Eh… Ni Kak Jie Ye?
Blogger

Eh… Ni Kak Jie Ye?

Petang tadi saya ke majlis kenduri jiran terdekat. Sebenarnya bukan hari ini, dah bermula sibuk itu ini begitu begini sejak hari Khamis lagi. Kejiranan kami masih akrab dan bergotong royong.

Tiba-tiba dalam ramai umat manusia di majlis tersebut ada seseorang yang menegur saya

” eh…ni Kak Jie ye?”
” Saya Zana, shazana1923.blogspot”

Bayangkan………bayangkan!

Pejamlah mata sekejap untuk mendapatkan bayangan babak ini dengan lebih jelas…hehehe. Aksi terkejut dan peluk peluk.

Saya tak cerita pun hari ini saya nak pergi mana, buat apa dengan siapa tetapi sungguh tak terduga antara tetamu yang datang ke majlis tersebut seorang blogger yang saya kenali. Bukan sehari bukan setahun. Kami kenal secara online lebih 4 tahun. Alhamdulillah jika izin Allah tetap berjodoh juga akhirnya.

Saat berpeluk saat berpisah rasa kasih tertumpah melimpah ruah seperti cokelat di ladang gandum.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Eh… Ni Kak Jie Ye?

  1. bentar bentar.. pejamkan mata dulu.. terus bayangkan…
    .-= Post terbaru jawatan kosong ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

  2. bile pulak peluang saya nak jumpe akak ye!! hehehe
    .-= Post terbaru Elyn ..Birthday Party Hasya. =-.

  3. eeee…malu tau…tah cemane leh tersrbut url blog tah! padehal ckp je la zana dari sekian2 blog kan?? ekeke!

    seronok giler.. sampi teringat2 sampai la nie..

    lom sempat wat entry sbb la nie pun ada sorg terjerit2 kat bawah baru bangkit tido. mcm2 hal!

    err… dah abis rindu dendam ke?? tet!! ekeke!

    shuuweet je kak jie ni..! dari jauh dah leh aim tau makcik lenggang tu kak jie. ekeke!
    .-= Post terbaru Zana ..Terasa Muda… =-.

  4. indahnye bile silaturrahim makin kukuh..subhanallah
    .-= Post terbaru hafizmd ..Malaysia ke Piala Dunia Afrika Selatan! =-.

  5. Ini versi saya pulak.

    “Eh Kak Jie!!” Saya secara tak sengaja jumpa URL Kak Jie bila saya ‘google’ “Check saman trafik online”. Bila nampak kujie terus ingat ini mesti Kak Jie yang selalu saya jumpa di blog Eddie ni. Haa kan betul!! Hehehe…

    Hai Kak Jie…

  6. hohooh saya akan ke LLCT je…tak leh nak terjah dkt KLIA, huhuhu
    .-= Post terbaru mijie ..Selamat berhujung minggu buat semua =-.

  7. kalau teringat drama air mate ni.. mesti ade bunyi jeng jeng jeng… hahahaha….

    P/S: selamat bertemu hari bahagia. dari hari tu lagi nak komen pakai hanpon. tapi mesti error terus terclose browser. erk.. kakjie pakai plugin untuk mobile themes la lepas ni. senang nak komen. kat opis tadek line internet la.

  8. eh eh eh ni kak jie ek? kata kapten kapal flight ‘abang tu’ kat klia esok.. tengok la!
    .-= Post terbaru TMUkmkd ..Kenapa Aku Daftar MillatFacebook? =-.

  9. kecik jer dunia ni kan πŸ™‚

    Tak sabar nak jumpa geng geng blog..

    Memang cute la cara kenal camni.. hahaha
    .-= Post terbaru ann ..Akhirnya aku dapat Proton Saga Percuma… Yezzaaaaa! =-.

  10. salam kak jie,

    alahai baru je terjumpa smula blog kak jie… kak jie da nk ‘berlepas’.

    igt lg desirrindu dhia πŸ˜‰ ?

    saya kembali berblogging kak jie πŸ˜€ bertambah mantap nampaknya blog kak jie ye πŸ˜‰

    smoga slamat pergi n kembali kak jie
    .-= Post terbaru DHIA ..New Update : JS Publishing =-.

  11. hohohoho

    terbaek wooo….

    hehhee… peluk2an gitu ek? hehe…uish.. 4 tahun kenal on9… pergh… lame tuh…
    .-= Post terbaru kaizen ..NuFFNaNG MeTeReD @ 8SeN (o.O)y =-.

  12. eieieie bestnya mama! nasib baik bukan jumpa kat KLIA kan? entah2 sape la esok dpt tgk drama airmata mama live! hahaha
    .-= Post terbaru yonna ..Unknown Number =-.

  13. Lepas zana terserempak kat kenduri kahwin tu, dia sms arin.bagitau tak dapat jumpa arin pon takpe la, dpt jumpa mak teh arin.kak jie yg kenalkan dia kat mak teh arin.heheheh.nanti kalau arin mai serendah, arin terjah kak jie gak la ek?

    1. a’aha… Kak Jie kenalkan Zana dgn Mak Teh Arin… hehe..cute pula bila nak jawap dengan dia org kami kenal melalui blog.

      1. Kujie,
        macam bulan bertemu kawan maya di dunia real ni…
        lepas seorang, seorang lagi…
        .-= Post terbaru Kak Long Mawar Merah ..Kedai kek mana yang harus ditutup? =-.

Comments are closed.