Bagaimana nak tahu kebolehan menaip?
Zaman saya dulu, masing-masing nak kerja ‘gomen’ anak gadis akan mengambil kelas belajar menaip sewaktu menunggu keputusan SPM. Saya ada sijil menaip peringkat permulaan dan menengah yang dikeluarkan oleh Trengkas Melayu Institute yang dipanggil Sijil Sekolah Perdagangan pada tahun 1986.
Memandangkan saya tak kerja ‘gomen’ pandai romen saja, semua kecekapan gerakan jari jemari atas mesin taip sudah berkarat. Ilmu menaip walaupun tidak selancar dulu, rasanya masih ‘hidup’ kesepuluh jari – bukan 2 jari!
Surirumah… apalah sangat yang nak ditaipnya. Blogger pun tak perlu taip laju-laju… tak ada siapa nak tentukan due date untuk publish entri.
Berbalik pada pertanyaan pengunjung tadi, ada laman web yang menyediakan perkhidmata menguji kecekapan menaip. Boleh pilih bahasa pilihan yang bersesuaian. Saya cuba menulis untuk Bahasa Melayu.
349 aksara seminit dengan 55 perkataan yang betul.
Apa lagi, kliklah link ini dan cabar kecekapan ‘senam jari’ saya ! malaysian-speedtest
©kujie – malam tadi mimpi anak sepupu kemalangan jalan raya.. terjaga dalam keadaan mengigil. On pc cari encik Suami yang jauh 10,500 kilometer. Mainan tidur katanya. Tengah nak siapkan entri ni , adik telefon dia kemalangan pagi tadi. Kereta dia kena rempuh dengan pemandu motor, sekarang di balai sedang tunggu pemandu motor datang buat repot juga…tapi tak muncul-muncul. Kedua pemandu tiada kecederaan teruk.
tidak semestinya mimpi mainan tidur kak
Kerja komen blog pun lengguh jari,
Jom terjah post menarik dari digitalproduk.com ..Blog sebagai alat pemasaran dan promosi produk
huhu..saya taip mmg laju tapi byk salah.
huhu~
Jom terjah post menarik dari NoorAfzan ..Blog Awards – Daripada Meo188 dan Ultraman-88
saya taip perlahan jer….huhuhuh kadang kadang je boleh taip laju bila ada tekanan seperti assignment tak siap lagi dan sebagainya…ehehehehehe
Jom terjah post menarik dari zikri ..Bodoh Dalam Pandai
Saya tak pandai menaip laju . Pernah try buat ni , tapi sikit je perkataan yang saya boleh taip dalam 1 minit .
Jom terjah post menarik dari farah ..Ini Penghujungnya Tiada Lagi Harapan Terpendam
pehhh~kak!
lajunyeee~hehehe..
mesti banyak latihan nie~hahaha
Jom terjah post menarik dari Nabiel ..Kreativti Seorang Pengorek Pasir
hanya menggunaka 3 jari masa menaip.. lambat dowh~~ haha
Jom terjah post menarik dari syeragh ..Lawak yang paling lawak aku pernah baca
kujie…
mainan tidur menjadi kenyataan pula ya. alhamdulillah tiada kecederaan.
saya menaip guna 5 jari tangan kanan dan hanya satu jari tangan kiri… tak pernah berguru, itulah padahnya
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Long Bamboo
Bersenam juga, tapi makin tak slim….hik3…
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Jangan Pandang Sebelah Mata
“Memandangkan saya tak kerja ‘gomen’, pandai romen saja , semua kecekapan gerakan jari jemari atas mesin taip sudah berkarat.”
hihihi..dulu masa skolah teknik,mmg ada exam utk menaip ni.Pestu keja pun jadi setiausaha.tp skang ni,jari dah lembab dah kut.2jari ja laju sbb main game.kih kih..
kak jie,kdg2 kita mcm ada sense kan pasal benda2 nk jadi.binatang pun lagi kuat sense depa.dulu masa nk tsunami kt sini,sunyi jaa…burung,anjing,kucing semua tak bunyi..
