Bukti Bayaran Dari Innity Dan Keputusan Ujikaji Advertlets
Blogger

Bukti Bayaran Dari Innity Dan Keputusan Ujikaji Advertlets

Sepanjang beberapa bulan ini saya telah mencuba program pengiklanan antara Nuffnang, Advertlets dan Innity untuk membuat ujian berdasarkan pengalaman sendiri.

Ini adalah hasil ujikaji saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pendapat ini bebas dan berpandukan pada pengalaman saya sendiri melalui pengiklanan di blog Hidup Biar Sedap – kujie2.com

Innity

Kelebihan Innity adalah kerana kita boleh memilih untuk aktif atau reject iklan yang ditawarkan – Ada 4 jenis iaitu CPC, CPM, CPA dan CPE

Innity telah membuat bayaran pertama pada 11hb Jun 2010. Buktinya setelah saya update buku akaun tadi. Saya tak terfikir langsung itu dari Innity sehinggalah  semak pada  Payment History di laman web Innity.  Bayaran Innity dibayar terus ke dalam akaun Maybank.  Baki terkini juga sudah boleh untuk dicash out.

Advertlets

Selepas 79 hari, bayaran masih belum ditunaikan. Terbukti dakwaan ramai blogger bahawa Advertlets gagal membuat bayaran selama ini adalah betul dari pengalaman saya sendiri bukan berpandukan ‘cakap dengar’ . Advertlets telah mensia-siakan peluang yang telah saya berikan pada entri  Cash Out Pertama Advertlets untuk membuktikan kewibawaan mereka. Saya menanti mereka membuat bayaran pada masa yang tepat supaya saya menulis review yang positif mengenai mereka.

Nuffnang

Tidak dinafikan Nuffnang adalah pengiklan yang paling popular kepada kebanyakkan blogger dan mereka semakin selesa bersama.   Tidak pernah mempunyai masalah untuk membuat bayaran pada waktu yang tepat.

Nasihat saya kepada blogger yang baru berjinak2 dengan pengiklanan di blog, setialah dengan Nuffnang.   Bila dah stabil, baru keluar dari zon selesa untuk menerokai berbagai jenis pengiklanan yang ditawarkan.  Ini adalah pengalaman.

Jangan ikut saya – saya bukan blogger setia dengan sesuatu pihak pengiklanan.   Saya tidak serasi bersama Nuffnang bukan disebabkan bayaran atau perkhidmatan tetapi saya tidak boleh ‘ masuk’ dengan cara sosial Nuffnang. Saya malas masuk kontest, liat nak buat entri puji pujian atau advertorials. Sesiapa yang selesa, teruskan. Masing-masing ada kepentingan yang berbeza dalam hidup ini.

p/s – saya suka tengok Analytics Nuffnang

ManggaAd

Saya telah mendaftar sejak Januari 2010 tetapi tidak pernah mencubanya. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencuba ManggaAd.  Bolehlah saya buat preview untuk blogger lain nanti.

Jom kita aktif bersama!

©Kujie –  iklan banner 125×125  di sitebar akan dihentikan seketika selepas bulan Oktober ( habiskan kontrak yang ada sekarang ).  Saya akan sediakan saiz lain selepas itu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

144 thoughts on “Bukti Bayaran Dari Innity Dan Keputusan Ujikaji Advertlets

    1. tak pernah kena tipu, tatau lah cerita
      kalau dia lewat bayar dia bagi tau…tapi still dia bayar
      so bukan tipulah tu kot 😆

      1. saya dah 5 kali dpt bayaran dari innity.. siapa la kate innity tipu erk?

    1. Jgn di kejar semua serentak….takut yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Kak Jie pun selepas 3 tahun guna Nuffnang baru mencuba2 yang lain. Pastikan trafik mencukupi dulu .

    1. kak jie baru je letak iklan tu
      mana lah nak dpt bayarannya
      semua tu kena ambil masa-
      mcm Innitu – 3 bulan baru dpt bukti bayaran tu
      nak kena kumpul bagi cukup jumlah earnings yang boleh dicash out lagi.

      kalau ada- memang kak jie letak

  1. salam…akak pun skrg ni tgk wyg dah krg..suker msk contest dan suker dapat duit dari nuffnang…ingat nak bermadu..tapi tak jadi..tq untuk info tu semua yer

    1. Kak Ina dah stabil dan popular dgn Nuffnang, lebih baik teruskan saja. Saya ni main2 je lebih….. org lain jgn ikut. Tak serius pun 😆

  2. salam kak kujie, nak tanya ckit leh..? kalau kita gunakan iklan Mangga Ads tu, terganggu tak status glitterati Nuffnang..?

