Selamat hujung minggu – Dah 18hb Julai 2010 pun. Sekejap masa berlalu. Tadi masa jejalan kat arkib.gov.my terjumpa gambar ini
Ini Kuala Lumpur selepas zaman Yap Ah Loy waktu dilanda banjir tahun 1902. Ada kuda ada lembu…wah meriahnya.
Pukul 4 pagi saya dah terjaga hari ni ..terdengar Along batuk . Lain macam batuknya . Mak-mak mana yang boleh lena bila dengar anak batuk macam tu walau anak dah besar gajah. Anak tetaplah anak.
Dia ada lelah tapi bukan kategori teruk. Setahun mungkin 2 kali tetapi tetaplah sakit, kan. Dia berpindah tidur di sofa ruang tamu.
Dalam sama-samar saya sapu minyak yuyee cap limau, menitis juga airmata. Anak….tak kiralah tapak kaki sebesar 3 jari hinggalah dah lebih besar dari mak-mak pun, tetap kita ada perasaan yang sama. Nak-nak kalau dapat mak macam saya ni… tengok Finding Nemo masa Nemo terjumpa semula dengan bapa dia pun boleh menangis. Sadis betul ada mak yang gembeng macam ni.
Dalam keadaan macam tu, dia kena hantar pakcik dia ke LCCT. Balik dari LCCT singgah di Hospital Serdang untuk sedut . Lepas tu terus balik kolej di Bangi. Saya baru telefon Along tadi, masih di hospital. Biasanya lepas sedut gas, dah baik.
Cerita tentang blog pula – saya ni memang addicted dengan blog sendiri. Ada saja yang nak di godek². Dalam sibuk nak tambah senarai list kat Teman Tapi Mesra ( belum siap, sabar ye..saya add link manual bila free ), saya pasang 2 plugin baru.
14% of your traffic is currently from mobile users. Jadi saya berusaha memberi keselesaan untuk pengunjung blog yang datang melalui mobile. Nak tengok macam mana site saya dengan function mobile – klik Switch to our mobile site di penjuru bawah kiri.
2. Ajax Comments-Reply
Boleh tick untuk menerima email sekiranya komen di balas oleh saya atau pengunjung lain. Default wordpress ada function ini tetapi theme saya tak ada,jadi kenalah pasang plugin. Bila dah pasang plugin kenalah pula edit coding sebab saya suka menukar perkataan Bahasa Inggeris menjadi Bahasa Malaysia.
Sejak September 2008, dah 66 orang register getclicky melalui affiliate saya tetapi tak seorang pun sudi memperkenalkan diri…. tak sudi ke berkenalan dengan saya ?
p/s- sekali tulis entri – 2-3 topik sekali harung..hujung minggu- hormon keghairahan untuk update blog sedikit berkurang!
©kujie – saya belum ada keinginan berblog guna mobile – cuba untuk bersederhana – cuma membataskan kebergantungan beronline. Belum menjadi keperluan kot.
xdelah kak~
bile rase nak update blog..agk2 klu sinie tenet slow banget~
balik la umah~hehehe
addicted dgn blog, skrg memang dah tahap melampau, mcm perlu kan rawatan je skrg ni
saya ada masa tertentu je addicted dgn blog ni.. kena satu masa, rasa nak tukar theme.. mulalah mencari.. lau tak, terbiar sepi je blog tu.. hahaha.. kesian die dpt tuan cmni..
sama lah kak kak jie..addicted tgk blog sndiri..rasa mcm nk bukak je blog ni..hehehe..tp cmne pun tetap jenjalan jengah blog kwn2 juger..:-)
x per kak jie..lepas ni turun kan ilmu kat kami pulak yang memang x baper nak reti pasal coding2 ni ee…
psst……memang ibu mithali ni…
betul2..
=)
kdg2 sy masuk blog kak jie guna mobile je.. tp sy x kisah pun kalo mobile or full version…
Kita kena suka blog kita dulu..baru orang boleh suka..jangan SS sudah..:)
kalau mobile online, blogger pagar ke kak jie?hehe
kujie
kalau anak sakit memang hati resah dan risau, rasanya semua pun gitu…kan
Tak lawa mcm mana pun, kalau dah blog kita, mesti kita sukakan…biarlah org tak suka pun 😛
itulah maksud kak jie yang nota kaki tu…bukan keperluan…bersederhana –
hari2 ulang dari shah alam ke nabiel…jauh juga tu
menantu jawa 😆
semua ibu pun ada rasa mcm tu…. kadang2 ada yg boleh control..ada yg gembeng.. 😆
Gembeng?
