Sepatutnya entri ni dipost pada 20hb September tetapi Google ‘period’ masa tu – pakai pad jenama Malware. Teruk PMS Google kali ni, ramai yang kena slap!
5 tahun menjadi blogger! Ada beberapa blogger yang saya kenal sejak hari tersebut masih ‘keep in touch’ hingga kini.
Saya masih seperti ini – tak ada istilah ‘kawan blogger paling rapat’ atau bahasa gediknya ‘BFF’ . Semua yang singgah di sini, adalah kawan² saya seperti mana semua orang. Semua email yang dihantar perlukan pertolongan, saya balas berkadar segera tanpa mengira siapa mereka.
Musuh? Ada ke? Kita tak berkawan tak semestinya kita bermusuh, kan? Cuma mungkin kita berada pada dua garisan selari yang tak mungkin bertemu. Itu saja.
Sebagai manusia biasa saya tahu dan sedar, tak mungkin sepanjang 5 tahun ini tiada sekali pun dari beribu-ribu entri saya tidak membuatkan pembaca ‘sentap’ walaupun perkara ini cuba dielakkan………saya juga kadang² terlarut dengan ego diri sendiri. Maafkan atas kekurangan dan kesilapan ini.
Saya pernah dapat komen seperti ini. Secara ringkas saya cuma dapat katakan – ibadat ini terbahagi kepada beberapa bahagian
- Fardu Ain – wajib keatas semua mukallaf – lelaki atau perempuan seperti solat, puasa, haji dsbnya
- Fardu Kifayah – perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tetapi kalau tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa.
- Sunat – dituntut dilakukan secara tidak wajib.
Secara asas dan mudahnya – pahala bukan semata² diukur dari berapa lama kita mengadap tikar sembahyang kerana mengerjakan sembahyang dan mendirikan/menunaikan sembahyang juga ada perbezaan.
nota : ini adalah asas – perbincangan mengenai Islam saling berkait antara ilmu yang wajib ada dalam diri orang Islam iaitu Fekah, Tauhid dan Tassauf ( Iman, Islam & Ihsan )
Di blog ini tidak ada artikel secara terus ( direct ) membincangkan tentang Fardu Ain kerana saya masih lagi seorang pelajar, penuntut ilmu dan saya tidak menulis sesuatu yang bukan bidang kepakaran saya. Pengetahuan saya sangat cetek dan apa yang saya kongsi di sini adalah apa yang saya yakin, jelas dan saya terima dari ustazah saya . Belajarlah Fardu Ain yang diwajibkan itu dengan seorang guru – itu lebih baik.
Blog ini bukan blog yang lengkap tetapi saya boleh janjikan adalah blog ini tidak mempunyai entri mengumpat orang lain, bahasa kesat dan mengeji atau sengaja mengugat ketenteraman awam.
Blog ini penuh kasih sayang yang melimpah ruah seperti cokelat yang tumpah di ladang gandum kerana hidup biar sedap!
p/s – saya tak kaya dengan blogging tetapi syukur tetap ada rezeki dariNya
p/s – ‘hidup dalam talian’ saya bermula sebagai forumer sejak tahun 2003
p/s – kenal internet tahun 1998 – zaman dail up 1515 berirama
p/s – masih membaca secara senyap beberapa blog ‘senior’ sejak 2003
©kujie – Intan cuti 4 hari – nak hantar kuda pergi service.
fuyyo…saya berblogging baru 2 tahun. itupun blog bisnes n gambar je. inysyaAllah bila berkelapangan teringin nak ada blog personel
Wow, dah 5 tahun tu..
Blogger juga seperti kerjaya yang lain hanya mereka yang mempu mengharungi berbagai onak dan duri termasuk komen-komen yg menusuk kalbu sahaja yg boleh bartahan lama sehingga 5 tahun. Begitu ramai blogger baru yang lahir dan begitu ramai juga blogger yang hilang dimakan zaman.
