Ini kisah Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network sebagai siaran tertunda. Blogger lain buat live update, saya baru nak bersiaran. Apa nak buat, lepas acara saya terus bercuti ke Gambang Waterpark, Kuantan, kemudian mak dan ayah ikut ke rumah. Semalam dah hantar mak dan ayah balik kampung, adalah masa untuk beronline.
Alasan kedua – bandwidth bulan lepas hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, dua kali down dalam sebulan adalah satu berita tragis bagi seorang blogger. Nak berjimat bandwidth terpaksalah tunda entri ini ke bulan Februari.
Pada hari majlis berlangsung, saya dan Intan keluar dari rumah tepat jam 12.30 dengan harapan kamilah yang terawal. Rupa-rupanya tersalah pilih jalan. Sepatutnya saya menggelak untuk melalui Selayang ( Jalan Kuching ) kerana sambutan perayaan Thaipusam. Terlupa dan tak ingat. Saya tersangkut lebih 1 jam dari depan Pasar Borong Selayang hanya untuk membuat pusingan yang jaraknya kira-kira 1 Kilometer sahaja.
Pukul 2.15 saya berjaya melepasi kesesakan dengan membuat pusingan di bulatan jejantas . Saya berpatah balik semula ke Rawang dan memasuki Lebuhraya LATAR , kemudian ambil GCE (Guthrie Corridor Expressway ) dan ke Lebuhraya Persekutuan. Hanya 45 minit, saya dah sampai di perkarangan Hotel Singgahsana , tempat majlis ini berlangsung.
Di pintu masuk dewan, sudah terdengar acara telah bermula. Melangkah saja memasuki dewan…wow! meriahnya. Ramainya blogger, cantik dan kacak²nya mereka.
Kami duduk semeja dengan pemenang terbanyak acara – Cikgu Naman dan isterinya Mrs Fiza . Kan dah cakap , kena duduk sebelah kiri!
Belum pun duduk, kami dah mencari ruang makanan. Lapar tau tersesak-sesak kat jalan tadi. Filet ikan dan udang goreng sangat sedap!
Belum pun nasi tu hadam, dah dipanggil naik ke pentas untuk mini forum.
Inilah satu-satunya gambar dari atas pentas… Dari jauh saya nampak dua AJK WhatsApp Kiah Propa bergurau senda. Korang nampak?
Ini AJK yang paling sibuk sedang bertugas – Anarm . Panel forum yang lain sopan santun saja atas pentas, saya masih nak bertwitter dengan blogger di bawah pentas.
Serius…… saya hilang fokus. Bayangkan di depan saya ada hampir 120 pasang mata blogger memenuhi ruang dewan. Tu belum campur yang ‘bermata empat’, mata hazel, mata hijau, biru… BUkan saja blogger dari Malaysia, malah majlis sepetang ini juga dihadiri oleh blogger dari Indonesia dan Brunei.
Siapa tak mengigil kalau kena jeling dengan Ustaz Effendi . hiks… Jangan marah ye Ustaz.
Terus terang, saya kelu dan hilang semua idea nak bercakap. Bila pegang microphone, dewan sunyi dan hening.
Ini adalah 2 soalan yang dijual oleh Moderator – Abang Ensem
1) Tips2 SEO yang Kak Jie selalu guna sampaikan cerita2 tentang keluarga pun masih boleh berada di page pertama google.
2) Rahsia Kak Jie sehingga dihormati di arena blogging tanahair walaupun jarang atau tidak pernah menyertai sebarang blogger gathering.
Sebelum pergi, dalam kepala dah ada macam-macam point nak cakap. Tetapi bila duduk di depan blogger hebat lain, semuanya hilang. Saya akan jawap dua soalan ini pada entri akan datang dengan lebih tersusun.
Gambar ini diambil dari blogger Pegawai Bank, suami kepada seorang guru – dia bercerita dengan cakar harimaunya di [ SINI ] Yang comel macam panda tu blogger yang terkenal di dalam pasaran hartanah. Baca blog ensem dia di sini – [ Tips and thoughts.. ]
Berdiri sebelah Puan Bee tu Kak Siti, tokei Kedai Kak Siti. AJK anggun yang sibuk ke san sini dengan tugas.
