Lewat malam tadi sebelum tidur, terbaca entri di pihak sana…………amboi bukan main. Tang kita je dia tunjuk kat orang, yang bahagian dia, dia cover.
Tapi…………itu biasalah, kan…. kita biasanya rajin sangat nak ‘buka’ kisah orang tatapi kisah sendiri katup senyap kunci rapat tak bagi orang tau. Tapi percayalah, Google itu bukan mulut tempayan!
Walaupun saya tak bawa kamera , bawa perut saja , gambar ini adalah bukti bahawa mereka dan keluarga mereka pun dua kali lima saje….
*sebenarnya kamera saya yang hilang tu belum diganti lagi~ gambardari telefon saja !
Tuuuudia…sambil mengendong anak . Tengok gambar ini teringat waktu anak-anak saya seusia ini, Along dan Angah. Suami saya pun macam ini jugalah, mengendong, mengelek, mengepit anak-anak.
Seperti Tema Hari Kebangsaan ‘Janji Ditepati’ , sekembali dari outstation di Kuching selama sebulan, @heymijie telah memanggil sidang tergempar mesorat twitter untuk mengusulkan tarikh dan lokasi untuk melangsaikan janji.
Selepas tweet dua tiga ketul, kata putus diambil untuk ke Restoran Nelayan Titiwangsa, lokasi paling senang dan paling mudah untuk dapatkan parking. Tapi…………. tersilap! Rupa-rupanya malam tu ada majlis resepsi perkahwinan . Parking punyalah susah , bersusun-susun.
Hampir jam 9 malam baru kami tiga keluarga memulakan acara ‘stim’.
“Makanlah…… tak payah nak beramah mesra………dah mesra pun ” Tak pandang kiri kanan depan belakang lagi terus saja acara makan-makan santai ini bermula.
Ada blogger yang bertanya, kenapa saya agak rapat dan selalu keluar bersama blogger Azmanishak dan Muhamad Tarmizi. Sebenarnya kerana saya kenal rapat dengan isteri mereka dan mereka sekeluarga pernah datang ke rumah saya. Saya kenal si Azman tu dari zaman dia bujang sampai anak dah nak keluar 2 orang.
Terimakasih Encik Muhamaad Tarmizi belanja steambot yang sedap , semoga reseki mencucurah² dan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) lagi, kami juga yang dapat menumpang senang…hiks!
Saya tak ingat berapa ekor ketam yang telah berjaya melolohkan diri ke dalam perut , Encik Azman tu sempat kira… tengok sajalah Blog Untuk Orang Dewasa Aje…
No telefon Restoran Nelayan Titiwangsa – 03-40228400/40220748/49/56
p.s – sebenarnya saya fikir tajuk lain tapi tertulis lain..kena edit
wahh..makan-makan lagi..
makan besar nampak…x pandang orang dah
seronok je nampak.. hehe.. dh lama tak ke situ.. teringin pulak bil akak jie ckp ketam ni… hehee
waaah, seronok nye!!
Gathering cara orang muda pun ada juga yang tak ber’huha-huha.. gathering macam ni paling best ! Waktu paling sesuai menaikkan berat badan beramai-ramai.. ekekkeke 😀
berapa banyak event/gathering blogger pernah pergi?
dan tak nak tanya berapa banyak pula yg saya pernah pergi?
Kalau kak Jie, mesti dah banyak gathering secara langsung dan tak langsung yang dihadiri..
Gathering blogger yang dira pernah pergi tak banyak.. boleh dikira dengan jari sebab kebanyakannya mahu merahsiakan identiti diri..
