atau jadilah anonyMOUSE!
Kalau anda seorang blogger mesti jumpa patlima ratus kali blogger buat entri dan mengucapkan kata –
kalau berani jangan baling batu sembunyi tangan
kalau betul2 nak tegur, kena ikhlas, ada identiti
setakat jadi anon je beranilah
Saya selalu baca entri blogger yang membenci Anoymous yang memberi pendapat tanpa identiti. Itu semua cuma cakap untuk mengalihkan isu sebenar. Itu cuma cakap sekadar menulis ayat . Percayalah!
Kalau ingin berterus terang, jadilah Anonymous!
Kredit: Colin Hawkins
Kalau tidak peribadi kita, siapa kita akan diungkit dan dibalas tanpa memahami isi ( POINT ) yang diulas. Dan anda akan dicop tidak profesional kerana menulis komen.
Saya sokong Anonymous! Anda bijak kerana melindungi diri sendiri dengan menulis pendapat.
Paling mudah, tulis tanda sokongan dengan sebaris ayat manis atau anda di suruh berdiam. Anda bukan seorang yang profesional kerana menulis komen ‘tidak seperti yang dikehendaki’.
Semuanya hipokrik, minta pendapat tetapi bila pendapat tidak seperti yang diharapkan, anda akan dicemuh dan dikeji atau dijaja di kalangan blogger sebagai seorang yang tidak baik. Walaupun apa yang dikatakan oleh Anonymous tu adalah kebenaran, tetapi kerana rasa ‘diri betul’ anda mencipta seribu satu alasan lain untuk mengalihkan ‘point’ yang kena setempek kat batang hidung!
©kujie – “POINT‘ yang diminta.
betul betul betul beribu-ribu kali betul. Tak semua org leh terima teguran itu normal
Jom terjah post menarik dari Khairul Zamri ..Wordless Wednesday 78 : 8 Years Already
Mungkin ada yang nak menegur kesilapan tapi tak berani sebab takut mereka berkecil hati, jadi suarakan pendapat/teguran sebagai Anon.
Tapi komen tu biarlah sedap membaca, bukan menyakitkan hati kan..
Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..WW : Pewaris No 7 dan 8
Salam,
Saya tapis setiap komen…maklumlah, bukan menderupun orang datang komen. Kalau Anon yang komen tu ok je komen dia, saya lepaskan je. Paling penting jaga susila dan tak maki orang lain. Kalau ganggu gugat keamanan sejagat, delate je terus.
Orang yang suka sembunyi sembunyi ni orang yang tak yakin diri…
Sebab terlalu yakin diri, saya selalu je tinggalkan komen kat banyak entri kak jie, tapi akhirnya…rasa termalu sendiri. Nasib baik tak komen merapu meraban, lagilah tak tersoroknya muka kan 😀
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bajet 2011- Banyak Tak Bonus Untuk Penjawat Awam
Jadi anoy kdg2 ada baiknya,apabila sesuatu komen/pendapat yg hebat…pengomen ambil langkah,low profile je.,jadi anoy yg sengaja nak mencetuskan provokasi memang tak bagus. 👿
tepat sekali..kita kena sedar walau sehebat mana kita, kita kena terima teguran kalau teguran tu niatnya baik…bukan kita nak kukuhkan pendirian kita je tanpa mengabaikan orang lain..salah macam tu…be nice to people on ur way up becoz u’ll need them on ur way down..saya selalu igt ayt tu…ayt tu la buat sy pkir untuk tidak jatuhkan seseorg
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Majlis Perkahwinan Sheikh Muszaphar Shukor
sy tak kisah org nak kata apa..ruangan komen tmpt untuk kemukakan pendapat masing2…manusia ni otak dia tak sma..sebab tu kita ada politik yg berbeza..mazhab yg berbeza…masing2 ada hak bersuara..tp kadang2 silap…silap tu bukan nak kata salah, tak..dah silap perbetulkanla..tak salah…bukan nak jatuhkan dia lg…itulah peribadi manusia sebenarnya..asal dari perkataan insan yg maksudnya pelupa…renung2kanlah dan selamat berfikir 😆
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Majlis Perkahwinan Sheikh Muszaphar Shukor
yang tak adilnya, kgkadg anon ni komen macam berlagak profesional. so at least kalau dia bukan anon leh gak kita tau sebenarnya betul ke dia tu profesional dlm satu2 hal. atau pandai cakap sajork. huuhuu
Jom terjah post menarik dari nursarah puteri biru ..Nuffnang pun setuju dengan background biru Hahah!
Jdi anon lau tegur yang membina takpe, yang maki2 x boleh terima tu..
banyak yang tak bagus anonymous ni. banyak disalahguna. kalau komen guna akal fikiran, orang tak kisah sangat. bila komen ikut emosi dan berniat nak jatuhkan pemilik blog rasanya tak perlu diambil endah sangat anon nih
Jom terjah post menarik dari ariff ..Tutorial Penggunaan WordPress Plugin All in One SEO
Walaupun anonymous tapi rasa tak best gak.. sebab nanti mesti kena marah sbb tu malas nak provok2 .. baca je.. tak suka blah..
tak salah untuk mengomen~
tak salah jadi anon~ walaupun pada hakikatnya aq memang benci anon~ wahaa!
tapi~ bila mengomen~ gunalah ayat yang elok~ ayat yang manis~ walaupun kena sedebuk~ tapi at least ayat tuh cantik~
tapi kalau dah kuar ayat maki2, yang memang langsung tak cantik di pandangan mata si pembaca apatah lagi si pemilik blog~ memang mengamuk r dia…
memang ade anon yang okeh~ pernah gak baca entry2 blogger yang memuji anon sebab beri komen yang memberangsangkan~
sebab setuju gak ngan kata kak jie yang anon nih berterus terang~ tapi majority anon nih menghentam sesuka ati tanpa membaca betul2 apa yang cuba disampaikan oleh si penulis.
