Walaubagaimanapun, kadang-kadang terdapat juga keyword yang lebih evergreen, maknanya sentiasa dicari orang ramai. Keyword sebegini selalunya menyumbang kepada trafik untuk jangka masa panjang. Selalunya yang guna keyword evergreen ni yang saya perasan kakjie lah.
Orang Kanada yang cakap tu… bukan Kak Jie.
Biasanya semua pakar SEO bagi tutorial ajar guna keyword panas di pasaran, contoh melayu dot dot….. atau carian isu semasa artis.
Saya tak pernah menulis mengenai tips dapatkan trafik, mantapkan SEO sebab saya tidak terlalu ghairah untuk semua itu. Masih juga bermain dengan teknik SEO tetapi bukan terlalu ketara.
Sebulan sekali!
Kebanyakkan keyword blog ini adalah evergreen – bukan carian semasa. Keyword tu ada setiap hari walau pun entri tahun 2007. Biasanya keyword yang dekat dengan kehidupan kita sendiri dan yang kita lalui seharian. Contoh hal² rumahtangga seperti periuk belanga, bas, kereta, anak² dan sekolah.
Sesekali, bila ada isu berbangkit , dapat durian runtuh . Contohnya semalam.
Blog saya bukan blog hangat dan popular , biasanya graf trafik turun naik dalam julat yang kecil. Terkejut pagi tadi tengok graf mendaki macam tu – apa yang orang cari? Apa berita hot pukul 8 malam tadi?
Semalam saya tak update entri hangat dan seksi . Itu carian untuk entri lama.
Edit – Hari pun sama, pukul 8 malam berlaku secara mendadak. Blog saya ada iklan kat Buletin Utama ke?
Pelik sungguh…..
Moral of the story – janganlah takut untuk jadi ‘suam-suam kuku’ jauh dari kerlipan kemasyuran blogger² selebriti lain kerana usaha kita yang kecil², kalau terkumpul tetap datangkan hasil yang setimpal.
- Tips SEO – Cara Menggunakan SeoDigger
- Baiki SEO Score Dengan SEO Doctor
- Baiki SEO Score dan Pagerank Flow
- p/s… bila disebut evergreen, terasa macam Sharifah Aini le pula
- p/s… header blog macam budak tadika pun, visitor blog lebih ramai lelaki. Cuba tengok Tetamu Terkini kat sidebar tu – lebih banyak avatar jantan!
©kujie – theme blog ni tak sempat nak usik, hari ni nak AU2 temankan adik intervie kat Pernec.
trimas kakjie….nice sharing…..masih baru…masih perlukan tunjuk ajar….
Dari postingan Kak Jie nie saya punya tambahan ilmu.
Terima kasih..
Orang tak tengok header kot…..hehehe 🙂
Penulisan BEST!
Nice info. thanks
TQ kak jie..nak kena study ni..
entah kenapa blog saya pun guna keyword evergereen juga..walaupun tak update 3 bulan,tapi duit nuffnang tetap jalan hahahaha..masyuk-masyuk
popular la… tapi popular cara lain…
walaupun ceruk dapur, seluruh pelusuk malaysia orang kenal…