Bayang tergantung pada cahaya , Langkah tersandar pada niat
Blogger

Bayang tergantung pada cahaya , Langkah tersandar pada niat

Apapun halangan dugaan yang kita tempuh, kita perlulah fokus pada impian bukan pada ucapan atau tindakan orang.

Jangan bergantung pada pujian, pujian itu seperti pedang bermata dua. Ada kalanya memotivasi, boleh pula melemahkan . Seringkali pujian yang diberikan pada saat seseorang baru menapak membina impiannya, hanya akan membuat dirinya puas dan pertumbuhannya berhenti.

Kita dilahirkan dengan 2 telinga supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua belah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Intan cakap pagi tadi ” semua gathering Intan pergi, keluar paper…hehe  Along mesti jeles….” Sempat lagi pagi-pagi buta nak ke sekolah ingatkan Along dia.  Ada bahan nak usik…kan!

Sinar Harian 13/03/2010 – kisah dulu di sini

Dan saya pun dah tau jawapan Along ( dia intai blog mama dari kolej..mama tau lahhh )

“Along pun pernah keluar paperlah  Intan…. “

Abah, Acik Ana dan MakNgah akan menjerit sama ” kita pun keluar paperlah Intan……” –  ipar duai saya pembaca senyap blog ini, kena letak gambar dia orang juga!:lol:

©kujie – sesiapa nak keratan akhbar kosmo tanpa watermark..tinggalkan komen

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Bayang tergantung pada cahaya , Langkah tersandar pada niat

  1. Itulah…org nak cakap ape, duli ape….yg penting hepi nampak gambar sendiri kt paper

    sesekali rasa best, apa salahnya….lagi pun bkn berita negatif yg keluar 😆

  2. dia bawah umur, bolehlah suka melompat2…kita ni kena cover2 lah…sikit..hehehe

    walau dalam hati ada taman 😆

  3. dalam masa kita mencari, kita akan jumpa berbagai jenis yg memerlukan kita memilih apa yg patut kita ambil

  4. amvoii.. glamour gitew.. hingga ke seantero malaya..hehehe tahniah tahniah 😀 😀 😀

    malangnya segala gambar dan berita yg termuat tentang maza (erk ada ke? heheheh) di dada akhbar tidak maza simpan.. kecuali telah di-scrapped ke dlm tong sampah lah fulaks.. huhhu

    rugi, rugi lorr

    kebetulan hari ini budak ofis disini yg gambarnya terpapar di dada akhbar minggu lalu pasal main helikopter masih senyum dan kenyit2 mata dgn maza.. dia mau bikin maza jealous lah tu.. huhhu.. mau aje kasik lebam matanya.. uhuk!

    tak kuasa mak weiii..
    (dlm hati maza berkata, nanti ko, aku bikin poster gambar aku besor2 tampal kat KLCC huhuhu)

    👿 👿 👿
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dah bayar pada majlis tempatan- tapi masih tak terbelaMy Profile

  5. Saya pun penah terrrrmasuk paper tah cemana fotografer tu terrramik and gambar dpt la terrrrrrrrrselit. Tapi dia pye happy saatu kampung satu taun tak sudah. Hahahahaaa..
    Btw..as i said to my hubby..Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita. Luruskan niat ketika datangnya keinginan.
    Jom terjah post menarik dari Yoa ..Terasa HairanMengenangkanmuMy Profile

  6. well done! hahaha masuk paper tu 🙂 hihi

    dulu gath TAA x penah masuk paper HAHAHAHA

  7. gerun kak…~ tapi sememangnya berblogging ni untuk berkongsi..dan mencari kawan2 untuk berkongsi ilmu. Dalam erti kata sebenar, itulah makna kehidupan, bukan? Sahabat dan kehidupan yang penuh pengertian… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Cik Nass ..Susahke kahwinMy Profile

Comments are closed.