Sudah menjadi tabiat manusia khasnya orang Melayu lebih suka memandang buruk dengan apa yang orang lain buat sedangkan yang memang buruk tak berani di kritik seperti ramai yg sibuk mempersoalkan perkara-perkara sunat yg dilakukan oleh umat Islam tetapi mereka yg berpelisiran lansung tak buat yg sunat dan wajib tidak pulak disibukkan…manusi begitulah sentiasa sangka mereka yg terbaik dan orang lain yg terburuk.
makin lama blog kita makin tinggi nilainya jika tahu manfaatkan blog kita
Selamat ulang tahun blog Kak Jie. Teruskan menulis.
Teguran2 tu macam leteran mak pada anak2, kadang2 degil sangat kena cubit teliga. 5 tahun penuh warna, dan progressive. Tahniah.
abgreds pun mula kenal internet zaman dial up 1515 tu. tapi buat blog baruuu jerk. yg abgreds akan ingat, kak ji lah pengomen pertama dalam blog abgreds. komen semangat tuh. tahniah atas pencapaian kak ji..
5 tahun.. wah wah waaaaaaah! tahniah! banyak kena belajar kan kakjie kan.. tabik spring!
Lama dah rupanya kak Jie bergelar blogger . Suka ayat kak Jie yang pasal blog kak Jie tu . Memang saya sokong habis la
5 thun yea kak jie?
Lame jugak tuh..huhuhu..
Nway, keep on berblogging kak!
biase la kan..kita berkawan dgn smua org..msti ade musuh nye`
salam kakjie 🙂
tahniah 5 tahun … sepertinya baru semalam berlalu 🙂 apapun saya akan tetap membaca laman web kakjie 🙂 walaupun tidak menulis lagi hehe 🙂
semoga kakjie bahagia bersama keluarga dan selamat hari raya 😉
salam
Ehem, lima tahun yang lepas saya tidak tahu apa itu blog hehehe.
Salam bertandang seperti
selalu..moga sihat la yek?
ermmm..lama tu kak,memang tegar ni
kalau kat sekolah menengah kena panggil senior nie.. hehe..
Salam ta’aruf kujie2,
Ter’eksiden’jumpa rumah kujie2 sebab tengah mencari cara2 nk berblog secara serius & profesional gitu. Tengok tajuk & header terus jatuh hati. Bila baca biodata, ada persamaan gitu. Byk benda saya kena belajar pasal blog nie. So, harap dpt tunjuk ajar dr kujie2 ye.
oh, dengan membaca blog Kak Jie lah, saya belajar menulis dalam blog dengan baik. belajar mana yang transparent mana yang perlu didindingkan. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Mari ramai-ramai nyanyi lagu Rasa Sayang. Rasa sayang hei rasa sayang sayang hei, Lihat Kak Jie jauh rasa sayang sayang hei. Terima kasih.
Salam ziarah kak kujie…
Tahniah…x sangka da begitu lama kak bercucuk tanam dalam dunia ni…
1 the best point is kak kujie adalah blogger yg da berkeluarga..setiap artikel sentiasa menjejak…moga hal ini menjadi ikutan kami semua…
sudah separuh dekad.. heheh tahniah…
5 thn dlm dunia blog sudah boleh kira sbgi dewasa kalau tidak pun senior citizen.. erkk.. wokey tak?
keep blog. love to drp by here everyday
hooo komen anony tu amat tak tepat. apa pun kak jie, kita kawan kan?
oleh itu selamat ulang tahun ke 5.
