Bertemu Kala Hujan Dan Kini Tiada Lagi
Blogger

Bertemu Kala Hujan Dan Kini Tiada Lagi

Edit – entri ini diterbitkan semula.

Saya terima komen ini pada 18/4 /2012 lepas.  Kebetulan waktu itu juga saya tidak sihat.  Bercuti lama dari blogging atas faktor kesihatan.  Saya telah bertukar telefon, nombor dia tiada dalam simpanan lagi.

Apa pun – untuk Ira, Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.  Al-Fatihah.

Dulu, ada juga sesekali dia mengirimkan pesanan ringkas untuk saya memaklumkan perkembangan diri… kemudian perhubungan kami terhenti.  Saya sesekali mengetahui perkembangannya melalui blog yang jarang dikemaskini.

  • Ira berada di wad HUSM Kubang Kerian jumpa onkolgi untuk chemo minggu depan. – 24/3/2009- 2:08pm
  • Salam mama, ira hrp mama baik² je. Skrg nie ira di kota bharu. Kanser ira dtg balik. So, ira kena buat rawatan semula. Doakan ira mama. Tk blh nk up date blog lg  –  23 Mar 2009 4:43pm

Ira – Lahir dan dibesarkan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang guru dan ibu kepada seorang anak lelaki bernama Shakirin. Diduga Allah dengan penyakit yang digeruni semua umat manusia ‘kanser ‘  sejak 2006.

Memang pantas jejak usia yang ditinggalkan. Begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, ambillah  manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad.

Janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Ya Allah…..

 

————————————— entri asal 30/10/2009 —————————-

Hari ini mood nak update blog macam suam-suam kuku. Kurang hormon estrogen kot ( entah apa sangkut paut ….)

Ambil Intan dari kelas tusyen hampir 3.45 petang. Terus ke workshop depan Plaza Tol Rawang. Esok baru  siap encik Pajero.

Perjalanan balik hujan turun selebatnya. Intan  yang terus dari sekolah belum makan tengahari.
hujan akhir oktober
Jalan paling selamat bawa saja ke McD. Lebih kurang 10 minit di situ, sekilas pandang saya bertemu mata dengan seseorang.

Eh..rasa macam kenal.   Saya duduk membelakang mereka yang sedang memesan makanan di kaunter.   Baru semalam saya masuk blog dia, saya belek semua gambar yang ada.

” nak tengok betul2lah..manalah tau kot2 terserempak kat mana-mana”

Selepas mereka bertiga duduk, saya pinjam telefon Intan untuk buat panggilan hangit!

Saya : Ira kat mana?
Dia : Siapa ni…?
Saya : Orang depan

Berputing 360° mencari. Kami bertemu tawa!

Dia : Kak Jie ye…?

ira

Lebih 3 tahun kami menjadi kenalan cyber dan sesekali berutus khabar melalui sms. Tanpa dirancang tanpa diduga akhirnya bertemu kala rahmat hujan petang Jumaat.

Apa yang saya gambarkan sewaktu melihat gamba-gambar Ira di blog sama keadaan dan suasana yang berlaku hari ini.

Syukur alhamdulillah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Bertemu Kala Hujan Dan Kini Tiada Lagi

  1. Hujan mmg satu rahmat yg terselindung byk rahmat =)

    p/s-wah…dapat jumpa kenalan cyber mmg syok yer…hihi

  2. …al Fatihah, giliran kita ni entah bila. Better bersiap sedia. Ibadah kita cemana kualitinya? Kuantitinya pula amacam? Soalan yang hanya kita mampu menjawap.

    1. sebenarnya – entri ini telah diupdate
      berita terkini beliau telah meninggal dunia kerana kansel

      kami bertemu secara tidak sengaja pada tahun 2009 ( entri asal )

      1. Ina Lillahi…
        Mohon maaf, ternyata beliau sudah meninggal. Saya turut berduka dan semoga amalan baiknya diterima oleh Sang Illahi

  3. muhasabah diri sekejap..

    selalu kita ambil ringan persoalan dari munkar dan nakir sebab soalannya bocor..cuma..adakah kita cukup bersedia dengan segala jawapan yang tepat..

  4. Itulah besarnya kuasa ALLAH. Manusia boleh merancang tetapi ALLAH juga yang menentukan maka ALLAH temukan Kak Jie dengan kawan tanpa dirancang. Bila direnung begitulah kehidupan kita yang telah tertulis di Lul-Mahfuz.

    1. @dilot, sebab baru lagi mengadap blog dia…kiranya gambaran wajah tu masih belum terhakis dalam otak ni 😆 belum save benda lain ganti kat folder tu

  5. Fuh…romantik betul, pertemuan di kala hujan… 😆
    .-= Kak Long´s last blog ..Weblog Popular 1 Malaysia : Saya ingatkan… =-.

  6. Fiuh sib baik Iza terselamat waktu terima call dari nombor tak dikenali tu hehehe.. Suare sweet sebenteen tu Iza kenal, kalau tak mungkin hangus lah petang tu :mrgreen:

    Bila kita nak terserempak ni Kak Jie atau menyerempakkan diri ker 😆
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Selalu Denganmu… =-.

    1. @iza~de~bintang, hahaha..masa tu tak teringat pula nak kenakan orang..mgkn sebab bukan depan mata
      yg ni…huhu…mmg tak sangka
      😉

  7. salam Kak Jie…..

    Indahkan pertemuan itu…..
    Kenal di alam maya, bertemu di dunia nyata.
    Indahnyerrrr!!!!!

    **Kesian kat Kak Ina….rumah dia org pecah masuk. Amik lappy.
    Td kiatorg ber’sms’….dia di SP, on the way balik Kangar.
    🙂 Semoga ALLAH m`lindungi dia.
    .-= Zymazara´s last blog ..Kain Tenun Untuk Ditenung =-.

    1. @cheryna, kebetulan tak sampai 24 jam masuk blog dia, mmg niat hati nak hafal wajah…kot2 terserempak..

      tak sangka sungguh…. lintasan hati, niat telah ditunaikan Allah

Comments are closed.