Blogger

Blogger Pagar Macam Ben Ashaari

Selama saya berblog dari tahun 2006 ( blogdrive – blogspot hingga ke wordpress selfhosted ) , saya mendapat kawan baru hampir setiap hari. Saya cuba membalas komen dan membalas kunjungan semua blogger tetapi jangan terlalu mengharap sebab kehidupan offline saya juga perlu  di beri keutamaan. Walaupun boleh menjadi Blogger Tegar saya tak mungkin menjadi Blogger Pagar terpacak depan pc update blog 20 entri sehari macam Ben Ashaari tu.  Jangan marah arr Ben… balik KB keropok pun tak sampai² ni.

Selain tu dapat juga duit. Taklah banyak tetapi berbaloi dengan usaha ‘lite-lite’ macam ni – untuk bulan ini sehingga 13hb April lebih RM 150. Dah cukup untuk bayar bil streamyx  saya sebulan RM 66.00.

Tetapi yang lebih penting, saya dapat membantu beberapa blogger dengan sedikit tutorial  ( atas permintaan ) .

©Kujie – jangan lupa vote kat sidebar tu…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

49 thoughts on “Blogger Pagar Macam Ben Ashaari

  1. mmg lebih up dari tegar la dengan entri sebanyak tu…
    .-= beliamuda´s last blog ..(Gambar) Letupan Gunung Berapi Eyjafjallajokull di Iceland =-.

  2. Saya seorang OKU dan tidak bekerja, hari – hari mengadap komputer tapi takdelah buat entry sampai berpuluh satu hari. Paling tinggi lima satu hari, itu pun kalau terjumpa maklumat menarik di internet. Nak bercerita tentang perihal diri, tak banyak yang berlaku sebab memang terperap sahaja kat rumah. Nasib baik internet abang saya masukkan untuk saya supaya tak bosan bila keseorangan dekat rumah.
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  3. 20 entry sehari…Kerja kat Kementerian Pelancongan kan…tak de kerja ke…ish ish ish

  4. kak jie memang mantap! walaupun internet saya ni tak macam masa bertukar untuk GABAN, tapi saya tetap menjadi pembaca senyap blog akak ni (err, selalu masuk bising ke!? ha3).

    p/s – terasa kerdil diri ini berbanding kak jie dan mereka (hu3). masih menjadi semangat dan keyakinan yang hilang.
    .-= megat´s last blog ..Oh Lisa Surihani, Jangan Pilih Dia! =-.

    1. itulah…kenapa wujud pembaca senyap dan pembaca bising..yg bising keyboard je kot…masa nk reply komen…

    1. kak jie tak de laptop..nnt kalau ade mgkn boleh dpt lebih kot..hehehe
      semua org ada rezeki masing2…ada cara masing2…ada kehidupan masing2..
      ikut je jalan hidup kita kalau itu adalah ‘bahagian’ kita

  5. salam kakjie,

    samalah yan pun start 2006 tp hunjung thn 😆 mula dr blog.com, blospot dan skrg wp self hosted. kalau baca blog blk memang kelakar sbb dr mula-mula blog punya cerita, dari x reti kepada reti sikit2..ingat dulu2 siap psg lagu, jam..segala widget kat blog..hahha kelakarnya kalau nk ingat blk 😆 😆

    psstt!! dh vote kt sidebar tu :mrgreen:

  6. ade gak istilah blogger pagar..huhu kalah blogger tegar..
    .-= yoy´s last blog ..Bila Mira Abu Bakar (Redmummy) Masuk Paper, Semua Nak Jadi Blogger. =-.

  7. wa wa waaaa .. ni bukan harapkan pagar , pagar makan blog kan ?? hahaa… ala , entri ben pun tah apa apa nak dibandingkan ngan kak jie tu .. penuh info … ben penuh foin jer .. hehehe … tq kak jie … nanti kak jie buat open house masa raya ben bagi kopok tu ek
    .-= ben ashaari´s last blog ..Kurang ajar : Murid dulu dan sekarang =-.

  8. respek juga ngan ben…gaya penulisannya pun santai..kak jie pun memang saya suka juga..byk yg boleh dipelajari…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Terima Kasih Cik Epal =-.

  9. dok paham … nak cerita jgn update hari2 ke or dgn berblog dapat ramai kawan …
    .-= hydir´s last blog ..Mari belajar kitaran hidup blogger =-.

Comments are closed.