Tapi, kebanyakan gathering yang dira hadiri adalah dari kalangan rakan-rakan kumpulan puisi di facebook.. bulan ni saja ada tiga kali gathering.. hehehe
Adehh ..macam kelakar lak tajuk tu ..ingatkan apa ke bendanya tadi …ini politik rumahtangga namanya ..hahahaha… 🙂 makan tetap makan …. gambaran biasa bagi seorang suami yang ada deretan anak yang bakal mewarisi tanahair ..hehehe
skrg anak2 dh besar, bila tgok bapa2 muda buat mcm tu
teringatlah kami pun pernah lalui masa2 spt itu
Wah masing-masing mabuk sotong + ketam.. best 🙂
Entri sudah macam manifesto kempen pilihanraya lah pula. 🙂
Rock ahh Mijie sambil makan kelek anak he3…
sedapnye makan kak jiee.. hehe
hehehe..memang bila dah ada anak ni terutama kalo yang kecik agak mencabar jugak bila ada acara makan2 kat luar..kalo masa berduet dengan isteri boleh lagi la nak santai2 makan bersama..bila dah ada anak, nak mengendong je setiap masa..tapi bagus jugak sebab boleh suap-suapan ngan isteri..
semoga murah rezeki orang yang bermurah hati tu
wei sedap tul makan steamboat ni, tp paling sedap mkn free ler hehehe
Makan free memang best… hehehhe.. apa lagi yang belanja tu geng kita
saya kunci jawapan ini…hehehehe
orang belanja…………….memandu jauh pun tak pe
*ingatkan program “janji ditepati” tu hehe
amboi kemain lagi korang berdua yer, sambil bagi bola tanggung sorang sambut dan balas balik, takper ada masa nanti mungkin petang ni akan menyusul bola tanggung lagi..buat masa ini simpan dulu dalam memori kad kamera tu dulu
apa2 pun sy ucapkan terima kasih kepada 2 keluarga blogger kakjie dan azman ishak kerana sudi menerima undangan dari kami sekeluarga..
sebenarnya itulah tajuk yang difikirkan, tetapi tertulis lain
mabuk ketam kot…hihihi
terimakasih ye mijie… seronok kalau makan2 dgn kita kita aje…sebab kita kita aje yang faham kerenah dan zon masing-masing
mabuk ketam+udang+sotong hehehe, sama2 kakjie..mmg janji kena ditepati kalau tak hidup tak tenteram selagi belum ditunaikan
sangat setuju, seronok dan kemesraan tu wujud secara semulajadi tanpa perlu dipaksa dan dibuat2, paling penting hanya kita yang memahami tentang zon selesa kita
Seronok betul mendayung nampaknya tu! Dah terjah blog orang di sana, memang meriah tak hengat majlis makan janji ditunaikan tu.
kami 3 family je kt nelayan tu kak long…malam senin tak mcm malam minggu
Hehe. Bestnye kenduri makan-makan di Restoran Nelayan. Gathering macam ni seronok dan puas hati makan steamboat mcm2 ada. Mungkin dah masuk musim org kawen pulak sekarang, mungkin nak langsung sblm puasa akan datang. Suami btau minggu ni, dan minggu depan (7/7) banyak kenduri kawen. 🙂
gathering org ada family ni lain…tak de lah huha huha
sesuailah utk org umur mcm gini…hehehe
janji ditepati nampakkkkkkkkk
kejap. desawa tu apa? dewasa?
bukan main………….nak smash bola tanggung juga ke?
Wah.. Papa Amirul tu nampak bersungguh2 nak tangkap ketam dalam periuk. Heheh
tengah menjala tuuuu
Bhahaha.. amboi pulang paku buah keras nampak. Pantang kita kasik bola tanggung. Terus kene smash tak hengat. Hahaha..
Ape ape pon kan.. rasa ejoi sangat malam tu. Masih terasa di lidah segala sotong dan fishball yang ditelan. Rasa macam tanak berhenti jer. Last last.. buat sesi penutup dengan nasi goreng. Terus exceed limit perut.
Ape pon nak ucap terima kasih kepada Tan sri Mijie kerana blanje.
P/s: saya tak tunjuk gambar saya sebab saya fotografer. Hahaha nanti org kate fotografer syok sendiri. So kalau ade orang candid, memang saya redokan je. Haha…
entri ni dah 2 hari dlm draft tau…. baru tadi je dan nak publish
kita kita ni dah tau limit , zon kita kalau gathering, senang
dah kenal ragam anak masing2…hehehe
kak jie geram kat blog tu, nampak kami saje yg kuat makan…kehkeh
kakakaka.. dah tu… tadek orang nak tangkap gambar saya. nak buat macam mane kan? hahaha