Geng Blogger :  Setahun Bersama
Blogger

Geng Blogger : Setahun Bersama

26 Disember 2010 – genap setahun saya bersama GengBlogger

Diam tak diam sudah setahun bersama.  Sempat hadiri satu gahtering rasmi bersama GengBlogger di Putrajaya.

Kerana ingin menghadiri gathering Geng Blogger, saya telah mendedahkan satu rahsia mengenai diri sendiri.  Baca entri Geng Blogger – Face My Fears dan Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia


Ini banner awal Geng Blogger sebelum ditukar selepas diadakan kontest mencipta banner baru.

Rungan di forum pun masih kekal hingga kini walau pun Kong telah berjanji untuk mengubah ruangan tersebut  seperti dalam entri Hari Terakhir Bersama Kak Jie di Geng Blogger

Banyak kenangan yang disimpan bersama Geng Blogger. Saya kerap menerima email dari ahli GengBlogger untuk menyelesaikan berbagai masalah mereka termasuk waktu² Geng Blogger down ( tukar server bulan Mac 2010 ), kena serangan malware sehingga saya keluarkan entri Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun!

Geng Blogger dah tak macam dulu – Itulah keluhan ramai yang saya dengar. Paling ketara ramai blogger sudah tak aktif di forum. Ramai yang bawa diri setelah rasa tidak sesuai /sealiran dengan prinsip masing².

Saya pun pernah macam tu – pernah ucapkan ‘gud bye kong’ kerana merasa sia² keseorangan mendisiplinkan blogger sedangkan kuasa terhad. Saya tak nak kedut seribu dengan masalah tersebut.

Selepas down beberapa bulan, Geng Blogger kembali lagi. Seperti kehadiran saya pertama kali bersama Geng Blogger, niat untuk membantu dan mendidik meluap² dan bersemangat. Walaupun ramai blogger² senior semakin menjauh, saya tetap di sini – macam seorang ibu walau bagaimana pun anak tersebut, tetaplah diterima sepenuh jiwa raga dengan kasih sayang. Pejam mata pada kekurangan dan kelemahan yang ada dan terima seadanya.

Sebelum menjadi blogger, saya seorang forumer yang aktif dan kerana itu agaknya saya faham untuk  membina dan membangun sesebuah komuniti perlukan kerjasama dan persefahaman semua pihak – tak mungkin dengan seorang individu.

Antara entri mengenai Geng Blogger yang agak seksi!

Kepada member GengBlogger – Saya bukanlah seorang yang sempurna dan terbaik, maafkan saya andai ada janji yang telah dimungkiri, ada kata yang menyinggung perasaan atau ada tindakan yang meninggalkan luka…maafkan saya sepenuh hati.

Trivia Geng Blogger

Total member sehingga hari ini – 12,885

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Geng Blogger : Setahun Bersama

  1. Membernya banyak sekali ya lebih dari 12rb, moga2 ditahun ini dan seterusnya makin meningkat dan bertambah besar Kak Jie

  2. Sama lah ketika aktif chatting di MIRC bila tidak sehaluan meninggalakan channel walaupun dihati ini berat.

    Apalah cerita sahabat-sahabat di channel MIRC tentu ada yang sudah berkeluarga.

  3. ruginya saya sebab kurang punyai masa terluang. kalau tak boleh layan forum yang sedikit sebanyak membantu.

    perlu ada kesabaran yang tinggi untuk capai kejayaan seperti kak jie.

    akak tetap mantap!

  4. wah…orang lama ni..anyway berforum memang perlu kerjasama semua…kena ada leader dan follower…hope dapat menyumbang something kat GB nanti

  5. sesekali je masuk join forum sana. rasanya macam pernah baca berita tuh kat paper tapi tak ingat bila, agaknya time blm buat blog lagi kot nih.

  6. Dikatakan setahun di internet bersamaan 7 tahun di dunia nyata. Sebab tu saya rasa nostalgic gitu bila baca pasal “zaman kegemilangan” GengBlogger.

  7. Tahniah. Walaupun saya sudah agak lama sign up Geng Blogger, tapi sukar untuk saya mengaktifkan diri, sebab saya tak nampak jalan nak mencelah. Terlalu ramai, terlalu banyak… adehhh. pening gak.

  8. saya baru join gengblogger. tak tahu pon sebelum ni….susah nak memuaskan hati semua orang dalam satu-satu komuniti…kena saling tolak ansur

  9. mungkin lepas nie, akan lebih ramai berfikiran matang dan berdisiplin di GB. Anyway, bila nak jumpa orang kampung nie? wahahaha~

  10. huhuhu… maza tak pernah masuk forum geng blogers… keinginan membina blog adalah atas initiatif sendiri yg dibantu oleh seorang kawan sekolah. Beliaulah yg memperkenalkan friendster dan maza mula membina blog dari situ…

    setelah kena hasut dan termakan racun.. maza pun berpindah ke blogspot sehinggalah ke hari ini.. hehehhe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  11. teringin berjumpa dgn kak jie secara bersemuka…
    begitu juga dgn mereka2 yg selalu berada d gengblogger 1 masa dulu seperti ariff shah, joe dan beberapa nama lagi…

Comments are closed.