Sebuah kereta yang dinaiki oleh 3 lelaki dan seorang gadis telah dikesan cuba melarikan diri.
Kepantasan pihak berwajib telah berjaya memintas mereka dan mengarahkan semua penumpang turun.
Seorang lagi suspek turut dikesan menaiki kereta Myvi Hitam yang berhenti di seberang jalan juga diarahkan turun.
Mereka adalah Syahirul Azfar , Ayong Qiela , Kharil Afzal , Fazreen dan Faiz Edzahar.
Senyum erk korang tengah panas terik bila kena terjah! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Perhimpunan yang berlangsung secara bersih dan warna warni ini diadakan sempena majlis meraikan perkahwinan Odin dan Fina.
Selamat Pengantin Baru Hassan Abu Bakar & Safinah Mohd Zin – Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.
Ada kisah menarik disebalik perhimpunan bersih tanpa permit yang berbau nasi minyak ini.
Saya kenal Fina terawangan dalam talian, sekadar teman yang sesekali tegur menegur di twitter. Bagaimana perkenalan ini bermula , saya tak ingat. Mungkin rangkaian komuniti yang saling kait mengait. Dia kawan kepada kawan² geek saya.
Saya tahu keluarganya tinggal di Serendah, tetapi saya tak akan tanya lebih dari itu. Kita kena faham kerahsian dan hak privasi untuk tidak memberitahu tempat tinggal secara tepat di internet. Kecuali kita mengenali seseorang dan berbual secara DM.
Beberapa minggu lepas, saya mendapat undangan majlis perkahwinan melalui facebook. Tempat berlangsungnya hanya 2 kilometer dari rumah.
Beberapa hari kemudian, saya terima kad jemputan dari jiran beberapa lorong di taman perumahan saya. Bila tengok, bila belek, jemputan tersebut adalah majlis yang sama seperti yang saya terima melalui facebook.
Kelakar kan! Kami setaman dan mengenai keluarga Fina. Malah saya pernah ke rumah Fina beberapa tahun dulu………membelai kucing² comel dia. Suami saya kenalan rapat ayah Fina.
Lagi menambahkan unsur dramatik, adik Fina juga kawan baik Along. Adik Fina belajar di Seri Kembangan dan Along di Bangi. Setiap hujung minggu, Along akan jemput adik Fina dan balik bersama-sama.
Kebarangkalian kami tidak bertamu dan kenal sebelum ini adalah kerana Fina menetap dan bekerja di Kelana Jaya.
Dunia makin mengecut atau kita yang semakin mengembang?
jumpa Tekong suami isteri, Aman Tok Penghulu Rawang dan sicomel MK,
Intan kata…. ” dia tinggi sama dgn Intan”
anak yang baik intan ni. pandai dia cover mak dia kat belakang

Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Bolehkah minum SD2 semasa puasa?
sorry hari tu tak dapat join korang sume, datang masa akad nikah je sebab ade event lain plak petang tu. turun tak kat majlis kt klang nnt?
perhimpunan yang hebat sekali.. wakakaka.. 🙂 ingat kak jie tak tulis pasal ni.. hohoho…
Jom terjah post menarik dari syahirul ..Apabila dosa jadi perkara biasa
tajuk memang memainkan peranan 🙂
perjumpaan bersih buat pertama kali berjalan dengan lancar
perhimpunan yang ni tak ape.. di galakkan.. tak perlu permit
slmt pengantin baru..perhimpunan utk mkn kenduri…he3333..lepas mkn basuh pinggan bersih2….
hahaha… kenal rupenye.. itu la sama seperti saya. seorang blogger ni dia tidak mahu menunjuk siapa dirinya .. skali tengok tengok sepupu rupenye ..
Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Mulut Orang
Ramai yang bersungut kerana lambat hadir majlis perkahwinan yang dijadualkan semalam
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Dataran Sunway adalah Zon Bersih
meriahnya. kesian kat mangsa pihak yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya yg nk ke kenduri kawin. apa2 pon tahniah buat pasangan. smoga berbahagia hingga ke akhir hayat 😉
Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Koleksi Dapur Moden Futuristik Oleh Simone Micheli #1
kak jie…kak jie…suspens sungguh! 😛
Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach Poppy
sabar jerk… ingat akak nak buat berita pasal perhimpunan ‘BERSIH’ tu betul – betul…
Jom terjah post menarik dari shay ..Menjaga Rahsia Rumahtangga
😆 Ingatkan ape la tadi.. hehe.. slamat pengantin baru lah ye kpd pasangan tersebut..
Jom terjah post menarik dari Helmi ..Ada Apa dengan Bersih?
tanda-tanda kamu sudah dewasa, stop growing vertically and start growing horizontally! huk3… kalau cmtu, saya dah semakin dewasa la ni maksudnya…
Jom terjah post menarik dari Luna Lanun ..Sweet Escape Brunei Darussalam Part 2 – Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah
Selamat Pengantin Baru.:).Kak Jie bila lagi nak buat majlis makan nasi minyak nih?Keh keh.tunggu along kahwin gamaknye.:)
Jom terjah post menarik dari haiqal ..Akan Datang
Geng-geng blogger rupanya…. 😀
Kan dah kena tangkap. :p
Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Top 10 facts about bersih 2.0
terperdaya sekejap.haha teknik otai blogger memang mcm ni ya 😀
Jom terjah post menarik dari izwannizam ..Bersih 2.0 Patut Buat Di Masjid
selamat pengantin baru kat pengantin tuh. memang bersih nih kak, pinggan bersih.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Confirm BERSIH
Itu dinamakan perhimpunan BERSIH yang menguntungkan dan mengenyangkan rakyat Kak Jie. 2.0 juga pasal pasal pengantin 2 orang kan…
Jom terjah post menarik dari SHIMI ..Panas : Aktiviti dan lokasi terkini Perhimpunan BERSIH 2.0 (sepatutnya)
itu perhimpunan mendirikan masjidla kak jie
saya faham kak jie..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..VIDEO majlis perkahwinan tomok dan ayu
Bersih gila perhimpunan yg kak jie hadiri ni yek..hihihi