kak jie jawa ke? 😛
walau pun memang nak mengadap blog je hari2…tapi bila ada hari2 tak boleh online..masih boleh kawal diri..hehe 😆
ada dua tiga org kawan selalu cakap tak dapat komen kalau tak mesra mobile…tu yg pasang plugin juga ni
daripada dok intai blog orang, baik ngadap blog sendiri..hehe
kak jie suka baca entri lama
hahaha~
addict gak sis..
sampai ke tahap sanggup balik rumah dari s.alam ke rawang~
balik kerja jek terus balik..
gara2 nk update blog~hahaha
susah juga nak addicted kat blog ni.
komitmen kerja kadang buat blog sedikit terabai.
huhu~
salam kakJie,
Saya ni tgk cerita sedih pun boleh nangis, walaupun baru 5 minit duduk mengadap. :))
Sama juga, addict dgn blog. Tutup sekejap, x sampai 2 jam on balik. Ada saja yg nak di belek!! :))
Salam Kak Jie, ahaks, addicted dengan blog sendiri? tuu bukan addicted, tu la namanya “passionate..”
Selamat Hari Ahad. 😉
kadang-kadang, ina bila dah 2,3 hari tak online, rasa macam…. rindunyaaa nak check email~~ huhu.. sampailah petang ahad ni, balik rumah, sanggup dulukan ambik laptop sahaja kat dalam kereta, rehat kemudian. malam nanti baru rehat (mode baru balik dari pahang).
rasa rindu untuk online tu macam nikmat sangat. huuu… (…ayat pending nak beli hs baru.. huu.. diri ini terlampau lebih2kan kehendak dari keperluan kadang2. adeh. naughty me!)
kak jie cuba kak jie try big extra cash.com sesiapa sign up dibawah link aff kak jie..kak jie dibayar $ 3 dollar..bagi setiaP sign up
sy pun same addicted dgn blog sendiri..ada jer benda yang nak ditukar..tp sy rase ade baiknyer sbb kite boleh belajar benda baru..try and erro..tak gitu kak jie:)
Saya terpaksa meninggalkan blog saya sekarang . SPM makin dekat .
Urm , semua ibu macam tu kan . Sayang sangat dekat anak . Tapi , anak ? Wallahualam .
tak reti lagi, camane nak godek.. sikit-sikit tu boleh la. lagi pun budget masa itu internet ni tak selumayan kak jie..
circa 97 dengan forum
masuk tahun 2000 cuba blogdrive.kemudian pindah hosting sendiri.
sibuk kerja.hosting expired.
Kini mulakan kehidupan ringkas bersama blogspot.sudah kurang radikal..
hahaha…hidup memang sedap!
skrg kite cube mengurangkan tahap ketagihan berblog hee!
rajinnye kak jie….suka betul sha. sha sendiri tak godek blog berapa lama! betul, ibu2 diorg ada yang tak cakap kalau diorg risau, tp mesti bising suruh makan ubat. takpun, tiba2 je dah kena siap gi klinik…
dah try pakai plugin tu, tapi kat my blog mcm fail aje 🙁
hehe..gigih berblog tapi banyak lagi komtmen lain. mmg bukan keperluan, tapi hati mahu.
Best juga projek teman tapi mesra yg baru tu kan,…(taman ke teman ya???) saya dengan projek denaihati network kat info.denaihati.com
Tengah mengodek supaya tidak dapat warning dari google webmaster dan alexa…macam mana agaknya nak improvekan lagi loading time ni…tengah fikir ni!!!
kak kujie ni mmg rajin la…serba serbi…
saya pon sudah addicted dgn blog sendiri..hari2 buka blog..pantang kalau sehari x buka.. hehe.. kak jie memang seorang ibu yang baik..beruntung sapa yg dpt ibu mcm kak jie nih..
nak addict (‘NAK’ yang tak tahan tu). tapi bila balik kampung, coverage internet macam hape ntah. so GIAN tu hilang. ni dah balik hostel, mengganas semula… GANAS la sangat. hihihi
Selamat pagi.
Bila dah bergelar ibu sememangnya naluri keibuan itu terpahat dalam diri anugerah dari Tuhan. Itu yang ustaz cakap pada saya.
Saya pun nak jugak buat blog mobile version ni. Tapi masih belum mencubanya. Tak ramai yang surf guna handphone tapi ade la juga beberapa hits.
Thanks kak banyak info yang dikongsi hari ni.
hehehe.. pagi2 bangun jenguk blog.. sebelum tidur pon jenguk blog.. sy gitu la..
Uik… adakah kita sama?
Huhuhuh.. actually saya memang dah lama addict dengan blog. Tu pasal hari-hari duk terperap jer dalam bilik dengan blog sahaja
saya pun addicted dgn blog sendiri.. tapi jarang nak godek2 tukar itu ini, takde masa sangat.. 🙂