Ko da feymes bole lah cakap…
Blogger

Ko da feymes bole lah cakap…

Sebenarnya bukan semua blogger lama menulis blog untuk  SEO, ranking, trafik atau pun earning.  Bukan semua orang berada di tempat mereka semata² kerana trafik tetapi kerana kreadibiliti mereka yang tersendiri yang dibina bertahun² dengan sabar bukan sekelip mata.

Jenguk keluar dari ‘bawah tempurung’  dan lihat di luar sana ada ramai blogger lama/ senior yang berada dalam kedudukan yang hebat tetapi menulis secara diam² tanpa riuh rendah soal ranking soal trafik.

Kebanyakkan mereka menjadi penulis blog sejak tahun 2000 (majoritinya tahun 2004).    Nama² hebat seperti Ladynoe, Tokrimau, Saharil Conteng , Melayu Minimalis ( atp) , Pnut, Pakcik Mersik, Dr. Azwan, Dr DBI, Sinaganaga , Nekcun , Rudy Bluehikari , Rush Murad, Sue Anna Joe, Emila Yusof, Belladonna , Kahuna, Epal Hijau , Cob Nobbler ( sekadar menyebut beberapa nama ) bukan berada pada kedudukan mereka dengan ‘membeli ‘ pelawat, tetapi atas keaslian blog yang tersendiri.

Kebanyakkan mereka PR 4 ! Penghormatan yang diterima bukan mereka pinta tetapi lahir dari pengiktirafan khalayak yang menghargai.

Masalah trafik, popular atau ranking segala bagai ini hanya muncul setahun dua ini saja, bukan di zaman saya yang konservatif.  Mereka yang otai² seperti diatas itu tidak pernah pun sejak dulu buat benda² macam tu.

Jadi, sekiranya kita berada dalam kelompok yang nak cari ranking nak kejar nama hebat,  jangan anggap semua orang pun menulis blog dengan tujuan yang sama seperti kita.

Saya sangat hormati blogger senior seperti diatas yang sentiasa bersederhana dalam segala segi.

contoh komen balas apabila ditegur.

Sebelum buat tuduhan semua orang  seperti awak, sila selidik dulu biodata atau track record seseorang blogger dan lihat susah payah beliau bertahun² mendaki dengan sabar, berhemah dan beretika.

orang pintar boleh memancing tanpa umpan, orang yang bijaksana boleh memancing tanpa joran…tetapi kedua duanya boleh dipancing dengan wang…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

77 thoughts on “Ko da feymes bole lah cakap…

  1. setuju jugak dengan kak jie..dulu masa saya awal-awal blogging n ada juga terasa buru follower apa sume tu..dah lama,rasa benda tu tak berguna pun bahkan makin melalaikan kita..for me right now,blogging sebenarnya dapat improve kualiti penulisan kita disamping kita berkongsi maklumat.
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Blackrosehunter’s 1st Giveaway [sticky]My Profile

  2. Maklumlah newbie, bila ditegur kadang2 memang begitu.
    pengalaman sy mula berblogging bermula tahun 2008 dimana sy berblogging adalah kerana ingin belajar & minat yg tinggi.
    Tetapi selepas 3 tahun, dunia blogging bertukar menjadi dunia income, wow!! malangnya apabila kita berblogging kerana wang, bukan atas dasar minat lagi, pasti akan tersungkur nanti.

    Disebabkan itu juga sy telah berhenti berblogging selama beberapa bulan bagi mencari semula minat untuk berblogging ni.
    Sy perlu bermula dari bawah semula, menjadi seorang newbie dlm dunia blogging.

    terima kasih atas artikel ini.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Paksu-IT ..Restore Firefox Default Setting About:ConfigMy Profile

  3. Awal tahun 2000 menda camni tak wujud pun tapi masih menulis. Cuma akhir2 ini terlalu ramai yang memperkatakan bab ini. Nanti penat juga mengejar tu sebab takkan terkejar. Kualiti & identiti faktor utama untuk mengekalkan sesebuah blog. :mrgreen:

  4. Blog saya sekarang ini pun masih merangkak; trafik dan penulisan. Trafik takkan datang tanpa usaha dan kerjasama. Kualiti dan identiti sesebuah blog juga memain peranan penting untuk menarik trafik sebanyak mungkin. Sabor jelah. hehe!

