Malamnya suami balik kerja dengan tiket untuk ke F1 di Litar Sepang . Jadi kami main Rock Paper Scissors untuk mencapai keputusan… Kami bukan saja nak tutup lampu guna kaedah ini.. he he he…
one… two…soommm!!!!
Keputusannya: saya akan ke Semenyih dengan Intan, suami akan tengok F1 dengan Angah. Masalah kedua…perlukah bawa kereta berasingan?
one …. two… sommm….!!!!
Keputusannya : saya keluar AWAL dan hantar pelumba² tersebut ke litar. Hampir 1 jam saya memecut ke SIC yang telah direka oleh arkitek terkemuka dari Jerman, iaitu Ulrich Merres.
Sampai di simpang tiga, ke kiri Banting arah ke kanan Nilai. Saya ambil arah ke Nilai. Saya terus memandu walaupun saya tak pasti di hadapan saya jalan yang perlu saya ambil. Sampai satu peringkat saya melihat papantanda “Bandar Baru Salak Tinggi”. Pengetahuan geografi saya bukanlah cerdik sangat tetapi saya pasti itulah check point saya seterusnya. Saya membaca semua papantanda jalan di setiap simpang. Jangan takut untuk sesat kerana tak mungkin kita akan sesat dan muncul di Vietnam ….paling jauh masih dalam Selangor. Ayat penyedap hati tu, konooon!
Saya memandu diselekoh, melalui kampung² yang sunyi dan satu tempat saya terjumpa kandang kuda. Saya berkira² untuk bertanya orang arah yang betul untuk ke Semenyih tetapi semakin saya jauh memandu tak muncul seorang makluk pun di tepi jalan. Saya tak pasti berapa jauh saya memandu…akhirnya saya berasa di simpang tiga lagi.
Kiri ada singboard Sek.Men Teknik Sepang…haha…!! sekolah Along. Tepi di hentian bas saya berhenti bertanya seorang pemuda arah yang betul ke Semenyih. Arah yang ditunjuk dan gerak hati saya memang selari. Saya terus memandu tetapi terdetik dalam hati untuk berpatah balik ke asrama Along tetapi saya berniat mencari ATM dulu kerana saya tidak mempunyai wang yang secukupnya.
Sampai ke simpang tiga lagi. Saya ambil arah ke kanan dan terus memandu sehingga melepasi simpang yang sepatutnya saya ambil ke arah kiri ke Semenyih. Persimpangan tersebut tidak mempunyai papan tanda (sila ambil perhatian Jurutera JKR kawasan Bangi..he he he ). Sedar² saya sudah berada di hadapan stesen komuter Bangi.
Pusing balik barulah dari arah Bangi terpacak papantanda untuk ke Semenyih. Saya memandu sehingga tiba di Semenyih Sentral…huhuhu..gempaQ tu nama!.
Masih awal untuk saya ke rumah Ks. Saya masuk The Store dan membeli barang² dapur. Selepas terapi bershopping, saya berpatah balik untuk melawat Along di SMK Teknik Sepang dengan lebih konfident kerana saya telah mengdownload dan save peta arah yang betul.
Saya sampai ke asrama Along dan…surpriseeee….!!!!!! bestkan kalau ibubapa datang tanpa dirancang . Hepi giler dia…saya pun hepi kerana saya lihat dia makin serasi dan tiada masalah di sekolah ini.
Selepas zohor saya bertolak ke Semenyih semula. Kali ini perjalanan saya tanpa was-was!
Memandangkan ini kali ke dua saya berkunjung ke rumah KS, saya tiada masalah untuk mencari jalan dan rumah walaupun saya langsung tidak ingat nama jalan juga nombor rumah. Kali pertama dulu saya bersama kawan² dari Teratak Santai
Di pintu masuk saya berselisih dengan YB Gombak, En. Kunadzri Walau itu pertemuan pertama saya tiada masalah untuk mengecam beliau kerana gambar poster beliau ada terpampang di blog. Dari dalam rumah saya sudah terdengar suara si dia ini. Selama ini kami cuma bercakap di talian tetapi kali ini berdegup kencang jantung saya untuk bertatapan buat pertama kalinya. Saya mengenali beliau lama dulu melalui novel yang dihasilkan. Saya memiliki novel² beliau.
Alangkah gembiranya kerana akhirnya saya dapat bertemu dengan Norzailina Nordin! Rupanya bukan seorang malah saya berpeluang bertemu dengan seorang lagi novelis Alaf21 iaitu Lily Haslina yang juga berjiran setaman dengan Ks. Saya adalah pengunjung tetap Pesta Buku dan nampaknya tahun ini saya boleh mencari ramai novelis dan mungkin terpaksa memindahkan berpuluh² novel saya untuk ditandatangani..ha ha ha…
Tidak lupa juga seorang kenalan lama saya di alam maya Pokcik Mersik khabarnya akan berlegar² di Pesta Buku tersebut. Jangan lari tau Pokcik..saya dah tengok gambar Pokcik.
Eh…!!! Saya ada kelas puku 9.00 pagi , tak sempat nak tulis lagi jadi klik saja link di bawah ini dah ikuti kisah selepas itu di rumah kawan² yang lain ye…
Tengok gambar Uncle J, gambar bawah sewaktu kami berkunjung pada bulan Ogas 2007 dan gambar atas pada Mac 2008.