Walaupun Intan adalah blogger paling muda, tetapi blogger paling kecik kemetot tu DJ Mia dari radio online WorldWide Symphony FM. Yang berdiri tudung pink tu Sha pemilik blog Never Ending Story
Ada seorang blogger 4 series ( sama level tu ) yang saya tak berani bergambar berdua. Tagline dia perlu muka serius dan buat-buat masam sedangkan saya ini sentiasa manis… hiks! Tak perlu diperkenalkan lagi kerana setahun ada 365 gambar muka dia dalam Self-Portrait Daily
Blogger lain ramai yang update kisah sepetang ini, mari kita terjah dan baca … baca… baca.!
- Nadot – sempat lagi sesi soal jawap di meja. Tak lepas peluang, kan?
- Blogger yang ramai anggap dia seorang perempuan – laporannya di [ SINI }
- Bapa Abang Koneng pun siapkan juga entri cotat coret Sepetang Bersama Blogger
- Faizal PJ update gambar teruja pemenang bertuah di majlis #SBB2013
- Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dari Blogger Ajumohit
- Nak baca ulasan 10 blogger terbaik Malaysia? Sila terjah penulisan beliau di hafizmohd.com
- Kisah dari blogger seberang – Bang Iwan dengan entri Sejuta kesan
Saya pasti, kebanyakkan blogger yang memenuhi dewan tidak terkelip mata memasang telinga mendengar cerita dari saudara Sani Araby Al-Kahery ( Malaysian Consultative Council For Islamic NGOs ( MAPPIM ) mengenai liku dan pengalaman sebenar beliau di zon perang, Gaza, Palestin.
Lebih terkejut bila nama dipanggil ke pentas untuk dilantik sebagai Official Blogger for Gaza bersama beberapa blogger lain.
Gambar dan cerita dari Shakkido.com
Terimakasih Sam dari ServerFreak untuk hadiah penajaan. Comel je senyuman dia!
Mereka datang sejauh Kemboja dan Indonesia. Gambar dari Blogger Indonesia Dadan Darmawan . Tanpa perlu diperkenalkan, identiti batiknya sudah kita tahu asal mereka. Bangga sungguh kerana di dalam dewan ini terhimpun blogger dari luar negara yang sebelum ini hanya bersapa di alam maya.
Saya minta maaf kalau tak sempat bertemu beramah mesra dengan kesemua blogger di dalam dewan. Mungkin ada yang tahu, saya hilang pendengaran total di sebelah kanan, cuma telinga kiri saja yang masih berfungsi. Saya tidak dapat fokus kepada suara dan bunyi apabila berada di tempat terlalu ramai orang . Mungkin ada yang memangil dan menegur tetapi tidak dipedulikan. Kalau kita bertemu dilain kali, berdiri atau duduklah di sebelah kiri saya ye… atau bercakap dengan jelas.
ternyata yang datang di acara itu juga dari blogger Indonesia ya..
nice share 🙂
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Menghilangkan Noda Pada Mangkuk Toilet
kak jie memang hebat…
boleh dah sebaris dgn lisa surihani ni.. heheh
retis fofular gitew… ahaks
apa2 hal maza rasa terkilan lah pulak tak gi sama.. huhuhu
harap2 next round would be able to join gitew.. uhuK!
intan tu umur berapa tahun ye?
Jom terjah post menarik dari azrijohan ..‘Quran Pen Digital Reader’ Memudahkan Pembelajaran Al Quran Anda
14, lahir tahun 1999
hahaha.. Harus.. Mana boleh lepas peluang tanya macam-macam kepada blogger hebat yang singgah di meja… hehehe
Tq Kak Jie layan dan jawab juga soalan-soalan kitorang 🙂
Jom terjah post menarik dari Nadot ..Aku Tak Mampu Menulis Lagi
rasa macam nak ulang semula masa kan?? betapa meriahnya majlis pada hari itu…
Jom terjah post menarik dari boni kacak ..Berhenti Berblog Disebabkan #SBB2013
seronok dpt jumpa kak jie, wpun sekejap.. lain kali kena duduk sebelah kiri kak jie, baru dapat ipad mini.. hehee
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013
antara entri SBB terbaik..walaupun sy tak dapat hadir tapi kemeriahannya dapat juga dirasai dengan membaca entri2 SBB dari rakan rakan yang mengikuti majlis tu..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Agama hanya ibadah ?