Jom terjah post menarik dari anis ..Aku – nuffnang dan nurul gersang
gile laju akak menaip
ni dah berkarat punye skill
kalo lom berkarat mau tercabot semua urup kat keyboard nuu 🙂
Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Sample Frozen Food Percuma!
teringat masa gi kelas trengkas zaman dolu- dolu..
sapa2 kerja secretary memang kena ada skill macam ni..
baru laju menaip hehe
Jom terjah post menarik dari Syafrizal ..Awas! Teh tarik dicampur lemak babi
setakat percubaan kali ini maza mendapat keputusan seperti berikut:-
Kamu mencapai 328 markah, jadi kamu berada di posisi 638 dari 22599 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 414 aksara seminit
you mendapat 64 perkataan betul dan
kamu mendapat 1 perkataan salah
**err ada sesiapa nak upah maza menaip ke? heheheh
err surat cinta tak mahu lah.. huhuhu
Jom terjah post menarik dari maza ..Jauh nun sana- lama lagi- dah kecoh satu Malaya dibuatnya
testlah…. tgok mcm mana dulu 😆
bukan salah pun….syukur juga ada tangan utk update blog 😆
kita skrg ni menaip sebab update blog je…tu yg pasal rajin update sebab gian nak menaip…alasan le konon…kehkeh
Mari taip laju2.. kalahkan kak jie
kerja kat opis, hari² kena menaip. melawat blog pun kena menaip, bila jari dah beku kena ekon yg sejuk, slalu ja taip perkataan salah.
Jom terjah post menarik dari ch@ ..Award
ini betul2 jari ketuk keyboard ni
kak jie punyalah sibuk tak sempat nak reply komen, dia dah siap satu entri 😆
kak….. ku da buat entri pasal speedtest neh.. pastuh linkkan akak.. ehehe….. best lak
Jom terjah post menarik dari Jard ..Cara menguji kelajuan menaip anda
maza bermula dengan mesin taip juga..
masa STPM itulah maza mencium dan bergumul dgn mesin taip…
tiap2 minggu ada sahaja assigment…
skrg ni, 11 jari termasuk ibu jari kaki turut bergerak2 sama ketika menaip.. belum lagi bibir diketap.. mahu kejar report utk present depan boss lorr.. huhuh
Jom terjah post menarik dari maza ..Jauh nun sana- lama lagi- dah kecoh satu Malaya dibuatnya
cepat jea kak jie menaip 😛
saya lambat sebab guna sebelah tangan jea .. huhu
Jom terjah post menarik dari zqah ..Gagal Ya – aku memang gagal tapi ini nikmat dari Allah
18 perkataan seminit…
aku o.k…
keta k.o
Kamu mencapai 221 markah, jadi kamu berada di posisi 3034 dari 22257 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 319 aksara seminit
you mendapat 45 perkataan betul dan
kamu mendapat 2 perkataan salah
huhuhuhu
Jom terjah post menarik dari mijie ..Masalah Unidentified network dalam windows 7
Kamu mencapai 297 markah, jadi kamu berada di posisi 1031 dari 22121 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 365 aksara seminit
you mendapat 57 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah.
Ada tiga jari saya “mati” waktu menaip. huhuhu… sebab tak pernah gi kursus menaip. Tapi jari yang tak menaip laks tetap slim… hehehe
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Simpanan hari ini untuk kesenangan anda
owh, nasib baik tiada kecederaan..
walaupun dah lebih 5 tahun ngadap pc hari-hari, skill menaip masih low class. gila lambat terhegeh-hegeh. ekeke
Jom terjah post menarik dari nursarahputeri ..siapa gerangan pengunjung tetap dari south korea sepanjang Julai
syukur takda pape pd adik akak.. kekadang mimpi ade maksud sbnrnya….
Jom terjah post menarik dari Jard ..Cukai-cukai yang kita bayar di Malaysia
memang saya ni slow sikit type2
Jom terjah post menarik dari sharinginfoz ..Jangan Terpedaya Dengan E-mail Bayaran Balik Palsu