Jom terjah post menarik dari mak ..ASAH KREATIVITI ANAK ANAK
perhimpunan ni mmg meriah. mujur dapat jumpa kak jie. huhuhu
hahaha…..bersih tul…….siap amik gambar time turun kete..
elo encik…. encik silap tempat kot
rasanya kawan2 encik berhimpun kat tempat lain
stadium negara…hehehe
tunggu sethn lagi kita jumpa ye….tgok makin kecut ke makin kembang…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tiket Liverpool Asia Tour 2011
sy pn baca pasal politik sket2 je..sama la,bukan kepakaran dan tak bercadang utk pakar.. masih byk sgt provokasi.. 😐
perkahwinan juga memebersihkan jiwa..oh lambat lagi kawen,calon pn takde.. career comes first.. 😆
Jom terjah post menarik dari Izwan ..Blogger Newbie Pikat Hati Pengguna Smartphone
Saya pun ada juga esok – perhimpunan adik beradik saudara mara, warna warni dengan bau nasi minyak 😆
pakai je baju apa yg kita nak pakai… 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kujie2.com Mohon Maaf
Ini namanya ‘perhimpunan bersih jiran tetangga & saudara mara’. Kena minta izin dirikan khemah di jalan depan rumah sahaja 😉
Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..The Road Not Taken
mcm mana nak cakap ye
ini gaya kak jie menulis blog…kena baca dgn tersiratnya
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kujie2.com Mohon Maaf
Itulah…. kena ingat,
sentiasa berbuat baik dengan semua orang… kita tatau siapa kenalan online kita sebenarnya.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Wordless Wednesday – Katak Oh Katak
Kak Jie baca buku politik, baca banyak bahan² politik juga terlibat secara langsung bila pilihanraya…. bukan bercakap kosong bab politik tetapi Kak Jie tak akan menulis bab politik di blog.
Itu bukan kepakaran Kak Jie…jadi silalah baca entri ini tanpa melibat atau terbias dengan isu politik sekarang.
Tajuk adalah bersih tanpa maksud tersirat…hehe 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Wordless Wednesday – Katak Oh Katak
kalau orang yg pkir betul2 tajuk BERSIH mesti dah ingat entri ni lari topik.. padahal kena luaskan lagi makna tafsiran diri sendiri.. nice skill camni..

Jom terjah post menarik dari Izwan ..Mass Rapid Transportation ( MRT ) Alternatif Kesesakan Jalanraya
laaa sedara mara upenya hahahha. selamat pengantin yg tak la baru sangat
perhimpunan ini tk perlukan permit 😳
Jom terjah post menarik dari puanbee ..VIDEO majlis perkahwinan tomok dan ayu
hehe… kat sini siap ada kenduri kahwin yg guna konsep kuning, kat mana tuh, jangan bagitau eak…takut kena serbu FRU….tetamu digalakkan pakai baju kuning….kita pakai tudung kuning jer lah haha….
Jom terjah post menarik dari kakza ..koleksi Hilyah- Terhad (Sale)
“halangan” bersih mesti dihapuskan, kami perlukan ketelusan dari semua pihak…
usah “berselindung” dengan agenda peribadi, jadikan ianya benar2 bersih dari segala aspek…
semoga intan tidak lagi menjadi perisai manusia kepada uminya lagi…hak anak muda utk bersuara harus didengar…
amik kau tetiba bagi ceramah…haha
Jom terjah post menarik dari Twit N View ..@MyMetroMall Tawarkan Peluang Memenangi iPad 2 PERCUMA.
tasuke …tasuke…tasuke… 😈 dengan komen berunsur provokasi ini…. 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Murid Tadika Dijadikan Tebusan Di Muar ( Di Kemaskini )
siapa yg kembang siapa pula yg mengecut…
mama kujie ambil gambar menyorok blkg intan plak tu mcm nak sorok apa yg kembang jer…hehe
sikit hari lagi sama tinggi dah intan dgn umi dia..
Jom terjah post menarik dari Twit N View ..@MyMetroMall Tawarkan Peluang Memenangi iPad 2 PERCUMA.