Baiki SEO Score dan Pagerank Flow
Blog Tutorial

Baiki SEO Score dan Pagerank Flow

Cari saya?

Pelik betulkan korang ni..tak nampak kat twitter je kat blogosphere pun dah rasa lain ye. Nampak sangat betapa aktifnya makcik ni dengan dunia online.

Saya ada, cuma tekan butang ‘pause’ untuk aktiviti² tersebut. Ada depan komputer tetapi merayau dan membelek ‘ diri sendiri’.

Dalam 2 bulan ini saya perasan sesuatu yang tak kenal dengan blog. Ada sesuatu yang kurang – yang suram. Susah nak gambarkan secara detail tetapi saya sendiri rasa perubahannya dan saya carilah mana salah mana silapnya.

Nota : Tips Mudah Blogger –  Setakat mana anda kenal blog anda?

Jadi saya buat beberapa perubahan.  Dengan SEO Score dari SEO Doctor Add ons tool untuk firefox saya nampak H1 ( title blog )  dan Meta Description ada masalah.  Jadi saya edit banner dan buang title dan description di banner blog dan letak semula code ini.

<h1><a href=”<?php bloginfo(‘home’); ?>”><?php bloginfo(‘name’); ?></a></h1><div id=”head-desc”><?php bloginfo(‘description’); ?></div>

Satu kesilapan besar kerana hilangkan meta tag title dan description. Tahu kebaikan semua tu tetapi 2 bulan yang berlalu telah membuktikan sesuatu. Ini pengalaman peribadi saya.

Title dan desctiption pada banner tidak memberi apa² faedah kerana <h1> tidak dapat di baca.


Mengikut SEO Score dengan SEO Doctor, blog saya mengalami 2 masalah utama. Loading time dan Pagerank Flow.  Loading time boleh diabaikan jika tidak terlalu serius.  Kadang ada masalah ni, kadang lulus.

Pagerank Flow dikira bergantung pada peratusan jumlah link ( pautan ) yang keluar dari  domain ini. Semakin banyak link yang keluar,  pagerank flow akan menjadi sedikit. Seperti masalah saya ini.

Saya cari beberapa tips atau cadangan melalui google dan menemui beberapa kaedah yang berguna. Guna Nofollow dibahagian sidebar dan footer.

2. Footer – Ini adalah theme percuma tetapi saya tak buang link kepada pemilik tetapi saya hanya letak rel=”nofollow”

Akhirnya keputusan ‘lulus 100%’ telah diperolehi.

Ini contoh SEO Score untuk blog syafiq.net Abaikan loading time kerana kesannya bergantung pada kelajuan capaian internet.

Pagerank flow – lebih baik dari blog saya.  73%
Alt image tag – saya syorkan guna plugin SEO Friendly Images
H1 dan Meta Description – Tajuk blog “tak hidup” – hanya ada pada banner tetapi tidak boleh dicrawler.

Ini contoh saja tau……..  saya bukan memandai² nak kritik blog orang.  Ini contoh bagaimana saya mengenali dan merawat blog.  Saya bukan nak ajar orang buat blog cuma mengenali blog sendiri.

p.s – kenapalah saya suka belek benda² gini… orang lain tak heran pun.  Macam aktiviti syok sendiri.:lol:

p.s – download SEO Doctor di sini link

©kujie – projek mega tu belum siap… tengah cari ‘mood yang hilang’

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Baiki SEO Score dan Pagerank Flow

  1. Setting diatas untuk blog wp ya Kak Jie, mudha sekali pengeditannya dna tidak banyak kode yang mesti ditambahkan beda dengan blogspot..

  2. masih blurr berkaitan Page Rank Flow. Tapi PRF saya 78%. Tang header tu kalau nak guna imej. Kita just hide kan header yg guna text pada css code kalau x silap.

  3. salam kujie,saya baru tukar template.Sekarang ni h1 tag saya dah ada 3 pulak.Pada asalnya tak ada langsung h1tag, lepas saya buat tutorial gantikan dengan h1 dibawah. Pada asalnya h2.Ada cara tak?


