.. dalam hal ini ibu bapa juga harus menegur
kesilapan mereka.. Jgn dibiarkan..
p.s. Utk penggemar FB pastikan gambar2 di settg private dan hanya kaum keluarga
saja yg boleh menatapnya. kawan2 skrg pun susah nak percaya.. hentam belakang
adalah..
saya tak bincang dan tulis isu terkini Amalina secara terbuka, cuma berbincang dgn suami dan lingkungan anak beranak sebagai sempadan dan panduan.
isu di sini mengenai etika menulis komen.
haha..sekali diri sendiri yang kena..bahaya2..harap2 tak jadi macam ni lah..sebab tu kadang-kadang nak komen fikir 2,3 kali dulu..takut lari tajuk..takut buat tuan blog terasa..macam-macam la kena fikir..takut kena kat diri sendiri pun ada jugak..haihhh..mintak jauh la yang ni..
samalah saya pun terima banyak sungguh komen tapi tak ada kaitan dengan tajuk/isu yg di tulis kekadang rasa nak delete tapi rasa macam kejam pulak … entahlah rasanya dari awal menulis blog sampai sekarang tak lah ambil peluang macam ini. Kan CommentLuv ada.
setiap blog ada SOP masing² – blogger perlu alert dengan perkara tersebut , lainlah kalau dia bukan blogger.
kalau nak buat apa kat blog sendiri, buat .
kak jie tak akan usik dan sentuh.. kalau kalau dah sampai kt blog ni..berkali kali
kak jie akan control… nampak kejam tetapi mencegah dari merebak aktiviti yang kita tak suka lebih baik dari membiarkan jadi sukar utk dicontrol.
heh………. kak jie kan mak bawang merah yang garang suka membebel..sekali keluar, berasap telinga
bab commentluv tu lagi satu…blog ini disetting 10 last posts to choose – itu pun tak cukup lagi ke?
indeed…
Senyap-senyap banyak juga komen yg tak related tu saya delete tuan yang komen mesti perasaan punyalah. Tu lah 10 link CommentLuv pun tak cukup macam mana nak cakap lagi …
Nampak seperti org yang sama komen kat blog saya…tak publish pun sebab tajuk lari,dah delete pun comment yg ada dalam spam,bikin tak dak serupa cakap betullah orang tu..
ini aktiviti secara pukal.. mestilah ramai dapat komen berhemah seperti ini…
Si pengomen tu pun kira trafik hunter jugalah sbb wat link spam mcm tuh..apa tujuannya? sure sbb nk suh org terjah blog dia kan..tak slh menegur, tp mengingatkan diri sendiri lbh penting drp mengingatkan org lain..jgn mengata dulang paku serpih..
Ini sebenarnya bukan kali pertama – berpuluh puluh kali oleh blogger yang sama
tetapi selalu delete saja…tapi komen ini agak sesuai untuk dihighlightkan
menarikkkkkkkkkk kan? hehehehe
kejam betul kak jie
Assalamualaikum,
Mmmmm nampak lagi chumil bila kak jie jadi kejam begitu. Nasib baik tak selalu 😉
Tak salah jadi ‘Blogger Traffic Hunter’ cumanya jangan la obvious sangat, malu kat orang kampung… Hahaha…
macam kak jie cakap… korang nak tulis apa pun tulislah
blogger bukan boleh ditegur.. pantang tok nenek, masing2 bijak pandai diri betul
cuma.. dalam kes ini
ayat komen yang ditinggalkan tersebut sangat² terbalik 360darjah. dia cakap mak amalina tegur blogger trafik hunter tetapi dia sendiri pun buat perkara seperti trafik hunter dengan spam kotak komen orang lain juga.
nampak?
saya banyak juga memerhati..kebanyakkan blogger yang guna blogspot yg buat gitu.Tak faham ke,buat2 tak faham ke saya pun tak pasti. Kalau blog tu dah ada commentluv tak perlu la masukkan link dalam komen lagi. Yg dia komen tu memang nak tarik trafik la tu.
Setuju dgn akak, kita semua tak lari dari buat kesilapan tapi gunalah kaedah dan pendekatan yang sesuai kalau nak tegur. Tegur dgn berhemah mesti org boleh terima. 🙂
isu ini bukan kes tegur baik baik atau tidak, dia tegur maki 80% pun kak jie boleh terima…. dan betulkan apa yg di komen sebab ada point yang perlu dibetulkan.
salam…btol tu kak…cermin diri dulu…
aku rasa aku sendiri masih banyak kurangnya…
apa yg kak jie rujuk adalah berpandukan kepada gambar yg disertakan, bukan isu lain. sebab nanti akan ada ayat ‘ kalau nak tunggu sempurna baru boleh menegur, mmg tak adalah …sbb Nabi saja yg sempurna” Ini ayat biasa kt internet n… hihihi