Hebat sekali, disini anda menjadi pembicara juga
Jom terjah post menarik dari Jefri ..Manfaat & Pentingnya Minum Air Putih Bagi Kesehatan Tubuh
wah kak jie
Bagi saya ia adalah perkara biasa perasan gugup itu berlaku. Abang Ensem pandai bermula dengan sesi Ice Breaking @ pemanas badan dengan panel memperkenalkan diri untuk mengurangkan perasaan gugup tersebut.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
As-Salam. Program gini sekurang-kurangnya dapat kenal pasti siapa diri sebenar seorang blogger di balik blognya. Kalau tak, uhh memang habis identiti diri dalam dunia blog ni. Yelah, dunia blog ni pun bukan baik sangat … ada je jarum dan durinya.
Harapan lain kali dapatlah datang majlis seperti ni. Tunggu masuk umur 40 kot ..hehehehe
Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..“Sayang Izinkan Abang Kahwin Lain” – Kata Blogger Ini
Kalau bukan Blogger yg perkasakan Blogger … siapa lagi?? Nak diharapkan orang lain rasa banyak yang ambil kesempatan .. kita tak nak seperti kata pepatah abis manis sepah dibuang.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Blogger Ensem Sangat #SBB2013
yup betul tu 😀 sangat bersetuju… ramai blogger yang ditindas sejak akhir-akhir ni
Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Blogger Paling Muda di Majlis #SBB2013
Mesti nervous bila duk kat depan orang ramai kan? ehehe.. apa pun keep blogging kak jie.. 🙂
mula2 gemuruh lah kan Kak Jie…lama2 ok la tuh…Kak Jie kena bersedia sebab rasanya setiap tahun Kak Jie akan naik pentas bagi talk dalam forum2 mcm tuh…;)
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Bermain Air di Wet World Shah Alam
power dan memang power
Jom terjah post menarik dari sendiriDOTnet ..Remaja Sekarang
Walau ketaq Time tu tapi senyuman kak jie tak lekang di bibir…itu yg buat org x perasan tu dan itu jugalah yg buat org terpegun(senyap sebentar…hehe). Tapi mmg best lah kak Jie..blk terus semangat belajar seo…nanti boleh le Hanny belajaq dr kak Jie gak ye…;)
seronoknya… takde peluang lagi nak bersama kalian…
Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..PEMUZIK MUDA TAK GUNA AKAL SEPENUHNYA
teringin nak join tp baru lg jadi blogger pendidikan
Jom terjah post menarik dari wan_math ..PANAS !! Tutorial cara download bahan² dari portal ini
menanti perkongsian seterusnya Kak Jie bagi 2 soalan yang ditanya.
Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Pengunjung Bertuah Januari Blog My Arrazi
Tak sangka first time jumpa kak jie terus duk semeja..sebelah kiri pulak tu..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Tak Perlu Pakai ‘Nametag’ di #SBB2013
bertuah cikgu. Kira banyak ilmu yang dapat daripada Kak Jie.
Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Pengunjung Bertuah Januari Blog My Arrazi
tak kira… lepas ni kena ambik gambar sama-sama jugak! Baahaha
Jom terjah post menarik dari ~gedek! ..February 1, 2013
ahhaaaa… kak jie memang terbaik.. khusyuk saya nak dengar walaupun si shahrol dok ajak bersembang.. hehehehe..
