Peribadi

Selamat Tahun Baru 2008


Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.

Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan di sepanjang tahun yang akan datang.

Ya Allah,kekalkanlah tahun 2008 yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah iman kami, kesihatan tubuh badan kami juga kesenangan harta benda kami.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.Hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.

Amin, amin, amin, ya Rabbil ‘alamin…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2008

  1. rio terimakasih Rio, saya cuma ingin berkongsi apa kebaikan yg ada dgn kawan² saya..semoga dpt mengembirakan mereka dan membantu apa yg patut…

    Semoga Rio juga dipelihara dari segala bala bencara, dipermudahkan dari segala urusan, dilimpahi kesenangan harta benda juga diperkenankan segala harapan.

    cikgu panji semoga tahun 2008 membawa cahaya kesejahteraan utk cikgu dan keluarga juga

    faisal amin…semoga kita sama² mendapat perlindunganNya

    mad.redo1 selamat tahun baru orang Bandaraya Kuala Terengganu…he he he…

    may terimakasih ye may…same goes to you 😀

    combi muaaahhh…miss u liek krezi combi..thn 2007 ttg ada kenangan manis antara kita ye combi…

    heartless terimakasih krn singgah blog sy… hepi new year to u too..hope all ur dreams come true

    ziana hepi new year …thanks

    myfisolamin ya rabbil alamin…

    kumbang ye.. ucapan itu doa, tak salah kita mendoakan segala yg baik tak kira bila

    kuden slmt tahun baru kuden… semoga thn ini lebih sukses

    chique terimakasih…. dan kakjie akan kongsi segala rasa gembira itu dgn kawan² 😀

    lily selamat tahun baru 2008 gak lily, semoga tahun mendatang ini membuatkan lily lebih tabah dlm mengharungi segala dugaan hidup

    pu3nemo terimakasih pu3…

  2. kak jie,
    selamat tahun baru baru 2008 membawa ceria dalam hidup kak jie sekeluarga…

  3. amin atas semua doa akk tu..:) slmt tahun baru kak jie, moga semuanya bertambah baik tahun hadapan..amin..

  4. Semoga suka duka, pahit getir 2007 bukan shj menjadi kenangan,malah menjadi panduan dalam kita meniti kehidupan pada 2008.

  5. Jie,Ahlan Wa sahlan buat 2008.Semoga dilindungi dan diberkati ALlah dalam apa jua lapangan yang diceburi.Ilahi pendamping abadi yang paling mengerti hasrat yang tak terucap oleh insani.

  6. he he he…. nampak gaya azam tahun baru nk kena belajar 2nd or 3rd languages…saya ni setting auto language…balik sabak cakap jawa, masuk je sempadan kedah lidah auto tukar ckp utara…yg ni kena setting baru ni..ha ha ha….hepinya ari ni :p

  7. muadzlife amin..semoga kita sama² mendapat rahmatNya.

    jun sama² Jun…. utk semua orang² yg saya sayang juga …

Comments are closed.