Kenapa Saya Akan Hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
Blogger

Kenapa Saya Akan Hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

Saya terima beberapa soalan dari blogger. Ini bukan kali pertama, tetapi dulu pun dah pernah ditanya dan menjawap. Ramai yang pelik dengan diri saya sebagai seorang blogger. Mereka cakap, saya  kurang dilihat bersama komuniti blogger tetapi selalu tersenarai dalam senarai blogger popular, blogger terbaik, blogger entah apa lagi..saya pun tak pandai nak definasikan. Mereka selalu nampak blogger yang sering disenaraikan itu berada di mana-mana dan kerap muncul dalam majlis² blogger.

  • Kenapa Kak Jie tak join aktiviti blogger lain?

Ada, saya ada join juga tetapi agak memilih.  Saya seorang isteri, ibu dan ada keluarga di sebelah suami juga diri sendiri.   Saya ada anak remaja . Suami saya bekerja di luar daerah, tak tinggal bersama.  Jadi saya perlu menjaga diri supaya tidak menimbulkan fitnah atau kata-kata orang.  Kita tak boleh nak cakap ” abaikan cakap orang selagi kita buat benda betul ” sebab saya tinggal dalam komuniti manusia bukan dengan burung, ayam itik,  kura-kura atau ikan jaws ( erk..ada ke ikan jaws ).  Walau pun benda itu betul tetapi bukan keperluan, saya juga perlu elakkan.

Cuba bayangkan perasaan pasangan kita yang jauh dari segala keseronokkan ( duduk jauh dari keluarga bukan keseronokkan tambahan lagi nun di tengah hutan Tasik Kenyir ).  Cuba bayangkan perasaan pasangan melihat kita yang ditinggalkan seronok bersuka suki bersama rakan-rakan.  Ini bukan soal kepercayaan, rasanya kami telah melepasi garis saling mempercayai setelah mengharungi perkahwinan lebih 21 tahun.  Ini adalah keadaan ingin berkongsi rasa sebagaimana dia keseorangan di sana.  Menunjukkan rasa belas atas rasa kasih dan sayang.

Bila saya hanya menghadiri sesuatu perjumpaan blogger, itu bermakna ianya istimewa.

Saya akan hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013  #SBB2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada 26 Jan 2013 .   Majlis ini cukup istimewa kerana dipenuhi dengan pelbagai aturcara yang bermanfaat.  Nak tau kenpa ianya istimewa, klik untuk mengetahuinya di sini –   Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

blog popular malaysia 2013

Senarai ini diambil dari – sumber

  •  Kenapa jarang nampak Kak Jie bersama blogger senarai popular lain?

Ini soalan susah nak jawap.  Saya selalu berhubung dengan ramai blogger tetapi mungkin tidak di blog.   Saya tak punya banyak masa untuk berblogwalking dan bersosial di talian supaya kehadiran saya dapat dilihat dan dikenali oleh ramai blogger.  Saya bukan muda, dah 40 tahun lebih.  Cuba bayangkan mak-mak korang mengadap komputer dan bersosial sana sini dalam talian?  Macam tulah saya… saya ada kehidupan yang perlu diuruskan.  Saya ada tanggungjawap Fardu Ain dan Fardu Kifayah dalam kehidupan realiti yang patut diberi keutamaan.

Kerana itulah, saya cuma menghasilkan entri dan tinggal.  Nak membalas komen pun sangat terbatas kelapangan.

SpongeBob SquarePantsNak luangkan masa tengok SpongeBob SquarePants lagiiii………… huh! Dah tak tengok Kdrama dah, bosan.  Pelakonya itu itu juga, plot drama pun itu itu juga.  Merapu meraban macam Sinetron juga, cuma beza pelakon comel lawan putih melepak saja.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Kenapa Saya Akan Hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

  1. kak jie….ekekekekekekhuarghhuarghhuarghhahahahahaha… boleh bayangkan tak dayah gelak kuat kuat sekarang nih….org leka baca entry dia…tiba tiba ending nak tgk sponge bob…! muahahahakakakak…..betul betul dayah gelak…akak nih mmg boleh masuk super spontan tau..haha..

    dayah byk lagi nak kena belajar nih…nak jadik terbaik macam akak…!

  2. mmg dah register dah..tgh fikir nak gi ke tak..nak gi ke tak!!!. Nak gak kenal gan Kujie, HH, denaihati,dan ramai lagi lah…tapi saya ni ada penyakit sikit…penyakit malu nak jumpa org, payah kan!!…aduhaiii..

  3. takde rezeki nak jumpa kak Jie kali ni. saya sendiri ada majlis lain yang perlu dihadiri atas urusan ‘saya yang menurut perintah’ – bakal bertemu Timbalan Perdana Menteri di SMK Sungai Besar.

    tapi takpe, 2 org rakan saya akan turut serta ke sana. harap2 mereka dapat bergambar dengan kak Jie nnt. hehe!

  4. tanyalah blogger mana pun, especially yang dah lama menulis blog. nak mengadap blog selalu, memang idaklah. hehehe…layan spangebob lagi da bomb! :p

  5. tak dapat ke sana kerana masih lagi belajar di Maghribi. Insya Allah, kalau ada rezeki tahun depan, insya Allah akan datang.

  6. komitmen sy utk ngadap blog, komputer, dll. ni pun sebenarnya agak terhad.. tambah plak memegang jawatan “bekerja dari rumah” ni… agak mencabar, ank2 kecik2 lagi… nak join gathering2 lagi laaa x bernasib.

    dan kebetulan tarikh itu pula kami nak fly……………………………..
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Apa itu Perak dan GCPMy Profile

  7. Ada beberapa soalan yg selama ni menari2 kat kepala ada jugak terjawab =)

    Takde nak komen lain selain setuju dgn kenyataan kak jie yg ni;
    “Ini adalah keadaan ingin berkongsi rasa sebagaimana dia keseorangan di sana. Menunjukkan rasa belas atas rasa kasih dan sayang”

    Sedang berusaha utk hadirkan diri juga ke gathering ni…
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  8. susah nak join, sbb anak2 kecik lagi, takut terganggu pula majis..
    majlis sepetang ni pun, en suami kata nak pergi, jadi tgh fikir2 sebarang altenatif utk anak2 ni.. nak soh suami g sorang2, dia pulak tak nak..

    ** saya faham perasaan kak jie, suami dok jauh, apa pun tak kena..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Review Buku | Badiuzzaman Said NursiMy Profile

  9. perkhh..

    saya juga begitu kak jie.. skrg ini terpaksa memperlahankan segala gerak geri dlm berblog.. terutama saya masih seorg pelajar.. uhuk! sibuk dgn assignment dan projek paper..

    baru sahaja lepas menghantar paper kursus, tetapi di dlm hati bergelora..huhuhu

    harap2 result mengancam! uhuk!…

  10. yer..nanti tangkap gambar ramai2 ye.

    saya join sbb saya pun blogger walaupun saya akui saya ni jenis pendiam tidak banyak cakap serta tidak punya banyak idea utk bersembang.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Dulu Tiada PTPTNMy Profile

    1. sebenarnya hal kesihatan pun juga… kena kurangkan masa di depan komputer utk mata dan tulang. dah tak sesuai utk org berumur mcm kak jie

Comments are closed.