tahniah kak jie..for me,kak jie salah seorang blogger contoh,inspirasi, guru dan great..nice knowing u..hopefully one day dpt jumpa kak jie…
saya pula mula kenal blogging 05 oktober 2005, muda skit dari kakjie
apa2pun semoga kakjie terus berkongsi di blog ini sebab saya sukakan penyampaian kakjie, ada yg tersurat dan tersirat dan ilmu di situ
tahniah kakjie
blogging ni setiap org lain definisinya
setiap org rasa puas dia lain
tak payah nak judge mana2 blogger
tak payah la nak smpai gaduh2..rugi je
*hhmm…dh nk 3 taun blogging rupanya
Tahniah Kak Jie. Dah 5 tahun berblogging. Macam-macam cerita yang di terbitkan oleh Kak Jie. Blog kak jie yang selalu saya kunjungi sewaktu mula bertapak di dunia blogging. Kak Jie telah memberikan saya inspirasi bahawa blgging bukanlah suatu perkara yang enteng. Setiap entri yang di terbitkan sudah pasti ada suatu pengajaran di hujungnya. Kak jie adalah seorang blogger yang rileks dan cool. Tak pernah pulak keluar satu entri yang memaki hamun orang lain.
Tetapi yang menjadi lebih respek pada kak jie adalah , entri yang di terbit bukan pasal duit internet, bukan semata-mata pasal artis atau gosip. Ianya lebih banyak kepada soal kehidupannya. Tetapi ia boleh menarik perhatian saya dan blogger lain untuk datang menjenguk ke sini.
Kenapa?
Itulah nilai yang di pupuk oleh Kak Jie selama ini. Jadi tak heranlah mengapa kak jie boleh bertahan sehingga 5 tahun. Thanks Kak Jie.
P/S : sorry kak jie, terEMO pulak bila menulis komen ni. huhuhuhu
tahniah kak jie.. adatlah kak jie.. manusia kan mudah lupa .. perlu diingat2kan .. ape yg baik kita ambil, yg tak elok kita buang jauh2.. jgn disimpan dalam hati.. ape2 pun lana ttp sokong kak jie.. Hidup Biar Sedap!!!!!!!!!!!!
happy anibeseri to blog mama =p
panjang kisah kita.
panjang perjalanan kita.
mana yg sentap2 dlm blog tu kita simpan dlm hati je ma. hihi. sama jugak kita penah baca blog org lain, kita pun sama sentap. (ok.tu yonna LOL) apa pun, blog mama tetap antara yg terbaik untuk yonna!
i lebyu lah mama!
Tahniah. Teruskan berblog untuk sekurang-kurangnya 5 tahun lagi 🙂
wow 5 tahun tu…
tak jemu kak kujie dgn blogging ye..
tahniah..
saya ni kejap bersemangat, kejap luntur pula..
selamat ulangtahun HIDUP BIAR SEDAP! biarla ade yang tersentap pun kak.. sebab manusia ni perlu selalu diingatkan, kalau tak hanyuuuuut!
TAHNiAH kakJie, sudah lima tahun? jauh beza sungguh. Betul, kita pembaca setia blog kakJie, suka sangat dengan blog ini penuh kasih sayang yang melimpah ruah seperti cokelat yang tumpah di ladang gandum kerana hidup biar sedap! teruskan kakJie. Kita menyokong penuh.
waahh..dah 5 tahun
tahniah kak g
n hepi 5th anniversary utk blog akak..:-)
Tahniah sebab still teruskan menulis sehingga sekarang. Apa yang penting, kita teruskan usaha kita berkarya dan menulis di blog kita.
tahniah..adat la tu..ni bukan sebab kita x tahu bawak diri kak jie, tapi dh memang lumrah manusia..tapi kalau xder orang2 mcm ni memang tak berseri hidup kita kan…
pe pown smoga kak ji suksess sokmo
Tahniah kak Jie sebab dah bertahan selama 5 tahun, semoga akan berkekalan pada tahun-tahun mendatang. 🙂
kasih sayang seperti cokelat di ladang gandung, pasti penuh dengan kemanisan…
teruskan ber-blogging kak jie sharing is caring…
saya belum terjebak ……masa tidak mengizinkan..
ye betul, tak berkawan tak semestinya bermusuh..
tahniah k jie. bukan senang nak maintain blog kan. hehe 🙂