Wah dah download peta area sini yer kak … Iza kerja kat Nilai lah kak Jie..len kali kalau nak shopping Nilai3 bleh arr Iza temankan 🙂
uncle J – petua khir toyo tu ..bkn senang nk dpt!
sy suka baju kotak² tu…country style
kasawari – kakjie kul10 pagi dah sampai sana…polis trafik lebih ramai dr pengunjung..hahaha
sampai sakit2 perut ni tau nengok derang :p
Kak Jie,
tak jam ker ker sepang tu.. saya jam hampir 5 km.. perghhh… mungkin sebab sampai lambat kot..
wah apa rahsia UncleJ tu eh.. saya pun selalu perasan kekotakkan baju uncleJ tu.. he he
saya pakai botox yang di injek dgn khasiat tempe…tu sebab awet muda…hahaha
baju petak saya ada satu gerobok…all colors of the rainbow saya ada…kalau hubby jie nak pinjam pun anytime saya boleh bagi..nak amik jadi souvenir terus pun boleh…..ekekke
neeza– hehehe…tu dok congkil rahsia tu…tp belum dapat lagi…pengerasnya ciskek..hehehehe
ooo kakjie tau tanjung sepat tu..kakjie pernah dok Banting 6 bulan.
Selalu p litar sepang tu….aktiviti dgn keluarga
Rio – Sy nk tegur dia ttg baju kotak² ni hari tu..tak sempat…
Awet mudakan UJ..itu belum setahun tau..he he he..
ks – tu la..mmg payah nk jumpa sorang makhluk pun kat situ….sy kalau minyak penuh… kredit kat Smart Tag ada sy tak risau nk memandu area mana pun..hiks!
Bila dah jumpa abg ptg tu, dia tegor gak…uikk..jauh berjalan..sampai minyak dah abis…
tak perasa ye…uncle baju kotak² yg awet muda tu :p
bp – bab makan tu tak dinafikan lah…he h ehe
kenyang perut suka hati…
puterisatu – dr serendah – sepang – semenyih – shah alam..hihihi…:p
kena minta alaun lebih dr MB ni :p
muadz– derang lumba kt litar..kakjie kt jln2 kampung..tatau itu la 1st time lalu.
maksu – tak yah risau….undang2 jalanraya kat mana2 pun sama..ikut je..hehehe
zie – cupcake tu kakjie pun tak sempat nk rasa..dia dtg lewat sgt..perut dah penuh..issshhhh….sengaja kot derang tu dtg lewat..hihihih
mmg best..kakjie pun dah jumpa ramai…kawan2 maya
zino -selalu…kalau nk selesaikan masalah..heheheh..terutama siapa yg perlu tutup lampu time nk tido…:p
ita – time mcm tu..makan tak sgt..sonok bersembang…
tu ayam bini tuan penganjur yg bawa…hehehehe
lily – hahaha..biasalah jemputan sana sini..:p
arin – tu yg terlepas simpang je tu..hehehe
Jumpa-jumpa kawan sambil makan-makan itu yang seronoknya… 😀
Wah…boleh shopping kat the store pastu patah balik sepang pastu dtg balik semenyih….jauh tuu! petrol tak mahal ke?…hehehe.
Rasanya yg yg jie ikut nii…jln Bangi lama…jln kampung….jln tu boleh tembus ke rumah unclej dan nilai3, tak ramai yg tau jalan tuu…respek ler!
unclej mmg suka baju kotak2 yer..tak perasan lak sy (^_^)
Jie.Kini ku sudah kenalpasti si pamang petak petak.Setia sungguh dier ngan empat segi.Pak Khir Joyo udah perturun ilmu kat UJ ker? Awet muder semedanggg… Rio.
Hahaha!! haah la Kak Jie, dia nampak muda.. tempe kot… errr.. botox… errr vitamin C… errr.. nanti Kak Jie tanya ye.. hehehee..
Neeza kalau dari rumah mak mertua nak ke Sepang F1 tu, dalam 1 jam je ikut Sepang sebab mak mertua neeza duduk di Tanjung Sepat, Banting :)). Tapi tak pernah tengok F1 kat situ pun… tengok kat tv aje… hehehe..
aiyyooo…ciap men osooommm lak dorg neh..hehe
cup cake tuh comel
cake tuh plak..mengiurkan
hehe..
pssttt…syokkan bile geng2
tenet neh mule berkumpul rramai..
=)
fuhh… saya baca pun macam saspen ler.
kakjie cam pelumba F1 ajer…seb baik sampai..kira terer ar tu..kalo saya..kompom dah smapai banting…hiks
jaga diri…
amboi melawat kawasan lagi la akak zie ni….memang cam YB tul aar…
See please here
Sure kak jie membawa kereta seperi mamat F1 jugak ke?
wah wah wah kak jie ..
bizi berjalan ke sana ke mari …
banyak btol xtvt nya ..
datin jie skang sangat busy yer
🙂
wah jalan sakan ye kak..sdp nmpk ayam tuh..
main osom osom lagi ke? hehe