    Ingin tahu,
    lazaac. 😈

    1. tak pernah tanya Nuffnang tapi bila baca TOC Nuffnang tu

      NO advertisements on his/her blog that originates from SEA and also from any ad network we deemed as competitors.

      faham lah, mesti sangkut status tu

    2. 😯 lazack..sbenarnye kite dah boring n nuff..
      ari tu join la mangga ni baru 2 ari, bukak nuff balik tgk dah x exlusiff lagi dah.

      Join nuff sblm ni memang x de aper pown..lagi pown nak kene layan kontest tu yang malas…

  3. saya dah guna lame nuffnang tp lom dapt cash out….ada tip x kakjie 🙁

    Pastukan manggaAd nie bagus dari nuffnang ke…

  4. kak jie tak tweet ke si josh lim-advertlets dalam twitter tuh. 🙂
    anyway, mmg review based on personal opinion gini yang best di baca. so menjadi panduan yang lain macam saya.

    1. Tak lah Arin – kita ikut TOC
      kalau kak jie tweet atau email, proses pembayaran tu juga jadi tidak betul…sepatutnya memang di bayar bila cukup tempohnya, tanpa perlu di email atau ditweet

  5. Terima Kasih atas perkongsian ini.. sememangnya saya pun tengah mencari pasal benda ni. Nak try juga apply Innity tapi traffic belum cukup tinggi. Macam banyak requirement yang dorang nak.

    1. Semua ada kebaikan yang tersendiri- kita boleh pilih bergantung pada priority kita sendiri. Yang berbaik dan popular pun belum tentu sesuai untuk kita.

      Betul tu, iklan adalah trafik . Jadi itulah yang perlu difikirkan dulu sebelum ambil risiko untuk mencuba berbagai jenis pengiklanan – baru keputusan ujian yang kita buat nampak hasilnya

  6. Pakai Innity memang best, tapi diorang macam tak betul-betul efisyen masa nak buat bayaran tu. Kata 45hari, maksudnya setiap 15hb tapi delay sampai 30hb, kadang-kadang 12hb depan tu baru dapat, maknanya ambil masa dua bulan camtu jugak. Bayaran memang mahal, tapi bila ada CPM sajalah 😀

    Itu mungkin pengalaman saya, tapi sejak akhir-akhir ni, bila tengok ada CPM, cuma untuk sehari dua. Itupun masa hari tu saya tengok ada CPM selama sebulan, tiba-tiba dua hari lepas tu, CPM tersebut hilang T_______________T

    1. Kak Jie baru ada pengalaman dgn Innity 3 bulan, dan baru kali pertama dapat bayaran. Lewat tapi di bagitahu, kita ok lagi dati Advertlets yang langsung tak ambil apa2 tindakan.

      Yup, CPM makin kurang tapi itu adatlah – bisness ada pasang surut..

  7. sy yg nuffnang pun tak pernah cecah utk cash out lagi, innity lagi tak layak…adverlets…em dah cuba tp result nya mcm nuffnang, mungkin sbb blog tak glamer kot

    1. Nuffnang Kak Jie dah ribu2 lemon lah juga…. tahun 2008-2009 musim lebat dan ranum. Skrg ni pokok berbuah tetapi nak kena bagi dgn ramai orgng

      contoh – sebiji kek
      dulu di bagi dgn 5000 blogger
      sekarang 50,000 blogger

      mesti tak dapat sebanyak macam dulu, kan…. 🙄

  8. so,which one do you prefer?i’m thinking of innity for last 5 months but afraid to make some changes.lol

    1. Mak su, kalau dah selesa dan boleh ‘ngam’ dgn sistem Nuffnang, teruskan. Saya lebih berminat dgn sistem CPM bukan jenis klik2 tu… sebab tu saya rasa Innity lebih baik dari NN

  9. salam kak jie.

    saya dah lama juga berblog tapi baru sekarang nak mencuba pasang iklan nuffnang. tq atas perkongsian maklumat

    1. Letak saja kalau ada ruang di sidebar.. ada org letak kesemua jenis – kak jie 1 saja. Pelan-pelan – iklan adalah trafik. jadi belajar bab trafik dulu baru kecoh ttg iklan.

      dan trafik yg stabil bukan dtg utk sebulan dua…ambil masa dan enjoy berblogging…baru ada jiwa 😆

    1. yang pertama saja boleh bagitau…bukti dan panduan utk org lain….yg kemudian2 tu..simpan utk diri sendiri 😆

  10. nasib baik saya ambil nuff juga, dulu ingat nak ambil advertlets sbb tak ramai org kan..

    nuff w/pun skit jer tapi sekurang2nya boleh dipercayai

  11. semua saya sudah daftar dan cuba kecuali yang buah tu..
    tapi ntah kenapa langsung tak berminat nak teruskan..
    lebih setia dengan adsense walaupun tak seberapa..