Jom terjah post menarik dari KiD ..Aku RINDU lagi
intan takde ambil gambar gua kan? selamat. selamat..haha
Jom terjah post menarik dari titan ..Mari Cuti di Malaysia
gambar TITAN dah merata-rata… hehehehe
Jom terjah post menarik dari KiD ..Shakiddo Top Commentator Januari 2013
tabik semua diam waktu kakjie berbagi ilmu SEO bahkan ahli SEO di negara kami pun mengakui biasa membaca mengenai SEO di blog kakjie
Jom terjah post menarik dari munir ardi ..Merekam jejak kesuksesan blogger top di #SBB2013 bagian 2
betul,.. apa yang dik Munr Cakap, kongsi ilmu SEO oleh KakJie sangat bermanfaat.
Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Whulandary Herman Putri Indonesia 2013
Saya sekali tidak sempat ambil gambar dengan KakJie… waktu saya ingat cuman sempat bertukar senyum
Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Inilah Daftar Lengkap Pemenang Infotainment Awards 2013
Moga suatu saat bisa bertemu dengan KakJie kembali.
Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..TRUE HEART
saya sempat juga bergambar dengan kak jie kat luar dewan… saya dengan faiz sekali masa tu 😀 hehe
Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !
Patutnya kena letak perakam suara masa kak jie time forum tue…. p/s : saya adalah jejaka sebelah UNCLE GEDEK tu…. 😉
Jom terjah post menarik dari hazman aka species1980 ..HAZMAN vs FOOD – Mee Udang SALAK TINGGI + Limau Bali Tambun PERAK
part blogger comel macam panda tu buat zie tersenyum…. rugi sgt x dpt join… dan berharap jgk sesiapa yang ada ambil video part forum ni boleh share dgn kami2 yg xdpt join ni…
Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Anak Dara Tidur Tanpa Baju
kalau sy, mau terkucill atas pentas tu kakjie! larikk…. tamau cakapp… hahahhh…
x sabar nak baca tips lepas ni
p/s: amboi kemain AJK Kiah Propa yg bergurau senda itteww…
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #64: Orang moden masih kenal telaga
Nice to know u kak jie.. Banyak perkara nak bertanya + berkongsi
tapi masa jeles sama kita.. next time kita duduk + secawan kopi
cicah biskut Jacob
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Awas taktik mencuri kereta cara terbaru
ehhh.. ada gambar saya dalam entri ni.. tadi macam takde.. tiba2 ada.. pelik ni.. ke tak perasan tadi..
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Menang Hadiah Beg Sandang Giveaway Orendotmy
ha ha ha.. masa ni, kak jie dok shreeet….shreeeet..panggil dia
tapi tak dengart…
p/s – kak jie baru edit, baru letak ganti avatar katup muka kat fb tu :p
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cuti Sekolah Tahun Baru Cina 2013
blogger yang comel macam panda.. hehehe.. masa atas stage tu suara kak jie macam ketar2.. neves kot.. tapi apa yg kak jie kongsikan dlm mini forum tu memang sangat2 memberi inspirasi buat semua.. next time bleh jadi panel forum lagi kot.. kena bagi soalan2 yg lebih mencabar utk dijawab..
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Menang Hadiah Beg Sandang Giveaway Orendotmy
saya nak tanya soalan.. tapi masa balik baru teringat.. hehehehee
Jom terjah post menarik dari KiD ..CPUV ke 3 Nuffnang 2013
Ingat lagi Kak Jie masa mula2 nak bagi talk tu.. Nurul dgr suara Kak Jie macam gemuruh sikit, tapi lepas tu dah ok.. Tahniah Kak Jie.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Nurul ..Blogger SpeakoutLoud Lasertag e@Curve
sempat juga saya snap picture Kak Jie dan Intan kan.
tapi lagi terkejut sebenarnya bila Kak Jie tegur saya dulu.
Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..A DAN B (REZEKI TERPIJAK)
terbaek entri ni!pttlah 4 jam..hehe
Jom terjah post menarik dari Melastik bintang ..Terbongkar Sebuah Misteri – Melastik Bintang
kak jie.. bile nak sain jadi mentor saya dalam dunia blog ni? hehehehe..
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Tip Suntingan: Putarkan imej potret anda secara pukal.
Meriahnya!! tak sabar menanti kak Jie jawab pertanyaan yang diberi.