  5. sebenarnya tak de tegahan pun…. nak jadi apa , nak buat apa dgn blog masing2, cuma dlm kes yang kak jie bincangkan ini adalah kita mesti sedar, jangan syok sendiri dgn komuniti sendiri sedangkan di luar sana ada ramai lagi blogger yang bukan hari2 nak kisah ttg apa yg kita kejar.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR My Profile

  6. Jangan salah faham tentang entri ini…….baca dan lihat bukan topik nak kejar trafik ke, nak cari earning ke yang kak jir fokuskan…

    Kak Jie fokus pada mengetahui bahawa dalam dunia blog ini bukan hanya ada blogger tentang topik seo, earning , trafik sahaja………. jadi jangan anggap semua blogger yang berada sekarang buat apa yang mereka buat ( cara tidak beretika mencari kedudukan )
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bulan Si Kaloi Yang MontelMy Profile

  7. Seperti yang Kak Jie tulis dalam entri ini, ianya bergantung kepada ‘tempurung’ mana seseorang blogger itu berada………..sebab itu kak jie cakap KELUR DARI BAWAH TEMPURUNG dan jengok ke luar sana

    Menuntut ilmu kena cari guru yang betul…… kalau guru seo, ranking, earning yang awak ikut, selamanya itulah bahan/topik yang disuap setiap masa.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bulan Si Kaloi Yang MontelMy Profile

  8. Trafiic, ramai blogger sekarang memang taksub dengan traffic, kadang2 saya pun sama..

    Tapi bila pikir, mana ada jalan singkat, semua blogger otai naik dengan sendirinya, kerana blog mereka berkualiti dan mempunyai identiti sendiri.

    Bila blog kita mempunyai kualiti tersendiri, traffic akan datang tanpa dipaksa..

    Kan kak kujie kan… hehhehe ;p
    Jom terjah post menarik dari Fauzi Nor ..Adakah blog anda memerlukan ROI?My Profile

  9. Bulan Ramadhan nih Kak Jie dah marah-marah. Blogger tak akan boleh ditegur susahlah kalau mudah melenting. Jangan berhenti mencari dan belajar kerana ilmu ini luas.

    -Ada blog komennya rendah tapi trafiknya tinggi kerana teknik seo
    -Ada blog komennya boleh tahan tinggi tapi trafik rendah kerana yang komen adalah dari kelompok yang setia
    -Ada blog ada kedua-duanya

    Mana satu pilihan kita. Tepuk dada tanya selera

  10. hehe. sy tak nak salahkan sesiapa. tapi istilah2 traffic ni blogger baru tahu daripada siapa? mereka yang otai juga. tutorial2 menaikkan traffic, pelawat dsb. ditambah lagi dengan fenomena duit dari iklan seperti nuffnang dsb. tu yang makin ramai blogger2 baru. diorang belajar2, kemudian praktis demi mancanakkan nuff misalnya.

    saya tak setuju dengan beberapa komen di atas. “dulu2 saya tak macam tu pun”. hehe. kalau camtu tiadalah peribahasa ‘bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’ kan.

    dengan puluhan ribu blog2 di Malaysia sekarang, mmg sukar kalau blog secara diam. mereka mungkin ada idea, hujah tapi apa kesannya kalau didiamkan. kadang2 penulisan mereka jauh lebih kritis daripada blog2 yang pandai main SEO. susah nak bersaing sekarang. mungkin sesetengah drpd mereka terpaksa main cara kotor.

    maaf kalau komen ni tak sependapat dengan blogger2 otai yang lain. tak menyebelahi sesiapa. sekarang sy sgt selesai sebagai pihak berkecuali. sekadar menyuarakan pendapat. salam Ramadhan Kak Jie sekeluarga
    Jom terjah post menarik dari ub3y ..Mengapa Mereka MurtadMy Profile

  11. rasa macam nak bebel lagi.. untuk entri ni. memang ade terbaca komen tu pada sesi lepas. nak ulas panjang.. agak tak terkesempatan. cuma pendek kata.. lantak kau la nak buat ape.. untuk aku.. aku memang tak selesa kalau aku dipergunakan untuk ranking blog orang lain tanpa kerelaan aku.

    sebagai contoh, bertahun aku bina dunia aku dalam bidang blog. fokus pada penulisan.. kadang-kala ok.. kadang kala sampah. bila aku rasa… aku menulis macam sampah.. aku sendiri malu nak suruh orang komen.. kalau ade orang komen.. aku segan nak reply semula..

    cume dari seingat aku.. aku bermula dengan beramah mesra dengan owner blog. cuba masuk dunia mereka… bukan paksa mereka masuk ke dunia aku. adat la nak berkawan.. kita yang nak kenal orang.. takkan nak suruh orang datang salam dengan kita.. so perkara ni agak mudah…

    dah la tu… jap lagi merepek membebel. lastly.. kalau nak berjaya dalam bidang penulisan blog… bina kridebiliti bermula dari bawah iaitu dengan KOMEN. Kalau stakat komen melepaskan batuk kat tangga… baik jangan buang masa, jangan buang kederat menaip dengan perktaan:

    “Eh ye ke?”
    “Tak tau pon…”
    “Betoi… betoi… betoi…”
    “Tau tak pe…”

    Gile kau.. sikit punye panjang owner blog taip.. itu je kau mampu komen…
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Ayam² Nara 2011 – Alhamdulillah… Semuanya berjalan lancar.My Profile

Comments are closed.