50 kali dia cakap macam ni sepanjang bulan Ogos. Sabar sajalah… Nasib baik itu saja kanak² yang ada dalam rumah ini dan abang²nya pun boleh melayan gedik dia.
Intan berumur 4 bulan @ 5 bulan
Intan detik 12 malam tadi – genap umurnya 9 tahun.
Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata
Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati
😛 😛 😆
lor .. rambut pendek la plak. camner nak jadi model iklan shampoo nih?
:p
hi Jie..sebok giler cuti baru ni..23hb yer..hepi belated birthday to intan..jun bz sket aritu..dok teman n tgk hbby convo..ngheeee. sendiri x blajo tinggi jie, kira tumpang melaram pkai jubah pon oke dah..wahahahhaa… 😆
Wah.. intan baru umo 4 bulan dah boleh memanjat ye. anak saya dah masuk 7 bulan.. baru belajar merangkak.. dah tu terhinggut2 depan.. belakang.. depan.. belakang.. isk!
wahh intan da potong rambut eh ma..
happy birthday to her!
what a beautiful poem =)
Terimakasih semua…. atas ucapan dan doa untuk Intan
Happy 9th Birthday INTAN! Lepas ni boleh berposing sakan depan almari mekap yg chumel mcm tuan dia tu.
Syahdunya puisi ni… sob..sob.. Nanti INTAN kena fahamkan betul2 tau. Ingat pesan makcik INTAN ni.
selamat hari lahir intan…….syahdu kata2 ibu tu…
Alhamdulillah.. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk menyambut hari kelahiran anak yang baik dan comel ni. 😀
hepi bestday intan…mintak adiah best2 😀
HAPPY BIRTHDAY INTAN!!!! Semoga hidupmu sentiasa dirahmati Allah..:)
Hmmm samalah share annivesary ngan auntie nampaknya..:-)
Selamat hari lahir utk Intan….moga dipanjangkan usia, murah rezeki dan dilindungi Allah SWT….dan utk kak jie, juga tahniah yeaa…
Besarnye pengorbanan seorang insan bergelar ibu..
kesakitan dan kepayahan menzahirkan insan bergelar anak bukan tugas kecik anak…
Anak2, hargailah semua insan bergelar ibu, selagi ada..
Tatkala ibu itu sudah tidak lagi hadir, kenangilah saat2 indah kamu bersamanya..
Intan bersyukur kerana dilahirkan oleh seorang Ibu seperti Kakjie…Berbahagialah kamu Intan!
selamat harijadi.. dah besau dah dak Intan 😛
Selamat Hari Lahir ke 9 buat adik Intan.
Semoga menjadi anak yang solehah, akademis dan bertaqwa. Ameen.
happy bday intan!
cute intan rambut pendek..nmpk kemas 😉
epi besday.. adiah ape mama kasi yer..?? 😛
Happy birthday Intan… Suka sangat puisi ni… walaupun bukan untuk saya.. tapi rasa terharu plak… mmm betapa besarnya pengorbanan seorang ibu… Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu…
Slmt hari lahir “Intan”.Sayu hati bc sjk nih,bsrnya pengorbanan srg ibu.
hppy besdy intan,
moga jd anak yg solehah..
alaaaaa kak,entry ni wat sy rindu tk mak sy sgt2 la..=(
Happy 9th Birthday Intan.. semoga menjadi kebanggaa mama ye sayang 🙂
Sedihnya baca sajak tu kak Jie.. nangis dah ni.. nak tisu 😥
salam…
selamat hari jadi untuk Intan…
belajar rajin2…
jgn ikt mama…
sik ngadap tenet jer…ahaks!
selamat hari jadi ! dah besar dah ni. hehe best sajak tuh ya
baca puisi tu wat saya terpana… 😯
lainnya intan masa kecik dan masa besar.
btw, rasanya baru je lagi wish birthday intan lasstyear,
diam tak diam dah setahun berlalu.
maknanya dah setahun (atau lebih) kita berkenalan ya.
happy birthday intan!