Jom Intai Dalam Rumah Student Perempuan
Blogger

Jom Intai Dalam Rumah Student Perempuan

Tengok keyword tu? Saya tak pasti lelaki ke perempuan yang cuba nak intai bilik anak dara orang ni. Rasanya lelaki kot… hehehe

Zaman saya sekolah dulu duduk dorm 30 orang – ada katil 2 tingkat dengan almari je. Lepas SPM terus kerja. SPM Gred 3 mana layak nak masuk universiti. Dulu-dulu mana ada kolej berkembar ke kolej universiti ke, kolej swasta ke atau IPTS. Masuk universiti, maktab atau pun jadi nurse.  Zaman sekarang tak perlu pergi keluar negara, ada kampus cawangan universiti luar negara.

Masa kerja duduk rumah bujang sewa apartment di Seri Muda Shah Alam. Awal tahun 90’an Seri Muda tempat jin bertendang. Bas pun susah nak dapat. Apartment lot tepi 2 bilik air, tingkat atas tanpa lif sewa sebulan rm 300.00

Zaman saja tiada handphone berkamera dan blog pun belum bersenyawa untuk dilahirkan.  Jadi kebarangkalian nak ambil gambar bilik ‘anak dara’ masa tu kecil sangat walaupun rakan sebilik saya technician kilang Canon.

Saya pun teringin juga nak tengok keadaan dalam bilik rumah sewa pelajar-pelajar perempuan..mesti ramai nak tengok, macam mana le bilik pelajar perempuan kita, kan… kan……..jom kita intai

mari kita tengok siapa yang kena!  Kita suruh anak-anak dara cun melecun ini jawap tag tunjukkan gambar dalam rumah/bilik mereka:

1 . Miss Lolly Aka Luvfareda – antara gadis paling popular di GB yang sentiasa menduduki carta Profile Popular .

2. aien~ – pemilik blog yang hensem? Wah kekeliruan di sini. Tapi tak apa kita intai bilik dia untuk pastikan kromosom dia XX atau XY. Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

3. Cik Dayana – erk..kenapa nickname tak gedik macam girl lain? Tapi blog dia comel seswei dengan identiti dan usia. Bunga -bunga berkembang setiap ceruk taman.

4. Innz – Diari Budak Malas . Budak malas zaman sekarang ada follower blog ratus-ratus, ada blog 4-5 biji, ada fanpage Facebook , ada earning Nuffnang berkepuk-kepuk..wah…power budak-budak malas sekarang. Saya tak ada semua tu mesti kategori tahap Super Saiyan malasnya.

5. Nana Farhana. Awek UNITEN yang hot..hehehe Mari kita intai rahsia hati bilik seroang awek Uniten

6. Fana – Baru berusia 23 tahun pada 16 April lepas. Moga ditetapkan iman, sihat tubuh badan dan kerahmatan dalam perjalanan hidup seterusnya.

7. Fida Aishah Gadis kacukan Orang Pasir Mas Salor yang sekarang bekerja di Brisbane , Australia. Mak dia memang warganegara Australia. Pandai bermain gitar, menulis sajak dan puisi juga melukis.


“Fida… Tuhan selalu jaga orang cantik dan baik..kan..kan..kan…”

8. ecar – header dan sidebar adan macam-macam tetapi tiada info tentang tuan blog. Eh..dia dah ada selfhostedlah…ada domain sendiri ecar182.com

9. Bellarossa – pelajar Pergigian tahun akhir di Vinayaka Mission Dental College, Salem , India.

1o. Liyanaa Pelajar UNISEL

Semua gadis pelajar ini saya dapat dari Geng Blogger – Silahlah kemas bilik sebelum snap gambar ye…hehehe

Kemudian silalah buat satu entry dengan gambar dalam rumah tu….

EDIT : Gambar bilik anak dara yang sudah diupdate – woah! Mari kita intai

  1. Ecar
  2. Aien
  3. Nana Farhana
  4. Fida Aishah
  5. Bellarossa
  6. Miss Lolly
  7. Innz

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

71 thoughts on “Jom Intai Dalam Rumah Student Perempuan

  1. jap2.. nak gelak lagi bleh?

    hahhahaahahahahahahhahaha kak jie… tuh budak malas yang moden…

    wakakkakakaka

    innz: haaaaa… dah kantoi dah bilik ko oleh kak jie… wakakkaka
    .-= Post terbaru kaizen ..NuFFNaNG MeTeReD @ 8SeN (o.O)y =-.

  2. baru terperasan entry nih.. salah sorang ialah sifu aq… innzninety… wakakkaka
    .-= Post terbaru kaizen ..NuFFNaNG MeTeReD @ 8SeN (o.O)y =-.

Comments are closed.