Live Blogging

Dikala warna indah membangunkan hariku

Sebelum keluar kerja pagi tadi, suami bagi saya cek tunai.   Fokus pada pada ” Akaun Penerima Sahaja” yang telah ditandatangani.

Mega Sale!:lol:

Sayang abang…:lol:

Semalam saya dan anak² dah keluar merayau.  Naik kenderaan awam tapi bukanlah untuk pertama kali seperti  Perdana Menteri kita itu.

Kami naik bas dari Serendah ke Rawang. Separuh perjalanan saya menoleh Angah dan Along yang duduk di belakang. Saya baru perasan Angah berdiri kerana dia memberi tempat duduknya kepada seorang warga emas.

Baguslah kerana dia dapat berfikir sendiri dan menghormati orang yang lebih tua. Anak² saya jarang menggunakan perkhidmatan awam dan tentunya jarang terdedah dengan hal² seperti ini.  Lega rasanya kerana dia boleh berfikir sewajarnya.

Semalam saya bank-in cek dari Nuffnang dan tempah cermin mata baru untuk Along. Terimakasih nuffnang.

Saya akan keluar sepanjang hari ini, perlu singgah pejabat pos untuk kirimkan satu bungkusan kepada seorang blogawan di seberang laut.:wink: Dia belum tahu ni, seronokkan buat kejutan untuk kawan².

Saya nak pergi kedai basikal dan kedai perabut – cari hadiah harijadi untuk Intan.  Sudah 20 hari lepas di ingat²kan esok hari jadi dia.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Dikala warna indah membangunkan hariku

  1. dapat cek boleh shopping sakan utk raya ni. best 😎

    saya respek la ngn kak jie. cmne kak jie didik ank kak jie smpai jd seorg rakyat prihatin? owh! semoga bakal anakku juga punya sifat mulia itu… amin

    >>>mmg buat persiapan raya pun…
    erkk…. melentur buluh dari rebungnya
    lagi satu…kita adalah contoh utk anak2…
    jgn jadi ketam menyuruh anak berjalan betul 😆

  2. waa.. bestnya dapat duit… hehehe… yang “satu bungkusan untuk blogawan di seberang laut” tu saya ker??!! hahahaha… kalau tak memang malu ni 😳 .. hahahhahahaa :mrgreen:

    >>> ha ha ha..tunggu…. 😆

  3. bestnye dapat duit gitu.. shopping raya ke Kak Jie? 😉

    >>> a’aha….tapi mcm tak cukup je lagi
    dekat2 raya kena pergi lagi ni
    hahahaha…dasar tak pernah cukup 😆
    sebenarnya tak de beli apa pun
    sebuah sorang satu tuk along & angah
    dia org bkn beli selalu

  4. Kalau kedai basikal, mesti hadiah basikal…kalau kedai perabut, mesti ada yg di minta intan ni. Agak2nya nak “make-over” bilik intan sbg besday present kot. Best wooo!

    Advance Birthday wish to INTAN yg cute from auntie INTAN yg cute jugak 😛

    >>> mmg cadang nk beli basikal…dari minggu lepas lagi tapi tertangguh nk tunggu 23/8
    dah tu tadi dah beli almari solek dia..yg cute yg comel tu..rasanya tak jadi beli basikallah…
    tak acilah beli hadiah sampai 2
    hehehehe

    ye makcik intan… intan yg comel baca komen ini 😆

  5. Tak aci lagu ni. Dapat cek abang sayang, tak dapat abang melayang. hehehehe. Anyway, selamat bershopping sakan. Jangan lupa dunia pulak. Satu lagi, kalau boleh buat entri pasal Nufnang tu. Bagaimana, cara betul nak dapat duit. Ceritalah pengalaman Jie tu. Ramai nak tahu ni.

    >>> tak dpt pun sayang gak….ni dah dpt..double triple sayanglah..udah tu utk mega sale…walaupun saya ni bukan kaki shopping tapi kalau dah jejak ke arena tu……… tegugat gak iman dan terikut gak nafsu..hahahaha
    bab nuffnang ni..sy tak pandai nk cerita..sebab pendapatan sy bukan banyak sgt mcm org lain..entah..sy tak de stategi khas utk itu..cuma nasihat saya..update blog selalu…itu saja

  6. kayo kayo!

    >>> nah…hulurkan roti kat pakcik
    sihat ke pakcik… hilang jejak
    harap2 sihat sokmo nooo 😆

  7. Happy birthday untuk intan.Jgn lupa tuntut hadiah mahal2 dari mama kujie. hehehee

    >>>penin pala selagi tak 23/8…dok nyebut selalu,..
    hari ni dia boleh nyanyi2….
    ” esok hari yang indah…hahahahaha*

  8. kak jie… kita cukup jeles tengok perkataan nuffnang tu… rasa baru je aritu kak jie dapat kan & pi beli pizza… join jugak cuma tak letak code kat blog (lagi mau jeles.. hehehe)… banyak tak?

    >>> ohh..yg beli pizza tu yg lama dah….ni yg terbaru..on the way ada lagi satu…nuffnang ni cek dia sampai ambil masa dlm 30-40 hari juga..dlm tempuh 30-40 hari saya boleh cash out satu lagi cek..sy jarang simpan lama…
    letak je…lama2 ada la tu…semua org bermula dari zero 😆

  9. beshnya..beshnya….ini time2 kering nih…sebab banyak sgt aktiviti sepanjang ogos…

    >>> itu belum keluar segala ayat2 power… 😆

  10. wah! hervat! semua masyuklah pendek kata ek, murah rezki Jie.. alhamdulillah

    >>> Alhamdulillah maksu..rezeki anak²… dia org ada share kt blog ni 😆

  11. tiada kesempatan (read: peruntukan) untuk me-Mega-sale-kan duit di dalam purse. =(

    >>>uik…agaknya sbb opis baru tu dlm zone mega sale kot…ghairah hilang 😆

  12. wah. bestnya mama dpt cek gitu. anyway, happy coming birthday utk intan. 😀

    >>> walaupun boleh transfer direct dari akaun diri secara online…tp bile dpt cek mcm tu ..hahahaha..seronok sakan
    pas dia bagi cek, abg leh ckp…” dh dpt duit , jgn lari tak ingat nk balik pula..hahahaha 😆

  13. patutlah cam terbau, bau duit.. kakjie nak belanje rupanya… hehehe…

    >>> Insya allah ada rezeki, dpt le juga am.. 😆

  14. bertuahnye akak dpt suami yg baik hati, caring, penyayang dan tahu kehendak kekasihnya..

    kdg2 lelaki ni susah nk zahirkan kasih sygnye melalui kata2…
    dengan memberi sokongan modal cemni, si isteri pasti tersenyum girang kerana tahu suaminye terlalu sygkan isterinye melebihi segalanya dan dgn hati yang terbuke dan senang hati menghulurkan “tanda kasih” kpd isterinye…

    Selamat Berbelah dan Berbeli KaKjie…Amma!

    >>> Sebenarnya apa saja pun mesti bermula dari kedua belah pihak, kalau sebelah pihak saya bersungguh² sedangkan sebelah pihak lagi masih tak memberi respon, keadaan mcm tak lancar..
    faham dok? heheheheh
    bab sayang menyayang ni… kita kena pakai petua
    ” kahwin dengan orang yang sayangkan kita, bukan orang yang kita sayang semata²…

Comments are closed.