    1. Yang buah tu … Kak Jie ni pantang ada org buat promosi , mesti register…konon2 nak jadi yang pertama

      tapi tak letak code pun…dalam minggu ni ramai pula blogger dok cerita pasal iklan ManggaAd tu, baru teringat dah ada akaun…jadi apa salahnya mencuba 😀

      Kak Jiec tak pandai adsense 🙄

    1. daftar boleh…tapi bila kita letak iklan lain, status Glitterati Nuffnang akan hilang.

      Ada kesan?

      Ya! ada. Dgn status Glitterati earnign lebih mahal 20-40% dari ordinary Nuffnangers.

      Kalau trafik tinggi berpeluang dapat Advertorial Posts, boleh join Community Events atau contest dan boleh ping di Innit

      1. ha..ha..kak jie..tu la kite x baca dulu komen kak jie..lepas register mangga terus letak banner kat wall…dah ilang status exlusiff tu..

  12. same la kak jie..kite pown x minat nak layan kontest…
    masuk nuffnang bukan la sebab duit…
    tp semua orang asyik dok sebuk pasal nuff kite join je la…

    pe pown thanks pasal entri ni dah terbuka mata, bila baca entri kak jie ni

    1. ramai yang teruja dgn nuffnang…hehehe
      tak berapa suka buat kontest – entri serupa je dgn semua org..hehehe

  13. nampaknya kena berhijrah dr Advertlets ke pengiklan yg baru..mgkn dah blh apply dgn Innity lps nie setelah permohonan ditolak beberapa bln lepas..tq atas pemerhatian bebas kak G..

  14. yup kakjie nice entry…advertlet mmg problem dan pilih bulu (org2 dia dan pengaruh dia jer baru byr) innity sy pun dh dpt bulan 5 lepas… mmg tak tipu la..nuffnang dan innity jelas kedua-duanya bayar blogger2

    1. Nuffnang Kak Jie dalam kategori sederhana – kak jie tak berminat nak buat entri2 contest, join event2 atau bersosial berparty…. dapat apa yg sepatutnyalah… bukan salah Nuffnang tapi tak sesuai je dgn Kak Jie.

  15. dh 2-3 menjak usha pasal iklan mangga…tp masih belum lagi nk buang nuffy….

    walaupun diri ku seperti di anak tirikan nuffy..tp incomenye masih di tahap selesa bg ku he..23x

    adverlets…. suck.. harap termaklum

    1. Betul… Nuffnang bagus – tiada masalah. Siapa yang selesa teruskan. Entry ini hanya pengalaman peribadi Kak Jie dan panduan untuk orang lain

  16. hmmm… saya dah try nuffnang,innity,advertlets. so far, nuffnang terbaik. innity hujung bulan ni baru auto cashout yg pertama. cuma advertlets ni penat skit. sebab kita kena emel diorang tanya pasal bayaran tu,kalu tak diorang buat tak paham jer.

    mangga ads ? baru jer daftar. huhu

    1. Tak faham kenapa Advertlets tak ambil peluang masa Kak Jie post tentang cash out pertama…kalaulah dia org alert..entri tu memang untuk preview…

      kalaulah dia orang bayar…mesti kak jie preview

      Nuffnang memang bayar , dibuktikan semua orang.

      Innity – bayaran pertama

      Mangga Ad – kena tunggu 2-3 bulan lagi kot untuk tahu keputusan

  17. saya betul2 kecewa dengan advertlets..dah beratus2 kumpul dah ni..patut ke buang terus?siapakah admin yang bertanggungjawab tu?aduyai..

    1. Ada yang syorkan Kak Jie email pihak Advertlets
      Kak Jie tak nak… bukan syarat utk email
      kalau ada 5000 blogger yang email, terlayankah mereka?

      itu telah membuktikan bagaimana mereka gagal

  18. yang bestnya Innity masukkn duit terus ke dlm akaun.. semalam dah ambik duit tu buat beli minyak kereta.. Mangga Ad pun dah cuba.. tapi baru lagi.. x taulah macam mana..

    1. Betul- betul… lama tak masuk laman web Innity. Memang tak perasan pun dia dah bayar. Lagi best kita boleh setting jumlah utk dicash out

  19. salam kak jie 🙂 berbaloi kan dengan innity, saya sangat gembira dengan innity buat masa ini. saya baru daftar mangga ads, nak tgk macam mane pulak, kalau ok boleh lah diteruskan 🙂

  20. wah~
    kak jie sudah try semua ads
    buat mse skrg sy ikot mcm kak jie ckp
    stay dgn nuffnang sbb
    sy terbalik dgn kak jie
    sy ske masuk contest, buat entri advertorial, etc 😉

  21. duit dari nuff tak cash out lagi..tak berani nak cuba lagi..

    tapi penat gak dgn nuff..ehehe tak byk2 pun…penat tgu…

    1. kalau dah boleh cash out apa salahnya cuba utk pertama kali
      lepas tu yg kedua ketiga dan seterusnya – baru dikumpulkan
      bukan apa..nak bukti saja..:D

  22. nuffnang saya hanya sekali je cash out, pastu malas dah nak amek tahu pasal earning..,

    =)

    tahniah pada kak jie dan mereka yang lain sebab berjaya dapat earning dari blogging.