  4. Salam kak jie..

    H1 dan H2 ni tak tau nak edit la…
    dah try byk kali tp error je…
    harap kak jie dapat terangkan lg cara nak edit bg H1 dan H2 jadi hijau.

  5. abis rosak tamplete saya.. memang saya tak paham dan tak tahu nak buat aper.. buat lain jer

  6. wow! ni fes time saya masuk blog kak jie taw. ingat nak jadi silent reader jer tapi banyak sangat info menarik. post yang ni sy memang tak tahan dah, kena komen jugak. tenkiu banyak2!

  7. wow.. test sikit baru dah exited giler nak explore lg nie tp rasa mcm bz sket skrg. so far dekat home tu dpt 76/100. kalau dekat page yg paling hit kat blog tu dpt 86/100. lepas nie nak menyelami add-on nie untuk tweak blog sendiri gak.

    sangat menarik. thanks kak jie

  8. Belek2 bende ini kat blog mmg penting utk mesra seo.. ni namanya On Page SEO.. Tp berkaitan h1 tag pada title tu, sebenarnya blh diadjust utk tidak mengeluarkan title(kekalkan title pada image) letak diluar banner, tp perlu menggunakan sedikit kod kalau nak buat demikian.. So, h1 tag masih lagi dpt dikekalkan walaupun title tu pada image..

  9. salam kak jie, page rank flow saya memang rendah, sebab semua sekali saya dah set “dofollow” sebagai bonus kepada pemberi komen blog saya.. hehe~ 😆 x lama lagi jadi linkfarmlah gamaknya blog tue

  10. sumi masih tak faham la kak kujie…
    leh terang lagi secara mendalam…
    sbb masih tak berapa reti SEO -SEO nie..huhuhuhu

    apa maksud Do Folow ngan No Follow??
    elok DO @ NO?? harap kak kujie membantu..

  11. ni macam baca artikel doktor perubatan tulis…. boleh baca, tapi tak faham lah kujie…
    biarkan je la..
    saya memang dah lama syok sendiri

  12. wah thanks for info kak jie….maceh…saya selama ni tak ambil tahu perkara ni…..nak install kejap :mrgreen:

  13. blog saya sangat fail… hotlinking jer dah lebih dari seratus. hehehe… pening la google nak indexing. alexa pon dah jatuh dah. *sedey*

  14. Terbaik kak jie, minggu lepas baru lepas hantar blog gi jumpa SEO Doctor, lepas rawatan ringkas daripada encik Doctor, score pun dah kembali kepada 100/100, semoga segala usaha akan mendatangkan hasil tak lama lagi. 🙂

    p/s: saya suka gak belek bebenda ni, dan bila belek blog saya, ada jer blog orang lain yang tempias dibelek oleh saya, dan jika ada perkara yang serius, saya akan hubungi empunya blog 🙂

  15. Kepala saya dah pening la kak, dari tadi saya check SEO saya – macamana lagi saya nak score 100/100 ❓ Macam mustahil jer nak buat score penuh.

  16. Terbaik ni kak jie. no follow memang bagus untuk mengekalkan pagerank juice yang pekat pada blog akak tanpa mengalir mengikut out bound link :). best tol saya baca entri ni hehehehe. thanks kak for sharing nice info

  17. saya kena baca slow-slow dan berulang-ulang kali nak fahamkan input ni. penting juga tahu kesihatan blog kita sendiri. terima kasih ye Kak Jie atas perkongsian ni 🙂

  18. kakjie saya dah buat dah dan install add ons tu, tapi dapat 35% je untuk pagerank flow, dah repair dan nak letak nofollow dkt footer memang tak boleh sebab footer theme saya encrypted pastu sidebar lak saya gunakan widget dan tak reti nak set kan jadi nofollow, hohoho

    dapat keseluruhan 80/100 🙂

  19. thanks kak jie sbb jadikan blog saya sebagai contoh hehe. Memang mudah untuk cari org yg boleh puji kita tapi kalau nk cari yg kritik susah thanks skali lagi

Comments are closed.