Aq siyes lebih suka orang tegur aq secara terang2ngan~ sebab dengan adanya teguran kita boleh maju kehadapan~
tapi biarlah teguran tuh bersusun cantik~ bukan teguran yang ke laut. hehehe
p/s: sekali panjang lak komen nih~ wahaa!
Jom terjah post menarik dari kaizen ..PeMaNDu KeReTa JaNGaN JaDi SaMSeNG
hehehe~
sokong yea kak jie?biase la kan, bukan semua orang suka kt blog kita..so dgn cara jdi anon tuh,boleh la dia kritik kaw2 pnye. Puas agaknye dapat tgk blogger tuh naek darah.
Kita amik positif jek, tuh la lumrah seorang blogger kn..
lagipun klu nk kritik pakai identiti sendri..takot blogger tuh tk dpt terima..
Jom terjah post menarik dari nabiel ..Apa Yang Ada pada 101010
salam kak jie,
agaknya.. yang selalu marah dek orang ialah ayat menegur tu.. kalau tegur baik2 tak kisahlah cik ani atau cik mouse pun.. mungkin takda masalah..
Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Janganlah menjadi mimpi ngeri hendaknya
hmmm… sy belum pernah lg nak cari fasal atau tercari fasal dg benda mcm nih… harap2 kalau nak tegur tu tegurlah.. jgn asyik main belakang je…
Jom terjah post menarik dari Mohd Hafiz ..Make Money Online – Bidvertiser
Sebagai manusia.. memang lah kita sukar terima kritikan. Kalau bab pujian tu, semua suka.
Tapi, sayangnya ada juga yang suka2 guna Anonymous untuk komen yang bukan2 dengan tujuan menyakitkan hati.
Jom terjah post menarik dari pala.maldini ..KENAPA AKU SELALU PENING KEPALA
kalau wordpress susah sikit lah kan kak jie..dan kalau orang tu adalah pengkomen tetap kat blog tu kalau dia jadi anon susah sebab ip dia kita boleh detect
Jom terjah post menarik dari ishak ..Apa yang istemewa pada maher zain
selagi mana komen itu memberikan kesan yg positif, apa salahnya kita mengambil teguran tersebut, kecuali teguran anonymous tu saja nak mencetuskan provokasi dan sebagainya…baik abaikan
Jom terjah post menarik dari mijie ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan
Tuan punya blog sepatutnya tengok isi komen, bukan nama sipengomen. Kalau kita tulis blog mengkritik orang, bersedialah untuk dikritik…kan?
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How to increase your Alexa traffic ranking
Konsep tuntutlah ilmu walau di mana sahaja, dan terimalah teguran walaupun ianya datangnya daripada musuh, kerana hanya dengan sifat ini kita boleh memajukan diri kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi, termasuklah penulisan blog.
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Hujung minggu bertandang lagi
ada baik dan buruk jadik anon nih.. kalau yang berfikiran positif akan menerima teguran tersebut, kalau yang tak boleh terima akan kena hentam balik..
Jom terjah post menarik dari eiman ..Peristiwa Menarik Pada Tarikh 101010
dunia penuh hipokrik
gua juga dalam dunia yang serupa
gua jadi MOUSE baiki labu 😈 😈
Jom terjah post menarik dari Leon ..Masih Dia
kalau cakap benda yang betul pun kena tembak
baik jadi anon
boleh gelak-gelak tengok semua orang naik angin
hahaha gua suka
Jom terjah post menarik dari Leon ..Masih Dia
Identiti seseorang tu perlu dijaga. Kalau kita beridentiti, salah cakap terus orang tembak kita. Hahahaha
Jom terjah post menarik dari Ayie ..Kisah seorang gadis melayu yang terlanjur
Takde anonymous tak ceria la dunia blog…ekekeke 🙂
Jom terjah post menarik dari Azrul Hisham ..Ops Lepas Geram @ The Mines Shopping Fair
belum pernah komen dengan anon status sebab tak cukup masa nak ke sana sini mengomen
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Nine Proven Website SEO Tips
ada kala komen yang ditulis berdasar salah faham , jadi kalau dapat dijejaki, boleh kita membetulkan persepsi salahnya terhadap kita, tapi kalau dah anon… payah juga
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..sewajarnya
kadang² boleh jadi annoying mouse bila menegur cara mengeji/mengutuk
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Mengawas atau mengajar subjek PMR
haha tiba2 ada entri sokong anony 😆
rasanya nak buat sesi mengkritik blog la. sebab tak pernah ada kritik 😥
kak jie je hari tu ada pasal seo 😆
Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..Masalah Chromium 8 Yang Menjengkilkan
nak jadi anon la kat blog kakjie lepas ni, pastu nak ngorat intan 😛
Jom terjah post menarik dari blowie ..Apabila Jejaka Hilang Punca
wow anonymous… gyahahahahahha~ nice topic kak jie…
Jom terjah post menarik dari syahirul ..Pelajar UTP kantoi tipu Utusan Malaysia
saya pernah jadi anon, cuba tegur org dari segi hukum agama. maklumlah, kita ni bukan ustazah. nak bagitau sape diri sbenar pun segan…
last2, kita jugak yg kena hentam. “konon ustaz tunjukla diri sebenar” katanya org tu…
hmmm…sedangkan nabi pun berdakwah secara sembunyi2 pada peringkat awal..
dorang tak nak terima point kita dan cuba tukarkan isu yg ada. anon ke tak anon, pokoknyo kalau point kita dorang tak suka, sama je kena hentam. so, untuk selamat.. jadilah anon.
😀