Blogger

Kalau kita pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Kami sedang makan malam, tiba-tiba

Intan : ” kenapa orang main tenis tu dapat 1 point, biasa je tak melompat-lompat macam orang main bola dapat 1 gol ?”

Mama dan Abah : ” erk…erk…… Nak garu kepala tangan sedang menyuap nasi.


Saya tak terfikir langsung hal macam ini pun boleh melintas di fikiran dia.

Mungkin rasa gembira lebih seronok jika dikongsi beramai-ramai seperti satu peribahasa Sweden ‘ Shared joy is double joy, and shared sorrow is half-sorrow’.

Sebab itu agaknya orang tak sambut harijadi seorang diri…. kalau boleh mesti ingin diraikan bersama orang-orang tersayang.

Hari ini, saya juga ingin berkongsi kegembiraan  dengan semua kawan-kawan yang sentiasa setia menjadi pengunjung blog ini – pagi ini balik dari kelas saya dapat kejutan kiriman cenderahati yang tidak mungkin mencederakan hati dari Beijing.

Terimakasih Iza untuk Green Tea , Jasmine Tea dan sicomel maskot Olimpik Beijing 2008.

©Kujie ~ Orang yang paling dekat itu juga yang paling jauh dari memahami kita kerana mereka selalu berfikir mereka mengenali kita sama seperti kita yang dulu sehingga mereka tidak sedar kita telah berubah pada hati juga pada pendirian…

19 thoughts on “Kalau kita pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

  1. sebab bola sepak, ramai2 kejar satu bola. sebab tu bersorak ramai2 bile gol :p hahahha

    mama, sedih ah pagi ni T____T tba2 rasa hati sensitip sgt pagi ni! )_*^$!!

    1. @yonna, alahaiiiii comelnya pagi² dtg cari ketiak mama ni… :mrgreen:

      mama nk g kelas dulu ye…kul 11 blk nnt kita tgok apa yg boleh mama buat…tinggalkan je offline msg kt YM

    1. @kruel74, oooo main golf tu bola kecik….tak pernah bersorak :mrgreen:

      tapi main guli……riuh sekampung

    1. @mrs azmi, kita org dewasa ni…otak dah tepu…yg berkarat pun ade…tu yg malas nk fikir2 mcm tu..apa yg kita tgok…itu je

  2. sebab main tenis tu..pemain nya lari half court je..
    so bile dapat mata, ilek2 suda..
    tapi kalau main bola.. pemainnya lari full court.. n court nye pulak bedar gedabang..
    so bila dapat mata… bermakna untuk bersorak tu..
    huhu…
    ~mengarut je..
    .-= Azah´s last blog ..Sejauh Mana Setianya Aku (Part 3) =-.

    1. @Azah, wahhhhhhhh..betul le ni

      contoh lagi mcm main bola keranjang ye…. :mrgreen:

      kena catit dan ingat jawapan ni..sok2 sapa2 yg ade anak kena serbu dgn soalan2 maut mcm ni…boleh le digunapakai

    1. @TokNabe, jawapan tak mcm tak memuaskan hati dia…ade jawapan lebih logik utk budak 10 thn tak? ❓

      1. @Jie,
        Kak jie… boleh tak kalau kita cakap “Bola tu pemainnya ramai, sbb tu excited lebih. Tennis tu main sorang atau dua org je, tak de lah excited sgt.”

    1. @chal, Mcm tu le..ade link…. cara nk promosikan diri..hehe

      dengar dek intan, bergedik je dia :mrgreen:

Comments are closed.