Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua teman pembaca.
Mula-mula dapat email ini , pelik juga. Rasa terguris hati sebab perkara yang dihighlightkan membabitkan soal agama.
Kemudian saya terfikir… dia belum beragama Islam, mudah untuk kita terangkan kenapa apa yang diminta tidak boleh saya lakukan.
Kalaulah yang mengirimkan email itu seorang Islam, keadaan menjadi payah untuk saya terangkan.
Nampak beza di situ. Kita lebih mudah menenrangkan sesuatu yang membabitkan agama kepada orang lain daripada seseorang yang sejak lahir beragama Islam yang pada anggapan kita dia sudah tahu dan maklum tahu.
Nota : Nama pengirim email ini berkemungkinan menunjukkan beliau belum Islam mengikut adat budaya negara kita. Kalau adat budaya negara lain, nama tidak menentukan agama seseorang. Bertukar agama tidak semestinya perlu menukar nama. Nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak semestinya di dalam bahasa Arab
Bila orang belum beragama Islam menilai pemakaian tudung dari sudut seperti ini, mereka tak salah. Dia tak baca Al-Quran, dia tak wajib atas apa-sapa saja perintah ibadah agama kita. Tetapi bagi kita, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam.
Dari pandangan kehidupan sekarang, kita sendiri yang membentuk perspektif pemahaman kepada masyarakat kaum lain. Cuba lihat sekeliling, ada banyak kecelaruan mengenai perkara ini berlaku. Jangan salahkan orang yang tak faham kerana kita sendiri yang memberi pemahaman seperti ini kepada penganut agama lain.
Sebenarnya penganut agama lain boleh saja menerima apa yang kita terangkana apabila membabitkan agama dan mereka cuba menghormati. Saya biasa mengikut event yang biasanya diuruskan oleh orang bukan beragama Islam. Tidak menjadi satu masalah pun sepanjang perjalanan apabila meminta untuk berhenti solat Jamak sewaktu perjalanan jauh.
Pengirim email ini mungkin membuat pemahaman seperti ini setelah melihat keadaan sekeliling beliau bagaiman ada perempuan yang biasa memakai dan menanggalkan tudung mereka mengikut keadaan bagi membolehkan mereka melakukan sesuatu yang ditegah. Buat undang-undang mengikut kesesuaian sendiri.
Jika kita mengaku sebagai seorang Islam, tahulah bahawa Islam itu addin. Addin itu cara hidup yang meliputi seluruh kehidupan kita di dunia bukan sesetengah yang kita pilih sahaja.
Marilah kita sama-sama menjadi contoh yang sepatutnya kepada rakan berlainan agama.
Astaghfirullah al Azeem al-ladhi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum wa atubu ilaih
teruskan kak jie dakwah tentang islamnya…
semoga kak jie jadi contoh bagi muslimah seluruh dunia. Amiiin..
memula baca tajuk terkejut..hehe.. dah baca baru faham maksud tersirat.. sikap orang kita yang terlalu memudahkan yang mudah menjadikan ada pihak yang tak faham dan tersalah faham.. ya.. menjadi tugas blogger jugak secara tak langsung menerangkan sesuatu dengan lebih baik dan jelas.. terima kasih kak jie..
Setiap orang kena main peranan jelaskan isu ini. Ada ramai orang Islam pun tak kisah tentang tudung ni.
Alhamdulillah ada blogger macam Kak Jie. Macam manalah mereka nak faham tentang Islam. Drama-drama di tv pun pelakonnya pakai tudung macam biskut. Mungkin ini peluang yang Allah sediakan untuk Kak Jie berdakwah.
Ilmu itu hak alim ulama, tapi berdakwah itu hak semua orang Islam. Nabi SAW ada berpesan, “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.”
Jika ada seorang manusia mendapat hidayah melalui kita, ia adalah lebih baik daripada mendapat unta yang merah. ‘Unta merah’ nilainya adalah seumpama mercedes hari ini………
diorang x alert sensitiviti tu Kujie…
mereka ni tak tau ke ade perkara yang tak perlu disentuh? dah la terus direct email ke kak ku jie, huhu.. hmm.. entah laa..
Kemungkinan ada antara kita sendiri yang kurang sensitif memberikan contoh yang kurang baik kepada teman bukan islam. Maka tidak hairanlah kalau perkara sebegini terjadi. Sama dengan kes, kalau nak kerja kena buka tudung.
mungkin dia hantar email secara umum kot dan tak sempat nak detect siapa yang pakai tudung ke tak. Tapi dalam pada masa yang sama kita boleh terangkan dekat diorang pasal agama kita.
kalau lelaki tak perlu mention pakai tudung ke tidak
kalau untuk non muslim pun tak perlu
kalau orang yg pakai tudung je dia mention tak nak tudung
email direct di tulis – hi Ku Jie
dia bukan salah 100%, dia tak faham… so kita kita kita ni yang perlu bagi pemahaman
perkongsian pengalaman yg menarik k.jie..
Alhamdulillah. Dapat peringatan utk sama2 kita fikir dan hadam sama2.
Saya tak nafi, bukan Islam sendiri jadi keliru sbb kita sendiri yg kelirukan mereka. Mmg mereka yg biasa bergaul dgn rakan2 Islam lebih mudah diberi penerangan.
Terima kasih kak jie
tak fikir sensitiviti agama langsung yer deme
Pemahaman yang berlainan bagi yang sememangnya hidup dalam budaya Melayu dan biasa dengan Islam, mungkin dia sejak dari kecil tidak terdedah dengan Islam juga tidak mengambil tahu soal2 agama lain. Cuma bagaimana cara kita nak terangkan kepada dia agar dia faham.
