Kunjungi Booth Buku @LejenPress di #msmw2012 Tetapi Tak Jumpa #retis
Blogger

Kunjungi Booth Buku @LejenPress di #msmw2012 Tetapi Tak Jumpa #retis


Awal minggu ini saya berpeluang menghadiri Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ataupun Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012) yang menghubungkan ramai pengguna media sosial di negara ini dan luar negara. Program ini dianjurkan oleh Social Media Chambers iaitu organisasi yang menyokong penggunaan media social yang beretika dengan sokongan dari pihak Kementerian  Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Saya mendapat pas delegasi dari hazrey.com dan majlis dua hari ini berlangsung di Dewan Dewan Tun Dr Ismail, PWTC .  Kalau tidak kena bayar untuk 2 orang rm 600!  Terimakasih daun keladi hazrey.

Penceramah adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Thailand, Jepun, Indonesia, Afrika Selatan, India, Singapura dan Malaysia.

malaysia social media week sesiapa dalam gambar, sila tag diri sendiri…

Forum seperti ini bagus kerana ianya dapat mewujudkan idea baru yang interaktif, meningkatkan pengetahuan dan berkongsi satu rangkaian dengan pengamal media sosial.

Walaupun saya bukanlah jemputan untuk memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman di atas pentas, tetapi sekurang²nya saya berpeluang bercerita mengenai blog dengan tetamu di meja makan atau  sembang santai sambil menikmati minum petang.

100% rakan baru yang saya temui kurang mengetahui dan memahami bagaimana blog, facebook atau pun twitter boleh menjadi medan pemasaran mudah yang berkesan dan pantas.

Apa yang awak tulis?  Bagaimana entri yang dihasilkan di blog boleh mencapai sasaran yang dikehendaki? Bagaimana membina network?

Kebanyakkan mereka membincangkan kelebihan Twitter dan Facebook untuk masa depan, nampak macam kita agak ketinggalan bila membicarakan tentang blog.  Sesiapa yang belum ada akaun Twitter, cepat bukan akaun dan jangan lupa follow saya @kujie

tweetdeck Hashtag #msmw2012 dan @msmw_2012 akan keluar pada skrin besar di dalam dewan… hai  @anarmnet!

Ini adalah beberapa isi penting yang diperkatakan oleh pakar² pengamal media yang menarik.

 

 To be successful in social media, you also need to know the rules and laws applicable. Be wise #msmw2012 @SECMalaysia:

Testimonial is important in social media. When people trusted you, they will follow what you did #msmw2012 @Khairykj

Social is open the door for the new democracy, and can be the important channel for politicians #msmw2012  @stephendoss

On gushcloud, everytime you share, download app, etc, you will get rewarded and you can redeem the money through paypal #msmw2012 @vincenthaky

Social-media tech allow a far wider of people to take part in gathering, filtering, and distributing news #msmw2012 @AnasZubedy

The most important of having social media platform is how we engage with our customers instead of number of fans #msmw2012  @pradeepchopra

The difference between mainstream video and online video is we have more opportunity to generate more creative content #msmw2012  @MurrayNewlands

Technology and tools must be applied and measured against specific goals with an understanding of audience behaviours #msmw2012 @vJayByrne

Social media is not only about media concept, but it’s also about social concept #msmw2012 @andrewspooner

terimakasih @raconteur_ID

Selain daripada berforum dan berbincang, di ruang legar ada beberapa booth pameran berkaitan dengan sosial media dan gajet sosial yang disediakan oleh pihak penaja.

 

BOOTH KEDAI BUKU LEJEN tak jumpa #retis pula kat sini…kalau tidak boleh minta sain!

gushcloud @vincenthaky sedang memperkenalkan gushcloud – akan tulis topik ini akan datang

  •  berpeluang bergambar dgn selebriti tweetjaya – @AidaSue , @karrotgold dan @namiacinta
  • tajuk entri  gaya social media

Saya akan tulis beberapa lagi input dari #msmw2012 dari masa ke semasa – terlalu banyak hingga perlukan masa untuk menghadam dan memproses maklumat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Kunjungi Booth Buku @LejenPress di #msmw2012 Tetapi Tak Jumpa #retis

  1. Pasti mengasyikkan nie. selain itu banyak manfaat yang dapat kita peroleh darinya seperti memperoleh ilmu2 baru
    nice share Kak Jie

  2. kak jie.. kalau ade info pasal perumahan.. please bog out ye. nak beli rumah la. tak boleh berlengah lagi. umur makin kecut ni. hehehe.. jangan lupe cc kat saya kalau ade publish pasal info perumahan.

    1. cuba try buka pakai sepanar confirm terbuka hati tu huhu..gurau jer..heheh sesaja nak gurau sebab lama tak berborak dalam blog kakak kujie kita nie huhu

  3. wau semua orang hebat hebat tu kak jie..sekarang twitter dan fb orang guna untuk majukan bisnes,berbaloi memang berbaloi kalau kena cara dan usahanya..tapi kalau kita buat untuk mengharap tapi tanpa usaha..memang tak berbaloi tu hampeh jadinyer

    1. cuba sambungkan twitter ke facebook terus..guna aplikasi ..memang best..baru dapat aktif…bila kita update status twitter, status facebook akan di update sekali

Comments are closed.