Blogger

Saya Memang Sombong

MInggu ini saya dapat banyak email ayat lebih kurang

” Kak Jie, saya nak follow blog Kak Jie tapi tak ada butang follow pun”
” Saya follow kak jie, follow me back”

Blog saya memang tak ada widget follow follow tu – jelas di sidebar memang tak ada.

Sebab?

Kedudukan saya membuatkan saya akan lebih serba salah bila difollow malah mudah dicop sombong bila tak ikut trend masa kini kumpul follower. Ada banyak cara lain untuk mengikuti blog ini.

Sekarang pun saya dah sombong kerana :

  • Ada 30-40 komen yang tak sempat dibalas dalam minggu ini. Yang duluยฒ kita abaikan , kira lump-sum
  • Blogwalkingย  secara randomย  10-15 blog- majoriti tak tinggalkan komen
  • Ada beberapa email yang tak sempat dibalas – bukan saja tanya tentang blogging tapi tanya tentang pokok tentang saman tentang buat kolam kat rumah!
  • Status facebook dah berbulan tak update
  • Twitter hanya baca timeline, tak sempat nak beramas mesra

nota : sibuk tahap gaban!

~ ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan ~

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Saya Memang Sombong

  1. kadang2 kita sibuk dan tak sempat balas jejak. then mulalah ada yang cop blogger ni sombonglah. selidik dululah sebelum membuat tuduhan tak berasas. yang dah lama sudah tentu tahu kecuali yang baru2 saja masuk dunia blogging ni. kita bukan dok 24 jam depan komputer.

  2. hehehe~
    kadang-kadang orang tak paham kesibukan yang kita alami kan kak jie?
    status fb berbulan tk update yea kak jie? lame tuh..

  3. kalau btol2 nk follow, takde butang follow kt sidebar pon bleh follow ape.. copy link blog yg nk follow, letak kat bhgian exchange link.. takpon paste dlm google reader.. apa daa~

  4. mujur juga tak dipanggilnya bongkak lagi angkuh..heheh

    tak pe, tak pe,, buat sedara yg tak dapat nak klik follower kujie, di blog maza ada sediakan button itu.. klik ajelah ya….

    hahahhaha

  5. i always follow u kak jie, walaupun tak der butang follow. hehehe… tiada paksaan dalam follow memfollow..

    ๐Ÿ˜‰

  6. salam,

    “kali pertama masuk ke laman ini,
    ternyata ramai yang berada di sini;
    rasanya sombong tak sesuai diberi,
    adakala kita perlu pentingkan diri.”

    Err, butang ‘follow’ memang sengaja aku ujudkan dalam blog sebab tak hendak blog kosong tanpa sebarang widget. entahlah, blog aku sendiri asyik2 tukaq template, kekonon nak ringankan proses loading tapi lain pula yang terjadi (sekarang ok dah kot). Rata2 yang datang bersinggah dalam blog aku, ada yang menaip ayat yang sebijik seperti dalam entri ini, nak follow, lalu difollow kembali. Entahlah, apa yang menarik sangat dalam blog mereka itu agaknya?

  7. Salam amry,

    Saya setuju dengan anda.Kadang-kadang sesetengah blogger tu follow kita hanya semata-mata untuk menambahkan bilangang follower blog mereka sahaja.

    Artikel kita tak dibaca pun dan yang keduanya entry di blog mereka tak menarik minat untuk membaca.Jadi pada saya biarlah apa orang nak kata pun.

  8. salam kak jie,

    terime kasih bebanyak coz dlm sibuk2 kak jie tu,sempat juge terjah blog sy yg dlm proses nk potong riben tu…hehe…;p suke sgt kkjie dtg tp segan pun ado

  9. hm…sayapun pening sekarang kak…saya tak tau samada diorang follow ada udang ataupun takde disebalik batu besar

  10. saya pun sombong juga, sehari hanya beberapa je saya BW. bila kesihatan tak menentu lagi la saya tinggalkan terus dunia blogging. tapi kalau takde butang follow pun takpe, kalau kita suka blog tuh, kita tetap akan datang baca entri dia.

  11. hehe… nak layan gelagat semua orang… mmg letih la jadinya… ๐Ÿ™‚

    buat yg mana termampu jek…

  12. KAK KUJIE, saya dah lama dapat gelaran sombong ni. Dah lali. Memang saya dah teragak nak tulis tentang orang yang suka masuk komen โ€œsila follow saya balikโ€. Adehhhh lemasss…!

    Abaikan je lah Kak KUJIE. Jadi diri sendiri je lah, wpun sombong di kata orang.

  13. takpe kak… blogging ni hobi je.. besides blogging mesti ada benda lain lagi nak buat as a human.. take ur time..yang penting kepuasan diri tu ada ๐Ÿ™‚

  14. bg sy kak jie baik n oke ja.. walaupun sy jarang komen.. singgah baca je sbb
    1. xtaw nk komen ape klu entri tu smpurna da + da ade org komen yg lebih kurg sama…
    2. tgah buat keja n singgah santai2..
    apepun.. semua org ada khidupn masing2.. sy lg kerek kot sbb xpndai komunikasi n xpndai amik ati org… tu la xramai kwn… ๐Ÿ˜ฅ yg pnting Tuhan tau isi hati masing2.. ๐Ÿ˜‰

  15. Salam.
    Mmm.. ada follower beribu-raban pun tak semestinya blog itu menarik utk selalu dikunjungi. kan kak jie?

    Kita pun bukan 24jam dok online mngadap pc. Mana nak layan suami, jaga anak, masak..bla..bla…. Tapi yang pasti, wajib diberi masa untuk update blog sendiri ๐Ÿ˜†

  16. susah nak cakap, sy ada juga buat fan page untuk blog, tapi tu lah..kalau nak follow semua blog memang penat, hanya baca selected blog yang lain dari yang lain….bukan sombong tetapi kekangan masa

  17. maap saya pun sibuk tahap gaban tak semapat nak komen kat blog ni maka akan terkeluarlah dari top 10 pengomel paling banyak…

  18. ermm…sombong pada pandangan orang…tak sombong pada pandangan teman… ๐Ÿ™‚

  19. ๐Ÿ™„

    itu la pasal. MAKS pun dalam sehari saya TERMAMPU blogwalking 5 – 10 blog. dan kebanyakan blog yang mmg daily reads. Kalau yg saya baru ikuti, saya susah nak comment. Tak apa kak jie, itu bukan sombong.

  20. acu pun selalu dpt mesej “i dah folo u..nnt u folo back ye”
    emm…bukan sombong tak nak folo tapi acu tak nak hipokrit..klik folo tapi sebenar nye tak baca pun blog diaorg..rasa bersalah lak ๐Ÿ˜ฅ

  21. Tu la kak jie, rasa serba salah juga kalau jenis yang dapat “i follow u,u follow me back k” aduh, kalau dapat macam ni nak buat macam mana erk…kadang bukan tak nak follow, saya kalau follow, biar blog tu menarik, lagi satu kalau sekadar suruh saya follow tapi entry saya pon tak dibaca follow apa namanya tu. hanya nak tambah bilangan follower. adehhh….

Comments are closed.