Ada pengalaman berbincang dengan rakan bukan Islam terhadap hukum hakam agama kita. Biasanya saya lebih suka bincangkan perkara asa iaitu mengakui Tidak Tuhan Melainkan Allah terlebih dulu sebelum bincangkan suruhannya.
Ertinya perlu kenal siapa Tuhan sebelum bincang larangan dan suruhan. Biasanya lebih mudah begitu dan mereka mendapat kefahaman kenapa Tuhan yang begitu Agung itu wajib diperhambakan diri.
ada yg xfaham dan ada yg faham..tapi lagi teruk kalau org muslim sendiri yg buat2 tak faham
setuju dengan hafiz. mungkin mereka kurang sensitif sebab ada sesetengah org yg tak kisah. jadi dia fikir kita adalah salah seorang yg jenis tak kisah tuh….
Kalau bukan islam mmg ok kalau dia tak faham. Kalau sebaliknya, something wrong in somewhere laa.
dia jahil. jadi..tak leh 100% nak salahkan diorang..
sebab tu, kita kena didik mereka.
saya setuju kak jie.. kadang2 lebih sukar nak terangkan hal begini pada org islam sendiri berbanding yg bukan islam.. sbb yang halal dan haram itu jelas.. bila ada orang tanya saya.. kenapa si polan si polan buat begitu begini boleh. saya senyum dan jawab.. di sekolah ada peraturan.. tapi sentiasa ada murid yg akan melanggar peraturan bukan..?
Kalau wanita islam yg kurang iman,mesti terima.Tengok contoh produk langsing,mula2 bertutup litup,pakai baju pun longgar.Bila dia dah slim,perghh pakaian, tok lebai pun buleh cabut serban silap haribulan 🙂
share dilemma dyh..
dyh pnh join satu event.. lepas event blogger dijemput makan.
tapi kedai tu terang terang jual arak.. waktu tu blogger di serve dgn pizza.
kedai mcm tu dah tentu takkan dapat sijil halal.
dayah ragu ragu dengan ayam daging dan minum setitik air pun tak sanggup sebab glass sharing dengan arak dan air minuman ringan.
pendek cerita.. ragu ragu buat dyh taknak makan.
then Chinese yg handle tu Tanya kenapa xmakan?
dayah kata kedai nih ada arak,saya org islam.
then Chinese tu kata, pizza tu semua pork free..
tu..ramai blogger islam melayu makan okey..
dayah serba salah masa tu.
mcm mana nak terangkan bila rakan seagama sendiri tgh sedap menelan pizza pork free…
🙂
diorang yakin halal..
tapi yg ragu ragu mcm dyh nih tak boleh makan sebab jatuh hukum haram.
bila dyh bgtau mcm tu…Chinese tu blur blur tak faham.
yg dia faham… melayu islam lain makan okey je…….
dilemma.
sori dayah..saya bukan menyokong orang yg minum di kedai yg ada menjual arak.. tapi minum air dari bekas yg diisi arak adalah boleh. sebab arak bukan perlu disamak bagai. ianya haram bila diminum. tapi minum air yang dah dibasuh dari bekas arak tak haram..
pada saya, kalau ada concern begini.. lebih baik dari awal menolak dari jemputan event begitu. jangan sampai kita memberikan info yg salah pada orang bukan muslim.. maaf kalau terkasar bahasa. sekadar memberikan pandangan..
Kewujudan arak di kedai tu dah mengambarkan yang kedai tu tak kisah tentang halal haram dan menimbulkan syak terhadap kehalalan produk lain di kedai tu. Pork-free tidak secara otomatik menjadikannya halal.
Jangan kita longgarkan kepercayaan kita semata-mata nak “go with the flow”.
sebab tu saya kata.. kalau dah syak, tak payah join event yg pergi ke kedai macam tu.. saya cuma menegaskan bahawa air yang gunakan cawan yg buat minum arak tu tak haram. dan jangan memberikan info tak betul pada org bukan muslim yg tak tau..
hai kesoma.
dayah tak tau event tu akan provide makanan dari kedai mcm tu..
event u dekat sunway pyramid..
kalau dyh tahu event tu sediakan makanan mcm tu dyh mmg tak joint.
🙂
salah dayah tak Tanya details masa tu.
lesson learned.
Yup.. Pengalaman untuk masa depan. 🙂
Ni mesti Yun Nam kan kak Jie.. ermm.. tu la mungkin mereka tidak faham lagi mengenai hal ini..
kalau kak jie blurkan tu , ada sebabnya
tak berapa elok utk sebut yg mungkin membabitkan perniagaan orang
kita fokus pada isi email tu
dah boleh jadi pendakwah bebas ni hehe apa pun akak setuju dgn kujie
hah.. kak siti
bukan isu negara pun, isu biasa-biasa yang kita anggap remeh sebenarnya
sering nak salahkan org tak faham sedangkan kita sendiri yg buat org keliru
Alhamdulillah.
Terus teringat betapa Rasulullah begitu mulia akhlaknya. Sbb dgn akhlak yg baik, senang nak tunjuk keindahan Islam.
ramai merungut pasal tudung tak bertudung, terutama time nak kerja. saya kasihan kat wanita-wanita Islam kini. boleh pula main buka tudung. hmmm
Kadang2 mereka ini kurang sensitif.,,