Jom terjah post menarik dari Man ..Kesan Menonton Filem Lucah
perasan gak suara k jie cam nerves. tp ingat mmg style cakap mcm tu…
Jom terjah post menarik dari sohoque ..Terima Kasih KID
apa tak gigilnya…. baru sampai… makan, telan air, dah ke pentas
lagi pun, itu kali pertama
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Buat Alternate Ad Untuk Innity
Thank kak Jie
Jom terjah post menarik dari Faizalpj ..Sakitnya Apabila Gusi Bengkak
terbaekk Kak Jie.
segan dengan kak jie..huhu
Jom terjah post menarik dari Faizalpj ..Sakitnya Apabila Gusi Bengkak
hehehe ingatkan lambat update sebab nak upload video forum ke.. hehehe
Jom terjah post menarik dari topo ..Teka-Teki Sempena Ulang Tahun Lego yang Ke 55
bandwidth nazak dah topo oi.. kak jie tahan sabar nak tunggu bulan baru :p
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda
ka jie memang hebatlah
Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Janji ditepati
suara mengigil…bergetar , tak tau nak sorok muka kat mana dah
tadah aje… hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cuti Sekolah Tahun Baru Cina 2013
Rasa rugi sgt tak dpt pi. Tahun depan mesti kena buat lg gempak! Hehe
Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..Hidup ‘Simple’
belum rezeki dan jodoh, Insyaallah……… kalau dijemput, kak jie datang lagi 🙂
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Buat Alternate Ad Untuk Innity
insyallah satu hari nanti 🙂
Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Blogger Paling Muda di Majlis #SBB2013
pengalaman baru buat saya namun amat bermakna 😉
Jom terjah post menarik dari ajumohit ..Selamat Mengerjakan Umrah Ibu mertuaku
kak jie biasa ikut event blogger tetapi event kali ini yang paling formal…ngeri bila dok ingat kak jie merapu² atas pentas tu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Titan
oh ini la entrynya yang sampai 4 jam buat tu rupanya..haha..meriahnya la tengok..taksabar nak tunggu kakjie jawab soklan seo tu dalam entry nanty..
ha ha ha.. 4 jam sebab berenti berenti… tak boleh nak duduk lama
lagi pun nak kena siapkan kerja rumah
nanti kak jie jawap soalan tu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf
Alhamdulillah. Dapat bersua ngn Kak Jie dan Intan di #SBB2013. Tak sia2 kami tunggu kat luar dewan utk jumpa Kak Jie…hehehe
Masa sampai tu, dah carik kak jie, tapi tak jumpe2…try tanya Bro Ariff Shah, dia cakap…mesti sampai jap lagi…
Paling kiri, eh…Kak Jie ngn Intan tgh lenggang dari meja buffet…baru nak mula makan…
Mmg antara kenangan terindah di #SBB2013. Terima kasih Kak Jie selitkan link saya =) Terima kasih….
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik Mirza
Kami memang datang lambat…tapi satu dewan tau
inilah kelebihan canggih teknologi.
terimakasih juga sudi tegur sapa…tapi muka lain dari avatar… lebih muda!
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda
Masa Kak Jie berada atas pentas tu,memang semua orang diam,sebab nak fokus apa yang Kak Jie cakap.Maklumlah ramai yang pertama kali dengar suara Kak Jie,walaupun ada sedikit getaran (nervous)tapi kami boleh faham apa disampaikan.
Jom terjah post menarik dari azman ..Review Jangan Baca Buku Ini
Betul tu Bang Man. Kami mmg fokus, siap pusing kerusi utk senang halakan telinga ke pentas =)
Memang tak rugi dapat dengar suara Kak Jie (walaupun ada getarannya), tips blogging mmg best!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik Mirza
korang ni berlebih-lebih tau… bayangkan ahlo forum lain naik pentas diam² penuh sopan santun, kak jie berlambai² dengan blogger kat bawah.
kebanyakkan dah jumpa, kak jie saja, sampai² terus naik pentas, belum bertegur sapa dgn kawan² yg lain
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Buat Alternate Ad Untuk Innity