  23. saya tak pernah letak iklan kat blog ni . memang tak pandai la . ingat lepas SPM baru nak explore benda benda ni .

    1. pilihan yg bijak
      tapi kalau letak pun bukan kena menten apa2
      letak code saja..tinggal
      lepas spm nnt tgok result earning mcm mana
      boleh juga

  24. betul la tu kak jie, sekarang ni memang setia dengan nuffnang je…cuma kadang2 takleh masuk jugak dgn event2 diorg yg sosial sgt tu..

  25. Dah lama curang dengan nuffnang…
    selesa dengan innity lak…dah ada beratus skang tunggu cashout jek =)

    skang baru try pasang manggad as alternate ads kat innity…baru letak code even dah berbulan daftar mangga ad

  26. Menarik gak bayaran dari innity tu,tapi saya guna nuffnnag ,ManggaAd pun baru je beberapa hari try

    1. dah contact Nuffnang ke pasal ManggaAd tu…rasa Kak Jie kalau guna ManggaAd, status geli2 tu hilang

      kena fikir dulu – kak jie tak pe…suka je cuba sana sini

  27. ikut pengalaman saya pula, nuffnang memang terbaik bab bayar payment kepada blogger. sentiasa tepat. kalau lewat pun, 2-3 hari je kot

    innity pula kadang-kadang okay, kadang-kadang tak daripada segi pembayaran. tapi apa yang kita boleh buat ialah create ticket & tanya baik-baik, itu lebih baik daripada marah sendiri dalam hati. kalau tanya, dorang akan cakap pasal delay & bgtau bila dijangka akan bayar. so far, mmg betul la apa yang dijanjikan. cuma kena tanya

    advertlets pula saya buat sebagai alternate ads innity. dulu mmg dah skeptikal dah, tapi takpe la cuba juga sebab haritu musim ada orang yang dapat payment. tapi ni dah dekat 3 bulan, masih tak nampak bayang cheque. so, saya dah remove pun. malas nak fikir 😛

    mangga tu pula baru lagi, so bagi dorang masa dulu kot. support dorang takde system khas, just email biasa tapi pada pandangan saya okay juga la support dorang tu. cuma kena rajin tanya la. hehe

  28. Innity pun dah masuk sejak kali pertama join Mac lalu. Advertlets tak cashout pun lagi. tapi kalau gini la gayanya, memang payah la…

  29. kak jie.. hehe.. jom sama-sama try mangga ads,
    sama amcam kak jie saya pun tak berapa serasi dengan cara nuffnang , jadi tak delah setia sangat dengan nuffnang

    1. Lama dah register…rasanya masa Zul buat promosi kat blog
      tapi tak pernah letak…belum terkenal masa tu..hehehe

      sekarang ni ramai yg nak mencuba..barulah teringat, rupa2nya kak jie dah ada akaun

    1. tapi hari2…kalau Nuffnang tak boleh geng dgn Mangga Ad
      fikir dulu – nanti hilang status Glitterati

  30. innity sy utk mac dan april still tertunggak lagi…
    risau la dgn advertlets, earning dh rm250 tp dah stop skg. kalo dorang x byr, rugi la..

    1. dari segi material nampak rugi Amir
      tapi kita pandang dari sudut positif

      pengalaman dan harga yang kita dapat dari keberanian mencuba itu lebih nilainya… tak semua org akan mendapat nilai yg sama, rasa yang serupa atau debar yang seperti kita alami.

      kalau lepas untuk bayar hosting dan server, yang lain tu kita sampingan..

      itu kak jie lah… orang lain yg serius untuk mencari duit mungkin fikir dari sudut lain

      $$$$ semata-mata!

      1. Thanks kak jie utk nasihat. Sy pun bhrp duit2 iklan dpt backup hosting sbb byk jgk duit habis beli 4 hosting ni (silap sy jgk sbb x ambil pakej besar trus.)

    1. Kak Jie tak letak Advertlets kat blog utama sebab kreadibiliti yang diragui…

      Innity dah bayar… boleh senyum!

  31. Nice..
    hehe selamat saya tak try advertlets!!
    sekarang ngah guna mangga ads!
    😉
    kakjie pon dah guna mangga ads nampaknyer

    1. kak jie dah daftar sejak Januari, biasalah….apa saja benda baru mesti nak cuba

      tapi bila org dah riuh rendah tu, baru nak letak code

Comments are closed.