Anak

Yuran Sekolah

Intan ( Tahun 3 )
  1. Kokurikulum RM 2.00
  2. Kertas Ujian Dalaman RM 6.00
  3. Sukan Tahunan RM 6.00
  4. Pendidikan Moral RM 6.00
  5. Yuran Takaful RM 1.50
  6. Yuran MSSM RM 2.00
  7. AIA Student Accident Shield ( pilihan ) RM 20.0
  8. Akhbar mingguan ( xin xin) RM 11.00
Bayaran kelas komputer
Pendaftaran ( setahun) RM 20.00
Yuran Bulanan RM 11.00 x 10 bulan = RM 110.00

Bayaran Kelas Tambahan ( PIBG)
Yuran Bulanan RM 17.00 x 10 bulan = RM 170.00

Jumlah saya perlu bayar hari ini = RM 102.00
Jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan selama 10 bulan = RM 28.00

2. Amirul Syafiq ( Tingkatan 2 )

Yuran RM 44.50
Yuran PIBG RM 20.00

Jumlah saya perlu bayar = RM 64.00

3. Amirul Syazwan ( Tingkatan 4 )

Yuran RM 44.50

Jumlah yang saya perlu bayar untuk 3 orang anak hari ini = RM 211.00. Jumlah ini tidak termasuk pembelian buku latihan, buku tulis, lencana,t-shirt sekolah,tali leher dan lain² keperluan alat tulis .

Yuran percuma yang diwar²kan dan keluar surat khabar baru dan lama, tv siang dan malam hanyalah RM 4.50 untuk sekolah rendah dan RM 9.00 untuk pelajar sekolah menengah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Yuran Sekolah

  1. beib

    Tetapi keduanya ada persamaa krn menggunakan kertas berquality tinggi dgn cop kepala agung :p

  2. pu3nemo biasalah….janji tu ade lagi tanda * bergantung kepada syarat² tertentu…he he he

  3. mcmni baik x yh kata nk hapuskan yuran.. bkn menyenangkan org susah tp lg membebankn.. tu la janji melayu!!!!

  4. combi aku selalu gak dengar parents ngadu mcm ni…tak de pengajar pun satu hal..yg aku heran…sana sini depa wat makmal komputer..tersergam beso…beso juga bajet dia kan..yg runtuh pun ade…walaupun lum sempat digunakan lagi..eeemmm..entah la combi oooo…ckp, buat mmg senang..tp perlaksanaan tu yg gagal!

  5. jie…anak aku byr yuran komputer rm10 tuk sthn..dah 3 thn kt sek..x prnh sentuh pun sbb dia ckp maner ade mase..huhuhu aku kira derma je laa..

    ade parents komplen gak..tp aku tgk gitu2 gak..

    anak aku lom dpt surat nk byr yuran lagi ni…mayb arini kot.

  6. kat sekolah Intan, kelas komputer seminggu 2 kali, dan bukan cikgu sekolah yg mengajar…sekolah keluarkan tender kepada pihak luar . Pengajar dr Multiple Technology System Sdn.Bhd. Dia ajar dari thn 1-6, bila thn 6, dia akan keluarkan sijil Basic computer, basic hardware, microsoft window, microsoft office, rich win 97,internet, computer assembly (DIY) dan computer assisted instruction. Dia ada peperiksaan setiap penggal dan setiap murid satu komputer.

    Yuran rm 11.00 sebulan mmg berbaloi. utk kelas komputer, mereka akan balik lewat setengah jam sehari selama 2 hari seminggu.

    Kelas tambahan PIBG dibuat dari kul 1.30 – 3.30 setiap hari Isnin – Khamis.

  7. kak jie..

    yuran anak saya darjah 2 rm117.50. itupun yuran komputer cikgu suh bayar utk setengah tahun dan fight masa pibg sebab yuran komputer sekolah anak saya rm90 setahun…. mcm melampau memandangkan satu komputer di kongsi 4 – 5 org murid.

    yuran tadika untuk anak berumur 5 thn rm840. itu belum masok buku lagik tu….

    ye la pelaburan masa hadapan ekk….

    semuga anak2 kita berjaya…. insyallah….

  8. ziana nampak byk sbb sekali harung…serentak , Kalau nk di nilai itu hanya utk setahun…

    jun betul tu jun, pra sekolah lagi mahal..rasanya semakin mahal…kat kg Tabika Kemas dulu² rm 3, pastu rm 5, itupun ada ibubapa yg tak bayar…

    Kat serendah, yuran bulanan antara rm 50-80.

    mad.redo1 ikutkan tak de apa yg kurang pun….setiap tahun meningkat…

    zino ye, sy sokong tu…apa yg saya tulis di sini adalah penyataan…saya sengaja tinggalkan ruang untuk masing² memberi penilaian dari fakta yang saya bentangkan…

    Bagi diri saya, yuran sebanyak itu untuk setahun bukanlah apa sangat…. kalau di nilai rokok yang bapa pelajar sedut yang mengandungi 4000 racun yang bukan saja membahayakan diri sendiri malah orang lain lebih mahal kosnya dalam sebulan.

    Orang yang riuh berkokok yuran persekolahan mahal datang dengan kereta menjalar yang bayaran bulananan rm 300-500.

    Tetapi itu bagi kita yang mampu, bagaimana dengan penduduk yang pendapatannya dibawah garis kemiskinan?

    Yang mempunyai anak 4-5 orang? Saya orang Baling dan saya tahu semua kesulitan dan kesempitan hidup mereka.

  9. sekarang pendidikan pra-sekolah menjadi satu bisnes yang lumayan, tambahan dengan tenaga pengajar yang berkelayakan, caj yang dikenakan memang tinggi… terpulang kepada ibubapa menentukan sama ad ianya berbaloi atau tidak…

    ruang yang ditinggalkan oleh yuran yang dimansuhkan itu, adakah ianya diganti dengan yuran lain atau amaun ‘sumbangan’ yang bertambah, itu kena perikasa jugak tu…

    kan jie?

  10. hahahha..mmg dah agak pon jie..jun pon bayo byk gak..siap ade yg x wajib, untuk kelas..cikgu tu siap ckp..’yg ni bkn untuk skolah, untuk klas, ikhlas la brape nk bg, singgit pon x per..hehhee…!’
    hmmm…tp pra skolah lg mahai wooo…kat seribu..isk3…mahai betui skolah la ni..! jun dulu x g tadika pon!

  11. ape maknanye yg diwar2 kan YURAN SKOLAH DIHAPUSKAN??

    sy igt dh xyah byr dah..selain beli buku..

    byk gak ek..
    sabo kak jie..

Comments are closed.